~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Friday, March 18, 2011

Wacana Perdana PRU 13 : Terancamkah Kuasa Melayu?


Wacana perdana yang bertajuk PRU 13 : Terancamkah Kuasa Melayu akan diadakan malam ini di Kelantan Trade Centre, Negeri Kelantan. Satu tajuk yang amat menarik untuk dikupas dan difahami oleh semua rakyat terutamanya yang lantang mengaku pejuang bangsa.

Malangnya perbincangan ilmiah ini tidak akan disiarkan secara langsung mahupun siaran tertunda di kaca television (TV) samaada tv1, dan tv2 ataupun stesyen tv swasta lain. Sepatutnya kerajaan pusat yang dikuasai BN yang lebih layak menganjurkan program seperti ini dan menyiarkan secara langsung keseluruh saluran tv kerajaan kerana mereka mendakwa kuasa melayu akan berkurang sekiranya rakyat memberi undi kepada pembangkang.

Walaubagaimanapun, kita masih berpeluang untuk mengikutinya secara langsung yang akan disiarkan di laman web mykelantan.tv. Mari sama-sama kita dengar dan teliti setiap hujah ahli panel yang dijemput.

Demonstrasi Haram Pencacai UMNO-APCO

18 Mac 2011 - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan hari ini dicemari dengan demonstrasi dari pihak yang mendakwa mewakili PERKASA dan PEKIDA Kuantan. Walaupun jemaah masjid masih belum selesai berdoa dan solat sunat, kumpulan ini telah membuat bising di perkarangan masjid tersebut.  Kumpalan sekitar 20 orang ini memegang kain rentang meminta Dato Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA dalam kes sodomi II yang masih berjalan di mahkamah.

Ucapan ketua kumpulan ini tidak diendahkan malahan mendapat tentangan dari jemaah yang meminta beliau berhenti bercakap. Setelah ketua tersebut habis membaca teks ucapannya yang hampir 5 minit, demonstrasi tersebut bersurai.








Peserta demonstrasi hanya yang memegang kain rentang. Para jemaah masjid tidak berminat untuk terlibat.

Ceramah Umum Ustaz Idris Ahmad

Jom sama-sama kita dengar isu-isu semasa negara yang akan disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Ust Idris Ahmad.

Thursday, March 17, 2011

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus

Jom ramai-ramai kita mencari ilmu agama untuk bekalan akhirat bersama Ustaz Azhar Idrus pada hari Isnin 21 Mac 2011 ini.

Wednesday, March 16, 2011

Mesyuarat Pemuda PAS Cawangan Cherating

Assalamualikum..
Merujuk perkara diatas, saya menjemput tuan-tuan ahli pemuda PAS Cherating untuk hadir ke Mesyuarat Pemuda PAS Cherating buat kali pertama pada tahun ini. Dijemput juga kepada pemuda yang masih belum menjadi ahli untuk hadir sama bagi menguatkan lagi jemaah Islam. Borang keahlian akan disediakan pada hari tersebut. Yuran keahlian adalah RM5 setahun.

Disertakan surat panggilan mesyuarat :-


Tuesday, March 15, 2011

Prihatin : PAS Cherating ziarah penduduk lumpuh

13 Mac 2011 - PAS Cherating hari ini telah melawat seorang warga kampung yang ditimpa penyakit lumpuh sejak beberapa bulan yang lalu. Program ini adalah susulan dari keputusan AJK dalam mesyuarat yang lalu bagi memasyarakatkan PAS.

Ziarah kali ini diketua oleh Ketua Cawangan PAS Cherating Hj Mustapha dan disertai oleh 11 orang ahli PAS. Tidak ketinggalan juga ADUN Beserah YB Syed Muhammad Tuan Lonik turut serta dalam program kali ini. Peserta ziarah mula berkumpul di Surau Al-Hidayah pada waktu asar untuk solat berjemaah dan terus ke rumah tersebut.

