~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Showing posts with label Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Kuliah Maghrib Ust Hazri Jusoh

11 April 2012 - Kuliah Maghrib di Markas PAS Cherating diteruskan lagi pada hari tersebut dengan pengisian daripada Ustaz Hazri Jusoh (NYDP PAS Kemaman). Di dalam kuliah beliau, Ust Hazri menceritakan tentang kewajipan menjalankan ibadah sekali gus mewajibkan perkara yang diperlukan untuk melaksanakan perkara wajib. Sepertimana untuk solat mewajibkan kita berwuduk dan membuat punca air untuk berwuduk menjadi perkara wajib kepada kita. Begitu juga dalam pilihanraya, apabila pilihanraya menjadi wajib kepada kita maka untuk mencari pengundi adalah wajib untuk kita lakukan.

Banyak lagi yang beliau kongsikan pada malam tersebut. diakhir program selepas solat Isyak berjemaah, para jemaah dijamukan dengan nasi kerabu yang ditaja oleh seorang ahli yang dermawan.

Monday, April 2, 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Zaki Ibrahim

28 Mac 2012 - Markas PAS Cherating sekali lagi diserikan dengan kuliah maghrib. Kali ini slot kuliah tersebut diisi oleh Ustaz Zaki B Ibrahim Ketua Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota.

Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsikan oleh ustaz pada malam tersebut. Antaranya adalah Islam adalah jalan kehidupan dimana Islam meangkumi semua aspek kehidupan termasuklah dalam menentukan pemimpin.


Thursday, March 1, 2012

Kuliah Maghrib Ust Nakhaie

Kuliah Maghrib dwi mingguan telah berjaya dianjurkan pada 29 Feb 2012 di Markas PAS Cherating. Siri Kuliah Maghrib kali ke-3 menampilkan seorang lagi Ustaz muda yang bertanggungjawab menghidupkan Masjid Chendor iaitu Ustaz Nakhaie. Ustaz Nakhaie juga adalah seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Kemaman dan bergiat aktif dalam usaha dakwah dan politik di sekitar DUN Chukai.

Ustaz Nakhaie cuba mengupas peranan dan pelajaran yang terdapat di dalam solat berjamaah dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang kita sedia tahu, solat berjamaah lebih 27 kali ganda pahala dari solat bersendirian. Dalam konteks kita bermasyarakat pula dapat di kaitkan dengan hidup bergaul dengan jiran tetangga lebih baik dari kita hidup bersendirian.

Dari segi ekonomi pula, solat berjamaah ini dapat menjana ekonomi umat Islam. Apabila kita hendak bersolat, secara langsung kita memerlukan pakaian dan peralatan solat untul digunakan. Nak taknak kita kena membeli dengan penjual yang semestinya orang Islam. Dari situ perkembangan ekonomi dapat terjadi.

Dari segi sains, dengan solat berjamaah para jemaah dapat bertukar-tukar cas positif dan negatif diantara satu sama lain semasa bahu dan kaki bersentuhan. Pergerakkan cas ini dapat menyeimbangkan cas di dalam tubuh manusia untuk menjadi lebih sihat dan cergas.

Pelajaran yang paling utama yang dapat di pelajari dari soalat berjemaah adalah tentang organisasi ataupun politik. Semasa solat berjemaah kita mesti memilih Imam yang paling baik dari semua aspek untuk diikuti oleh makmum. Begitu juga dalam  pentadbiran dunia. Pemimpin yang hendak dilantik mestilah yang terbaik untuk diikuti. Sekiranya Imam mempunyai masalah ataupun sudah tidak layak untuk menjadi imam ketika itu, Islam telah menetapkan cara untuk menegur atau menggantikan imam tersebut. Begitu juga dengan pemimpin yang dilihat sudah tidak layak untuk memimpin negara seharusnya ditegur dan digantikan dengan yang lebih baik sekiranya teguran dari rakyat tidak diendahkan pemimpin tersebut.

Banyak lagi yang ustaz kupas pada malam tersebut berkaitan dengan perjuangan umat Islam sekarang yang menyaksikan kebangkitan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Insyaallah kemenangan Islam akan terjadi juga seperti yang dinyatakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad sa.

Ustaz Nakhaie
Para jemaah kusyuk mendengar

Monday, February 20, 2012

Kuliah Maghrib Ust Manan

Alhamdulillah...
Siri Kuliah Maghrib dwi mingguan hari Rabu dapat diteruskan untuk kali ke dua. Walaupun pada peringkat awalnya agak susah untuk menvari penceramah untuk mengisi slot pada hari tersebut akhirnya berjaya juga kami mendapatkan Ketua Pemuda DPPIM Ust Zaki Ibrahim untuk memberi kuliah tersebut. Malangnya pada saat-saat akhir ust Zaki mempunyai program lain yang lebih penting.

Kuliah maghrib tersebut akhirnya diganti oleh Ust Manan. Ust Manan menyentuh pekara-perkara yang mendatangkan bala Allah dalam kuliah beliau. Antara punca turunnya bala yang dinyatakan ustaz adalah apabila harta kerajaan hanya berlegar kepada pemimpin sahaja. Ini samalah yang terjadi pada hari ini di mana kebanyakkan pemimpin mendapatkan keuntungan dari harta kerajaan seperti mana projek lembu NFC oleh keluarga Ketua wanita Umno, Sharizat.

Antara lainnya adalah apabila pemegangan amanah mendapat keuntungan dari amanahnya. Ini jelas kita dapat lihat dari segelintir pemegang amanah yang menggunakan amanah yang diberikan sebagai sumber pendapatan. Banyak lagi antara punca-punca datangnya bala dari Allah yang di huraikan oleh Ust Manan pada malam tersebut.

Kehadiran ahli juga amat memuaskan. Diharapkan program sebegini dapat terus dihidupkan walaupun mendapat tentangan dari mereka yang bencikan perjuangan Islam.

Ust Manan mula menyampaikan kuliah beliau
Antara Hadirin

Sunday, October 24, 2010

Kuliah Maghrib

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...