~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, April 5, 2011

ZIarah II : PAS Cherating mengunjungi keluarga penduduk kampung meninggal





20 MAC 2011 - PAS Cherating sekali lagi telah menggerakkan skuad ziarah untuk menziarahi penduduk kampung. Pada kali ini, PAS Cherating memilih rumah seorang penduduk kampung yang baru kematian ahli keluarga.

Selepas solat Asar berjemaah di Surau Al-Hidayah, rombongan ziarah bergerak dengan kenderaan masing-masing ke rumah tersebut. Rombongan kali ini diketuai oleh Ketua PAS Cawangan Cherating yang juga Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Indera Mahkota, Tuan Hj Mustapha serta diiringi Naib Ketua Tengku Zaidi, Setiausaha Cawangan En Anuar Othman dan beberapa orang pemuda.

Allahyarham yang berumur 68 tahun meninggal secara mengejut setelah mengadu sesak nafas selepas makan. Kunjungan kerumah Allahyarham disambut oleh 2 orang cucunya kerana anak Allahyarham kebandar Kemaman untuk membeli barangan majlis tahlil pada malamnya.

Selepas bertanya khabar dengan 2 orang cucu arwah, rombongan meminta diri utuk pulang dan berjanji akan datang semula untuk majlis tahlil. Sebelum pulang, Tn Haji Mustapha menynampaikan sedikit buah tangan dari PAS Cawangan Cherating bagi membantu sedikit persiapan majlis tahlil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...