AJK memilih untuk melawat Puan Normah, 42 Tahun yang mengalami penyakit lumpuh satu badan untuk program ziarah kali pertama ini. Puan Normah mengalami penyakit ini selepas mengalami demam dan batuk yang teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital. Apabila di hospital, beliau didapati lumpuh seluruh badan kecuali tangan sebelah kiri oleh pihak hospital.

Puan Normah kini dijaga oleh ibubapa di rumah dan hanya boleh minum susu yang dimasukkan melalui saluran paip melalui hidungnya.


Semoga Puan Normah dan keluarga tabah diatas ujian yang Allah berikan.

Menjamu selera di warung sambil menunggu YB sampai


Ust Hadi, Hj Mustapha, dan Azizi


YB Syed Muhammad Tuan Lonik


 Bersiap sedia menuju rumah Pn Normah

Membawa sedikit sumbangan





Ketua Cawangan, Tn Hj Mustapha menyampaikan sumbangan sambil diperhatikan YB ADUN Beserah












Bersalaman sebelum pulang

YB memberi kata-kata semangat kepada ayah pesakit.

Saturday, March 12, 2011

Kerajaan sedia korban nyawa demi keuntungan?

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang itu hanya menanti bencana untuk berlaku.

Menurut SM Mohamed Idris (gambar), pada 2007, SAM dijemput oleh Kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi dan pengalaman SAM dalam menanganinya dengan pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.

Berikutan itu, beliau yang juga Presiden CAP dan SAM berkata, projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Terengganu.

Dalam tempoh tiga tahun lepas, katanya CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya.

“Tidak terdapat sebarang pengumuman awam sepenuhnya berhubung projek yang dicadangkan ini. Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Oleh itu, ujarnya tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.

Syarikat itu, tambahnya menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi.

“Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan,” jelasnya.

Jangka panjang, katanya pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan.

Beliau menambah, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.

Jelasnya, kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

Tambahnya lagi, terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga.

Beliau berkata, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.

“Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?

“Mengambil kira betapa seriusnya risiko yang terlibat dalam menjalankan kilang itu, kami menggesa Kerajaan supaya membatalkan dengan segera projek ini,” tegasnya.

Sumber: Harakahdaily

PasCherating :- Jarak pusat perindustrian Gebeng dengan cherating hanyalah sekitar 15KM. Apa-apa yang terjadi di Gebeng, Cherating juga akan merasa tempiasnya. Malahan ramai penduduk Cherating bekerja di sekitar Gebenng. Kepada kerajaan Pahang, tolong jangan pertaruhkan nyawa kami semua demi sedikit keuntungan dunia.

Artikel berkaitan :-

Jepun dilanda Tsunami



Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.
QS. Fathir (35) : 13

Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui.
QS. Fathir (35) : 14

Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.
QS. Fathir (35) : 15

Jika Dia menghendaki, niscaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu).
QS. Fathir (35) : 16

Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah.
QS. Fathir (35) : 17

Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa yang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosa itu, tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan shalat. Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah-lah kembali (mu).
QS. Fathir (35) : 18

PasCherating:- Sesungguhnya Allah Maha Besar. Segala makhluk tunduk dan patuh kepadaNya. Kenapa kita masih angkuh untuk tidak mengikut garis panduan yang telah Allah tetapkan. Kenapa kita masih sombong untuk mengakui hanya Undang-undang Allah boleh menyelamatkan kita dari segala masalah sosial yang teruk melanda negara kita. Ingatlah, kita telah berjanji kepada Allah 5 kali sehari hidupku matiku hanya untuk Allah. Tetapi selapas kita berjanji, lain pula kita lakukan. Nauzubillah min zalik. Sama-sama kita fikir dan berubah kepada yang lebih baik. Insyaallah.Amin...

