~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Wednesday, April 27, 2011

Happy Birthday

Hari ini 27/04/2011, PAS Cherating genap berusia setahun. Walaupun masih belum matang dalam penulisan blog dan mendepani isu-isu terkini negara, blog ini masih dapat menyumbang sesuatu didalam perjuangan ini. Insyaallah..

Seperti mana ucapan Mukaddimah saya didalam blog ini setahun lalu, besar harapan saya agar blog ini dapat menjadi satu medium mempromosikan PAS kepada masyarakat kampung terutamanya golongan muda.

Disepanjang saya mengendalikan blog ini, banyak maklumbalas positif yang saya terima. Golongan muda juga sudah mula berjinak dengan PAS Cherating. Hasilnya dapat kita lihat pada pemilihan AJK sesi 2011/2013. Ramai muka baru diketengahkan didalam senarai AJK. Diantaranya ramai yang masih dikategorikan dalam saf pemuda berada didalam AJK cawangan.

Begitu juga dengan kejayaan membentuk barisan kepimpinan pemuda cawangan yang sebelum ini hanya ada ketuanya sahaja tanpa mempunyai AJK lain. Pemuda PAS Cherating telah berjaya mengumpul tenaga muda untuk membentuk AJKnya sendiri. Bermula dari situlah perancangan aktiviti bersama belia Kampung Cherating telah disusun. Semoga segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Walaupun blog ini hanya menumpukan kepada aktiviti cawangan, kawasan Indera Mahkota, dan isu-isu setempat diharap ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada semua. Insyaallah.

Sokongan anda amatlah kami alu-alukan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang komen dan pandangan juga amat kami nantikan dari anda.

Akhirnya, saya berharap blog ini dapat terus hidup dan lebih pantas melaporkan sebarang aktiviti yang diadakan dan PAS Cherating lebih mantap dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.

ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...