~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Sunday, February 20, 2011

HIMPUNAN 30K PEMUDA PAS MALAYSIA


19 FEB:  Pemuda PAS disaran meneladani semangat pemuda Islam terdahulu yang keberanian mereka dinukilkan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W.


Rentetan itu Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan satu Himpunan 30K Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut di Alor Setar bertemakan "Masa Untuk Berubah". Penyertaan boleh dikatakan mencapai sasaran 30K kerana lautan pemuda hadir dari seluruh negara dan berkampung di Kompleks PAS tersebut.


Tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan tersebut ialah kontijen Pemuda PAS Indera Mahkota. PAS Cawangan Cherating hanya berjaya menghantar 3 orang pemuda yang berjiwa kental untuk bersama-sama melengkapkan sasaran 30K pemuda seluruh negara. Kami berkumpul di PUTRA jam 8 malam dan bertolak lebih kurang jam 9.30 malam. Kami selamat tiba di Kompleks Sarang Semut pada jam 9.30 pagi dan terus mendaftar sebagai peserta dan dibekalkan sehelai baju berlogo himpunan 30k. Selain untuk menyertai himpunan tersebut PAS Cherating juga pergi untuk mengutip dana bagi pembinaan bangunan PASTI ke-2 cawangan Cherating.  


Pembukaan himpunan tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Tema PAS, dan Lagu Amal. Selesai nyanyian laungan takbir pula bergema menyemarakkan lagi semangat pemuda. Pidato dimulakan oleh wakil penganjur, pimpinan pemuda dan pimpinan parti. Acara perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Beliau menyeru seluruh jentera pemuda agar bersama berjuang untuk menawan Putrajaya. 


Selepas mendengar amanat oleh YAB Ust Azizan, pemuda Pas seluruh negara yang berhimpun pada Himpunan Pemuda Pas 30K dikejutkan dengan kehadiran pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman di atas pentas bersama pemimpin tertinggi Pemuda Pas. Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK), Mohd Nasir Zakaria berkata, kehadiran Bob Lokman dirahsiakan untuk memberi kejutan kepada Pemuda bahawa golongan selebriti juga tertarik kepada parti itu, sekali gus membuktikan Pas menjadi pilihan individu dari pelbagai latar belakang.Pada perhimpunan itu, Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, dan mendapat tepukan gemuruh hadirin serta laungan takbir. 

Masa rehat tiba dan kami dihidangkan dengan nasi berlaukkan daging gulai kawah. Kami difahamkan 15 ekor lembu ditumbangkan untuk dijadikan juadah peserta himpunan kali ini. Selapas zohor kami di hiburkan dengan persembaha oleh bekas rockers tanah air iaitu Ust.Radzi yang dahulunya popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila. Ust Radzi menghiburkan pemuda dengan lagu Cinta Untuk Nabiku. Selain Ust Radzi, kehadiran penyanyi Pak Long yang hangat sekarang dengan lagu Selagi Ada Rindu juga berjaya  menarik perhatian para pemuda. Kami juga sempat mendengar ceramah sulung selebriti terkenal Bob Lokman di pentas PAS. Beliau mengambil kesempatan bercerita tentang sejarah hidupnya di zaman jahiliyah kerana beliau pernah membantu untuk memenangkan BN. Beliau juga memohon ampun kepada semua ahli PAS atas kesilapannya yang lalu.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyampaikan ucapan penutup program Himpunan 30K Pemuda PAS yang berlangsung di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini. Menyentuh himpunan kali kedua selepas kali pertama di Kelantan sebelum PRU ke-12 dahulu, beliau berkata, penganjuran himpunan ini tepat dengan tema himpunan 'Masa Untuk Berubah'.
Ujarnya, pemuda PAS yang ada hari ini adalah agen pengubah bagi menentukan masa depan negara yang lebih harmoni.
"Pertama, saudaralah penyambung risalah perjuangan islam, yang keduanya untuk menjatuhkan Umno Barisan Nasional," katanya lagi.
Beliau turut mengingatkan pemuda dengan dua pilihan raya kecil (PRK) terdekat, Merlimau dan Kerdau yang akan berlangsung serentak 6 Mac ini.
Katanya, biarpun PAS kalah dalam beberapa PRK sebelum ini, namun Islam mengajar umatnya agar tidak berputus asa kerana kemenangan sebenar adalah pada penilaian Allah.
"PAS mengajar kita bahawa perjuangan kita tak pernah kalah cuma belum ditakdirkan menang.
"Konstentinopel pun boleh, apalah sangat Putrajaya dan ibu kota ibu kota lain," katanya disambut laungan takbir hadirin.
Bagaimanapun ujarnya, himpunan hari ini hanya akan tinggal kenangan semata-mata, jika tidak disusuli dengan gerak kerja oleh pemuda.
Sehubungan itu, beliau mahu pemuda berikrar untuk melipatgandakan usaha demi memenangkan perjuangan Islam di negara ini.               

Kami bertolak pulang ke Kuantan tepat jam 6 petang dan tiba di PUTRA jam 4.30 pagi..ALLAHUAKBAR!!!


P/s: PAS Cherating berjaya mengutip dana untuk pembinaan PASTI ke-2 sebanyak RM 331.20 sepanjang program himpunan tersebut. Terima kasih kepada yang menderma semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan...



Berkumpul di PUTRA, Balok sebelum bertolak
Beratur menaiki bas

Kegembiraan terpancar
Taklimat oleh Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota
Rehat di R&R Temerloh

Suasana pagi di Masjid Seberang Jaya P.Pinang
Sesudah subuh
Sarapan pagi

Pemuda pelaris jualan

Misi mohon sumbangan PASTI Cherating

Pemuda mula berkumpul 

Mencari arah tuju

Pemuda Kelantan 

Peserta mencari tempat negeri masing-masing 

Kami wakil Pahang!!!


Penanda negeri peserta

Pahang tertinggi

Lautan Pemuda PAS berdiri gagah


Nyanyian Lagu Nagaraku, Lagu Tema PAS & Lagu Amal

Antara pimpinan yang hadir

Ketibaan YAB MB Kedah

Walau panas terik mentari pemuda tidak berganjak

Pemuda Terengganu berbaju hijau










Peserta OKU 

Pengerusi Majlis

YAB Ust Azizan merasmikan program

YAB Ust Azizan 

Kejutan dari selebriti terkenal Bob Lokman

Dipimpin oleh Ust Hassan Tantawi untuk bertemu YAB MB

Menyerahkan borang keahlian dan yuran kepada YAB MB

Simbolik keahlian PAS Bob Lokman

MB melancarkan  buku baru

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan

Bob Lokman 

Bersama pimpinan

Kesempatan bersama ahli baru PAS

Persembahan oleh artis 
Ucapan Sulung Bob Lokman di pentas PAS
Bersama Ketua Penerangan Pemuda PAS Shah Alam

Pemuda PAS termuda Cawangan Cherating

Penaja bersama
Rayuan sumbangan untuk PASTI ke-2 Cherating

Jom Balik!!!!!

Muka depan Akhbar Sinar Harian edisi utara.memaparkan wajah Ust Mamduh(berkopiah kelabu berkaca mata)
wakil PAS Cherating 










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...