~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong Surau Al-Hidayah Oleh Dato Fauzi

Mesyuarat Agong Surau Al-Hidayah telah diadakan pada 26 Mac 2011 bertempat di surau berkenaan.
Dato' Fauzi bekas ADUN Beserah (BN) yang juga Pengerusi Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diberi penghormatan untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Agong kali ini terdapat pemilihan untuk ahli jawatankuasanya. Kepada jemaah yang terpilih untuk menjadi ahli jawatankuasa, PAS Cherating mengucapkan tahniah dan semoga amanah yang diberi dapat dipikul sepenuh tenaga. Diharap Surau Al-Hidayah terus makmur dengan pelbagai program keagamaan.

Wednesday, March 16, 2011

Mesyuarat Pemuda PAS Cawangan Cherating

Assalamualikum..
Merujuk perkara diatas, saya menjemput tuan-tuan ahli pemuda PAS Cherating untuk hadir ke Mesyuarat Pemuda PAS Cherating buat kali pertama pada tahun ini. Dijemput juga kepada pemuda yang masih belum menjadi ahli untuk hadir sama bagi menguatkan lagi jemaah Islam. Borang keahlian akan disediakan pada hari tersebut. Yuran keahlian adalah RM5 setahun.

Disertakan surat panggilan mesyuarat :-


Friday, March 11, 2011

Mesyuarat AJK kali 1 2011

YDP, Tim YDP dan Setiausaha

AJK mengemukakan cadangan


10 Mac 2011 - AJK PAS Cherating telah bersidang kali pertama untuk sesi 2011/2013. Mesyuarat ini diadakan di Suarau Al-Hidayah bermula selepas solat Isyak berjemaah. Semua AJK yang dilantik pada mesyuarat agung yang lepas telah hadir bagi menjayakan mesyuarat kali pertama ini.

Mesyuarat ini di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP Cawangan yang baru dilantik iaitu Hj Mustafa. Seterusnya memilih 15 perwakilan ke Mesyuarat Agung Kawasa Indera Mahkota yang dijangkakan akan diadakan pada bulan April. Mesyuarat sebulat suara bersetuju menghantar semua AJK sebagai perwakilan dan sekiranya berlebihan akan didaftarkan sebagai pemerhati.

Agenda seterusnya ialah memilih Ketua lajnah bagi melicinkan perancangan aktiviti parti. Sebanyak 5 lajnah ditubuhkan iaitu Lajnah Politik dan Pilihanraya, Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan, Lajnah Penerangan dan Dakwah, Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan, dan Lajnah Ekonomi. Ketua-ketua yang dilantik serta ahlinya boleh dirujuk pada Organisasi.

Isu dana PASTI at-Taqwa 2 sekali lagi memanaskan mesyuarat pada mala tersebut. Pelbagai cadangan yang diutarakan oleh para AJK antaranya mengadakan majlis minum teh, buat surat mohon derma kepada YB-YB Pakatan Rakyat, menyediakan tabung pada setiap ceramah yang dihadiri AJK dan lain-lain. YDP dengan kuasa veto mengarahkan setiap AJK wajib mengeluarkan infaq RM50 seorang kedalam tabung pembinaan PASTI tersebut. Sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui Ketua Pemuda Mohd Nurul Izzat (0139259260) ataupun Bendahari PASTI Tg Zaidi Tg Musa (0199877506).

Dalam sagmen lain-lain hal, Bendahari mencadangkan agar diwujudkan tabung infaq khas bagi dana PAS Cherating. Sumbangan setiap ahli amatlah diperlukan bagi melancarkan setiap aktviti yang dirancang. Naib Ketua Cawangan, Tg Zaidi Tg Musa mencadangkan para ahli PAS agar bergerak secara berjamaah dalam urusan kemasyarakatkan dalam menaikkan syiar Islam dan Parti Islam SeMalaysia. Sehubungan dengan itu, PAS Cherating dengan sebulat suara bersetuju untuk mengadakan aktiviti ziarah 2 minggu sekali ke rumah penduduk kampung. Pada hari Ahad ini 13/3/2011 PAS Cherating akan masuk kampunung ntuk menziarahi seorang penduduk yang dikhabarkan sedang menghidapi penyakit berat. Sesiapa yang berminat untuk menyertai rombongan, bolehlah sama-sama berkumpul di Surau Al-Hidayah pada waktu Asar.

Dalam mesyuarat itu juga, Ketua Pemuda mengumunkan akan mengadakan Msyuarat agung Pemuda PAS Cherating bagi menubuhkan ahli jawatakuasanya yang sendiri pada 19 Mac 2011 selepas solat Isyak di Surau Cherating (Pok Teh Man).

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Cherating 2011

5 Mac 2011 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Cawangan Cherating telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan yang diadakan di Surau Al-Hidayah. Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dalam keadaan yang lancar dengan sambutan dari semua ahli yang hadir.

Pada mesyuarat kali ini, organisasi baru telah disusun bagi memantapkan lagi gerak kerja menarik masyarakat menyokong perjuangan Islam. Penampilan sebahagian muka baru bergandingan dengan muka lama di dalam organisasi PAS Cherating diharap dapat meguatkan lagi parti dengan idea-idea baru dan segar. Senarai Ahlijawatankuasa yang baru boleh dirujuk pada bahagian Organisasi.

Antara Isu dibangkitkan didalam mesyuarat tersebut ialah berkenaan dana pembinaan PASTI at-Taqwa 2. menurut penerangan dari mantan ketua pemuda cawangan Tg. Zaidi, pembelanjaan untuk pembinaan itu setakat ini telah mencecah RM20K dan memerlukan baki RM20K untuk menyiapkan projek tersebut. Malangnya, PASTI tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyiapkan PASTI tersebut. Menurut Beliau lagi, Pemuda cawangan yang baru telah membuat iklan mohon sumbangan di Internet dan membuat tabung kutipan derma semasa Himpunan Pemuda 30K di Kedah dan semasa Majlis Pelancaran Buku Jingga di Kerdau. Para ahli cadangakan agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memikirkan cara mendapatkan dana tersebut.

Isu lain yang dibangkitkan ialah penyertaan yang aktif setiap ahli parti dalam setiap program yang akan diadakan disamping memperkasakan fikrah dengan menghadirkan diri dalam setiap usarah yang dijalankan. Pihak pemuda juga meminta pimpinan yang dipilih tidak sahaja aktif di kawasan tetapi seharusnya lebih mengaktifkan cawangan dengan membawa program-program anjuran pihak kawasan ke cawangan. Dengan cara ini secara tidak langsung akan mengaktifakan cawangan dan mesyarakat setempat dapat input yang baik disamping dapat memasyarakatkan PAS dengan penduduk kampung.

Pada akhir mesyuarat, para pimpinan berjanji akan melakukan tugas dengan sebaik mungkin dengan kerjasama semua ahli. Insyaallah PAS Cawangan Cherating akan bertambah kuat dengan dengan tenaga golongan pemuda dan sokongan orang lama. Insyaallah...

p/s: Gambar mesyuarat tidak dapat dipaparkan kerana terdapat masalah teknikal pada kamera. Harap maaf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...