~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, April 27, 2010

Mukaddimah




Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana kasih sayangnya dapat lagi kita menghirup udaraNya ini. Bersyukur juga kerana masih dikurniakan akal yang sihat dan sempurna bagi membezakan yang mana Hak dan yang mana Bathil. Alhamdulillah...

Hari ini hari yang bersejarah bagi PAS Cherating kerana berjaya bergerak setapak kedepan lagi bagi mendepani cabaran politik semasa. Ini juga bermakna PAS Cherating bersedia untuk menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan. Insyaallah..
Pilihanraya Umum ke-12 2008 menyaksikan kebangkitan sokongan terhadap gerakkan Islam dan keadilan. Ini terbukti apabila calon dari PAS Yb Syed Mohamed Tuan Lonik dipilih oleh rakyat bagi mewakili suara rakyat di DUN Beserah. PAS Cherating diantara cawangan yang terdapat di bawah DUN Beserah merasakan ini adalah amanah yang paling besar yang harus dipikul bersama. Maka dengan itu, ruangan ini disediakan bagi mempromosikan aktiviti dan kegiatan PAS yang dijalankan. Harapannya PAS Cherating tidaklah terlambat dalam bersama-sama berjuang di alam maya ini.
Sebenarnya, saya tidak lah mahir didalam pengurusan blog tetapi akan cuba melakukan yang terbaik semampu saya lakukan. Blog ini merupakan salah satu projek dan impian saya terhadap PAS Cherating. Sebelum ini, cita-cita saya untuk melihat wujudnya usrah diantara ahli PAS Cherating telah tercapai dengan pertemuan pertama usrah minggu lepas. Semoga usrah ini berterusan sehinggan ke akhir hayat. Amin..Usrah ini amat penting bagi memantapkan sesebuah organisasi yang beroreantasikan Islam. Didalam usrah itu juga impian kedua saya termakbul iaitu menghasilkan satu risalah atau bahan bercetak untuk mempelbagaikan gaya berdakwah. Walaupun risalah ini diedarkan dikalangan ahli usrah, tetapi saya puas kerana langkah pertama penerbitannya telah dibuat. Saya berharap agar risalah ini dapat diedar pula ke seluruh ahli PAS Cherating dan seterusnya seluruh penduduk Cherating..

Ketiganya, saya bercita-cita untuk mengukuhkan ekonomi PAS Cherating. Mengikut kenyataan kewangan yang dikeluarkan oleh bendahari, PAS Cherating hanya mengumpul dana dari derma dari ahli sahaja. Saya amat berharap suatu hari nanti PAS Cherating mampu menjana ekonominya sendiri. Untuk permulaan saya dan kru-kru lain telah membuka gerai PAS Cherating di Pesta Bola PASTI peringkat Indera Mahkota dengan menjual minuman, dadih, tau fu fa laici, dan nuget. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Insyaallah aktiviti ini akan diteruskan untuk hari-hari mendatang.

Blog ini juga diharap dapat menjadi satu platform pengumpulan tenaga-tenaga muda Cherating untuk bersama didalam aktiviti yang akan dianjurkan. Saya amat yakin masih ramai pemuda Cherating yang mempunyai semangat sukarela untuk membuat kerja Islam tetapi tidak diajak ataupun tidak mendapat info. Insyaallah sedikit masa lagi saya akan cuba untuk mengemaskini keahlian Pemuda PAS Cherating dan menambah keahlian baru. Insyaallah...Facebook PAS Cherating juga telah dibuka untuk lebih memasyarakatkan PAS. Anda boleh search Pas Cherating di Facebook.

Akhirnya, saya berharap blog ini dapat menjadi wadah terbaik untuk kita berkongsi maklumat dan membina kekuatan sesama kita. Wallahua'lam...

3 comments:

  1. Tahniah kpd PAS Cawangan Cherating krn tlh mewujudkan laman blog ini..saya sbg sebahagian drpd Pemuda Cerating merasakn bhwa penubuhan blog ini merupakn salah satu lg wadah perjuangan PAS Cherating untuk menjadikn PAS Cherating lebih cmerlang di masa akan datang..Insya Allah..saya juga mengharapkan PAS Cherating mengadakan lbih byk program utk pemuda dlm usaha mndekatkan lbih ramai pemuda di cherating khususnya kpd perjuangan PAS..

    ReplyDelete
  2. saya harap blog ni boleh pamerkan iklan dan program2 terbaru (terutama yg brkaitan pemuda) peringkat kawasan indera mahkota..terima kasih

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diatas cadangan dan pandangan saudara...insyaallah kita sama2 menguatkan PAS Cherating...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...