Friday, March 11, 2011

Mesyuarat AJK kali 1 2011

YDP, Tim YDP dan Setiausaha

AJK mengemukakan cadangan


10 Mac 2011 - AJK PAS Cherating telah bersidang kali pertama untuk sesi 2011/2013. Mesyuarat ini diadakan di Suarau Al-Hidayah bermula selepas solat Isyak berjemaah. Semua AJK yang dilantik pada mesyuarat agung yang lepas telah hadir bagi menjayakan mesyuarat kali pertama ini.

Mesyuarat ini di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP Cawangan yang baru dilantik iaitu Hj Mustafa. Seterusnya memilih 15 perwakilan ke Mesyuarat Agung Kawasa Indera Mahkota yang dijangkakan akan diadakan pada bulan April. Mesyuarat sebulat suara bersetuju menghantar semua AJK sebagai perwakilan dan sekiranya berlebihan akan didaftarkan sebagai pemerhati.

Agenda seterusnya ialah memilih Ketua lajnah bagi melicinkan perancangan aktiviti parti. Sebanyak 5 lajnah ditubuhkan iaitu Lajnah Politik dan Pilihanraya, Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan, Lajnah Penerangan dan Dakwah, Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan, dan Lajnah Ekonomi. Ketua-ketua yang dilantik serta ahlinya boleh dirujuk pada Organisasi.

Isu dana PASTI at-Taqwa 2 sekali lagi memanaskan mesyuarat pada mala tersebut. Pelbagai cadangan yang diutarakan oleh para AJK antaranya mengadakan majlis minum teh, buat surat mohon derma kepada YB-YB Pakatan Rakyat, menyediakan tabung pada setiap ceramah yang dihadiri AJK dan lain-lain. YDP dengan kuasa veto mengarahkan setiap AJK wajib mengeluarkan infaq RM50 seorang kedalam tabung pembinaan PASTI tersebut. Sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui Ketua Pemuda Mohd Nurul Izzat (0139259260) ataupun Bendahari PASTI Tg Zaidi Tg Musa (0199877506).

Dalam sagmen lain-lain hal, Bendahari mencadangkan agar diwujudkan tabung infaq khas bagi dana PAS Cherating. Sumbangan setiap ahli amatlah diperlukan bagi melancarkan setiap aktviti yang dirancang. Naib Ketua Cawangan, Tg Zaidi Tg Musa mencadangkan para ahli PAS agar bergerak secara berjamaah dalam urusan kemasyarakatkan dalam menaikkan syiar Islam dan Parti Islam SeMalaysia. Sehubungan dengan itu, PAS Cherating dengan sebulat suara bersetuju untuk mengadakan aktiviti ziarah 2 minggu sekali ke rumah penduduk kampung. Pada hari Ahad ini 13/3/2011 PAS Cherating akan masuk kampunung ntuk menziarahi seorang penduduk yang dikhabarkan sedang menghidapi penyakit berat. Sesiapa yang berminat untuk menyertai rombongan, bolehlah sama-sama berkumpul di Surau Al-Hidayah pada waktu Asar.

Dalam mesyuarat itu juga, Ketua Pemuda mengumunkan akan mengadakan Msyuarat agung Pemuda PAS Cherating bagi menubuhkan ahli jawatakuasanya yang sendiri pada 19 Mac 2011 selepas solat Isyak di Surau Cherating (Pok Teh Man).

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Cherating 2011

5 Mac 2011 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Cawangan Cherating telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan yang diadakan di Surau Al-Hidayah. Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dalam keadaan yang lancar dengan sambutan dari semua ahli yang hadir.

Pada mesyuarat kali ini, organisasi baru telah disusun bagi memantapkan lagi gerak kerja menarik masyarakat menyokong perjuangan Islam. Penampilan sebahagian muka baru bergandingan dengan muka lama di dalam organisasi PAS Cherating diharap dapat meguatkan lagi parti dengan idea-idea baru dan segar. Senarai Ahlijawatankuasa yang baru boleh dirujuk pada bahagian Organisasi.

