~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Friday, March 11, 2011

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Cherating 2011

5 Mac 2011 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Cawangan Cherating telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan yang diadakan di Surau Al-Hidayah. Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dalam keadaan yang lancar dengan sambutan dari semua ahli yang hadir.

Pada mesyuarat kali ini, organisasi baru telah disusun bagi memantapkan lagi gerak kerja menarik masyarakat menyokong perjuangan Islam. Penampilan sebahagian muka baru bergandingan dengan muka lama di dalam organisasi PAS Cherating diharap dapat meguatkan lagi parti dengan idea-idea baru dan segar. Senarai Ahlijawatankuasa yang baru boleh dirujuk pada bahagian Organisasi.

Antara Isu dibangkitkan didalam mesyuarat tersebut ialah berkenaan dana pembinaan PASTI at-Taqwa 2. menurut penerangan dari mantan ketua pemuda cawangan Tg. Zaidi, pembelanjaan untuk pembinaan itu setakat ini telah mencecah RM20K dan memerlukan baki RM20K untuk menyiapkan projek tersebut. Malangnya, PASTI tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyiapkan PASTI tersebut. Menurut Beliau lagi, Pemuda cawangan yang baru telah membuat iklan mohon sumbangan di Internet dan membuat tabung kutipan derma semasa Himpunan Pemuda 30K di Kedah dan semasa Majlis Pelancaran Buku Jingga di Kerdau. Para ahli cadangakan agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memikirkan cara mendapatkan dana tersebut.

Isu lain yang dibangkitkan ialah penyertaan yang aktif setiap ahli parti dalam setiap program yang akan diadakan disamping memperkasakan fikrah dengan menghadirkan diri dalam setiap usarah yang dijalankan. Pihak pemuda juga meminta pimpinan yang dipilih tidak sahaja aktif di kawasan tetapi seharusnya lebih mengaktifkan cawangan dengan membawa program-program anjuran pihak kawasan ke cawangan. Dengan cara ini secara tidak langsung akan mengaktifakan cawangan dan mesyarakat setempat dapat input yang baik disamping dapat memasyarakatkan PAS dengan penduduk kampung.

Pada akhir mesyuarat, para pimpinan berjanji akan melakukan tugas dengan sebaik mungkin dengan kerjasama semua ahli. Insyaallah PAS Cawangan Cherating akan bertambah kuat dengan dengan tenaga golongan pemuda dan sokongan orang lama. Insyaallah...

p/s: Gambar mesyuarat tidak dapat dipaparkan kerana terdapat masalah teknikal pada kamera. Harap maaf.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...