~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Wednesday, April 26, 2017

Hiking Amal Bukit Panorama








22 April 2017 - Hari ini Jabatan Amal Cherating telah mengadakan program Hiking Bukit Panorama, Sungai Lembing. Program ini berjaya menarik minat 18 orang peserta dimana 12 orang daripadanya adalah pelapis Amal.

Program ini bermula dengan bersama-sama bermalam di Pusat Tarbiah Islamiah Cherating (PUTIC) bagi melancarkan pergerakan ke bukit panorama. Tepat jam 3:30 pagi, kumpulan ini bergerak dengan menaiki 3 buah kereta ke Bukit Panorama. sesampainya di kaki bukit, kami mengadakan senaman ringan dengan diketuai oleh sdr Che Ismail. Selepas itu, kami terus mendaki ke puncak dengan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Dipuncak bukit, kami mulakan aktiviti dengan latihan cara mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral yang di ajar oleh Sdr Habibulinsan. seterusnya, solat berjemaah dan tazkirah diadakan.

Sementara menunggu matahari naik, sesi taaruf diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

Tayangan Bola Sepak Pahang Vs JDT

Alhamdulillah.. program tayangan bola sepak Suku Akhir Kedua Piala FA 2017 diantara Pahang menentang Johor DT berjaya dijalankan pada 23 April 2017 bertempat di perkarangan Surau Ar-Rahman.

Tayangan ini adalah anjuran DACS Indera Mahkota dengan kerjasama Lajnah ICT JPC Cherating.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari pemuda Kg Cherating dan sekitarnya. Kehadiran yang tinggi melangkau jangkaan awal amat melegakan hati penganjur.

Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Adun Beserah, YB Andansura Bin Rabu dan turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Insyaallah program seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang.





Friday, April 21, 2017

Kuliah Fardhu Ain

Jom kita sama-sama mendalami ilmu Fardhu Ain yang akan diadakan setiap Jumaat di surau Pok Teh Man.

Tuesday, April 24, 2012

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Meriah

14 April 2012 - Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat juga program ini berjalan dengan lancar. Walaupun pada peringkat akhir perancangan program terdapat usaha-usaha untuk mengagalkan program tersebut.

Seramai 18 pasukan telah mendaftar untuk turut serta merebut gelaran juara bagi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah pada kali ini. Semua pasukan dipecahkan kepada 4 pasukan dan bersain secara liga sepusingan untuk merebut 2 slot ke peringkat suku akhir.

Pada peringkat akhir, pasukan Cacing DJ telah bertemu dengan pasukan Milo Bin Kurang Manis dan keputusannya memihak kepada pasukan Cacing DJ. Cacing DJ mencatat kemenangan keatas pasukan Milo Bin Kurang Manis dengan jaringan 1-0. Kemenangan ini melayakkan pasukan Cacing DJ membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 beserta trofi dan sijil penyertaan. Bagi pasukan Milo Bin Kurang Manis pula terpaksa berpuashati dengan tempat kedua dan membawa pulang wan tunai RM200 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Persiapan sebelum program bermula
Ust Zaki memberi ucapan perasmian
Ust Zaki menyerahkan bola kepada ketua pengadil sebagai tanda perasmian kejohanan tersebut
YDP PAS IM Hj Nasrun Amir datang dan menyantuni penonton di tepi padang
Yb Syed Muhammad menyampaikan trofi kepada pemain terbaik kejohanan
Penjaga Gol Terbaik Kejohanan
Bersama Juara
 p/s: Banyak lagi gambar sekitar program boleh dilihat di facebook pas cherating...

Kuliah Maghrib Ust Hazri Jusoh

11 April 2012 - Kuliah Maghrib di Markas PAS Cherating diteruskan lagi pada hari tersebut dengan pengisian daripada Ustaz Hazri Jusoh (NYDP PAS Kemaman). Di dalam kuliah beliau, Ust Hazri menceritakan tentang kewajipan menjalankan ibadah sekali gus mewajibkan perkara yang diperlukan untuk melaksanakan perkara wajib. Sepertimana untuk solat mewajibkan kita berwuduk dan membuat punca air untuk berwuduk menjadi perkara wajib kepada kita. Begitu juga dalam pilihanraya, apabila pilihanraya menjadi wajib kepada kita maka untuk mencari pengundi adalah wajib untuk kita lakukan.

Banyak lagi yang beliau kongsikan pada malam tersebut. diakhir program selepas solat Isyak berjemaah, para jemaah dijamukan dengan nasi kerabu yang ditaja oleh seorang ahli yang dermawan.

Monday, April 9, 2012

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 2012 - Pendaftaran Dibuka

Pemuda Sihat Bermain Futsal

7 April 2012 - Pemuda PAS Cherating telah mengadakan program Pemuda Sihat dengan bermain futsal di gelanggang futsal hotel Lagend Cherating. Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kecergasan petugas-petugas jentera pilihanraya yang mungkin diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Selain itu, dengan adanya program ini AJK Pemuda dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli dan orang muda di Cherating. Acara tersebut bermula jam 9:30 malam dan berakhir jam 11:30 malam dengan disertai lebih kurang 20 orang pemain.

Insyaallah program ini akan diteruskan dan dijadikan acara wajib dalam kalendar pemuda PAS Cherating.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...