Antara Isu dibangkitkan didalam mesyuarat tersebut ialah berkenaan dana pembinaan PASTI at-Taqwa 2. menurut penerangan dari mantan ketua pemuda cawangan Tg. Zaidi, pembelanjaan untuk pembinaan itu setakat ini telah mencecah RM20K dan memerlukan baki RM20K untuk menyiapkan projek tersebut. Malangnya, PASTI tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyiapkan PASTI tersebut. Menurut Beliau lagi, Pemuda cawangan yang baru telah membuat iklan mohon sumbangan di Internet dan membuat tabung kutipan derma semasa Himpunan Pemuda 30K di Kedah dan semasa Majlis Pelancaran Buku Jingga di Kerdau. Para ahli cadangakan agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memikirkan cara mendapatkan dana tersebut.

Isu lain yang dibangkitkan ialah penyertaan yang aktif setiap ahli parti dalam setiap program yang akan diadakan disamping memperkasakan fikrah dengan menghadirkan diri dalam setiap usarah yang dijalankan. Pihak pemuda juga meminta pimpinan yang dipilih tidak sahaja aktif di kawasan tetapi seharusnya lebih mengaktifkan cawangan dengan membawa program-program anjuran pihak kawasan ke cawangan. Dengan cara ini secara tidak langsung akan mengaktifakan cawangan dan mesyarakat setempat dapat input yang baik disamping dapat memasyarakatkan PAS dengan penduduk kampung.

Pada akhir mesyuarat, para pimpinan berjanji akan melakukan tugas dengan sebaik mungkin dengan kerjasama semua ahli. Insyaallah PAS Cawangan Cherating akan bertambah kuat dengan dengan tenaga golongan pemuda dan sokongan orang lama. Insyaallah...

p/s: Gambar mesyuarat tidak dapat dipaparkan kerana terdapat masalah teknikal pada kamera. Harap maaf.

Friday, March 4, 2011

Janji Sanggang belum tertunai, apa pula untuk Kerdau?

Pertarungan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, Pahang, secara rasminya bermula sebaik selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu, 26 Februari. Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan calon PAS, Hassanuddin Salim.

Kerusi N.28 Kerdau kosong ekoran kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 12 Februari. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mengambil alih kerusi berkenaan daripada Dato’ Redzwan Harun.

Redzwan merupakan wakil rakyat sulung bagi Dun Kerdau apabila kerusi itu pertama kali diperkenalkan pada PRU 2004, ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003.

Difahamkan sebahagian kawasan Dun berkenaan melibatkan Dun Sanggang yang ditiadakan. Di atas faktor Redzwan selaku penyandang terakhir kerusi Dun Sanggang, beliau diberi peluang menyambung tugasnya di Kerdau pula.

Justeru, Kerdau boleh disifatkan wujud sebagai ganti Sanggang. Banyak persamaan geo-politik dikongsi antara keduanya, termasuk dari segi komposisi pengundi, latar sosio-ekonomi penduduk, tahap pembangunan infrastruktur dan seumpamanya.

Oleh kerana penduduk di situ pernah didedahkan dengan suasana PRK Dun Sanggang, 1 April 2000 lalu, pengalaman itu sepatutnya menjadi pengajaran berguna untuk mereka menilai apa yang dilakukan parti-parti bertanding di Kerdau kini. Apatah lagi setakat ini pun kedua-dua proses demokrasi itu telah menampakkan beberapa persamaan.

Alhamdulillah, proses penamaan calon di Kerdau tidak menyaksikan ada pemimpin BN menungging punggung dan memberikan isyarat lucah ke arah penyokong PAS. Aksi memalukan itu dilakukan tidak lain daripada Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakub sendiri. Ia disaksi ribuan mata, malah sempat dirakamkan orang ramai, pada penamaan calon PRK Sanggang, 21 Mac 2000.

