~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Sunday, February 27, 2011

Gotong-royong : Pemuda ringan tulang

27 Feb 2011 - Hari ini pemuda PAS Cherating menyumbangkan tenaga untuk bergotong royang membersihkan kawasan Surau Al-Hidayah kg Cherating. Gotong royong ini bermula seawal jam 8 pagi.

Misi kali ini adalah menebang pokok yang berada di belakang surau berkenaan kerana dikatakan tempat monyet-monyet liar bermain. Monyet-monyet tersebut telah beberapa kali menceroboh masuk ke dalam surau dan PASTI dan memusnahkan barangan makanan yang terdapat didalam bangunan trsebut. Malahan, pelajar-pelajar PASTI sentiasa berada didalam ketakutan akibat gangguan dari monyet-monyet tersebut.

Selain itu, misi kali ini juga bertujuan untuk menghilangkan bau busuk yang dipercayai berpunca dari saliran air buangan dari kedai yang berada berdekatan dengan surau yang tidak sempurna mengalir di belakang bangunan sementara PASTI at-Taqwa 2. Keadaan ini sedikt sebanyak menganggu proses pembelajaran yang efektif di PASTI tersebut.

Alhamdulillah, dengan kudrat pemuda Cherating masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat. Gotong royong tamat sekitar jam 1130 pagi dengan sedikit jamuan ringan.
























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...