Walau pun Adnan tidak mengulangi perangai kebudak-budakan itu Sabtu lalu, beliau dianggap turut mengulangi kontroversi di Kerdau. Dengan tak semena-mena beliau mendakwa kononnya PAS menuduh calon BN tidak lulus pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sedangkan menurut Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada satu pun kenyataan dikeluarkan mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN, Syed Ibrahim, yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir.

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pemimpin PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen bahawa partinya tidak akan menggunakan isu peribadi calon BN, termasuk menyerang peribadi beliau sepanjang kempen.
Kita melihat isu ini sengaja ditimbulkan bertujuan memfitnah PAS dan mewujudkan persepsi negatif terhadap parti itu di kalangan pengundi Kerdau. Telahan itu agak munasabah, terutama mengambilkira penerbitan dan penyebaran risalah memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat (PR) telah pun berlaku sebelum penamaan calon lagi.
Antara risalah berkenaan ialah yang bertajuk “Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan”. Risalah memuatkan karikatur itu disertakan logo ketiga-tiga parti PR. Ia bagaimana pun secara jelas cuba mengapikan sentimen perkauman apabila menggambarkan kononnya pihak paling beruntung dan gembira jika PR memerintah negara ialah DAP.
Fitnah dicipta BN itu mewarnai permulaan kempen Kerdau, sama sepertimana isu kontroversi dicetuskan Adnan di Sanggang dulu. Persamaan lain antara keduanya ialah soal penampilan calon. Kedua-dua parti nampaknya mengekalkan “selera” yang serupa.

Di Sanggang dulu, BN memilih Redzwan. Selaku bekas Penyelia Masjid-masjid Daerah Temerloh, beliau adalah calon berlatarbelakang pendidikan agama. Pemilihan Syed Ibrahim, yang juga bekas Pegawai Agama Menteri Besar, kini juga pada landasan sama.
PAS pula mengekalkan calon berlatarbelakang profesional. Dato' Hishamuddin Yahaya yang mewakili PAS di Sanggang dulu seorang peguam dan ahli perniagaan. Kini parti itu memilih Hassanuddin, seorang usahawan industri pembinaan dan pernah terlibat industri minyak dan gas.
Namun persamaan paling dijangkakan ialah taburan janji-janji pembangunan serta curahan projek-projek segera oleh BN. Manakala PAS selaku parti pembangkang yang serba daif dan miskin hanya mampu melihat BN memanipulasi kekuasaan material bagi meraih sokongan pengundi.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata Tuan Ibrahim sinis.
Pun begitu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat di Kerdau agar jangan lupa janji-janji BN semasa PRK Sanggang sebelum ini.
Difahamkan antara janji yang sangat diingati penduduk ialah projek perumahan awam di Paya Taram, yang hingga kini gagal ditunaikan.
Justeru, Tuan Ibrahim mengingatkan, watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau menaburkan janji-janji serupa.
"Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya kepada pengundi Kerdau.

Sumber : Detikdaily

Tuesday, March 1, 2011

Buku Jingga diciplak BN

BN ciplak Buku Jingga untuk pilihan raya kecil


Harakahdaily


PETALING JAYA, 1 Mac: Pengumuman terbaru pimpinan BN tentang insentif Tawaran Baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.
“Januari lalu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab, kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media di sini, hari ini.
Justeru, katanya PKR melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga.
Ini, ujarnya termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara.
Tambahnya, ia termasuk tawaran baru untuk guru yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.
Di dalam Buku Jingga, katanya Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan bagi menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.
Di Kerdau pula, katanya Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka Felda boleh dituntut menerusi tiga pilihan.
Jelasnya, bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula.
“Bayaran ini telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004. Bayaran sebanyak RM5000 dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi Felda masih lagi berhutang sebanyak RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit,” ujarnya.
Menurutnya, Pakatan telah mengumumkan bahawa Felda Plantations akan dibubarkan dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan pertama Felda.
“Malang sekali ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.
“Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga,” ujarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...