~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Wednesday, May 19, 2010

Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.

Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.

Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.

"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.

"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.

Monday, May 17, 2010

Kuliah Maghrib

Jom kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu
Tajuk : Aqidah Yang Satu
Penceramah : Ust Suhaimi Saad (Ketua Pemuda PAS Pahang)
Tempat : Surau Kg Kubang Ikan
Tarikh : 18 Mei 2010 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib

Ceramah Isu Semasa

Ceramah Isu Semasa Anjuran Pemuda Indera Mahkota
Tarikh : 16 Mei 2010
Masa : 9 Malam
Tempat : PUTRA Balok
YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota-PKR)
1. Lebih 2 Bilion hasil cukai judi yang diterima kerajaan. 1.6 Bilion digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.
2. Kelulusan judi bola sempena kejohanan piala dunia 2010 adalah bagi mengutip hasil cukai untuk menampung projek-projek akan datang. Kerajaan telah kehabisan duit kerana keborosan dan ketidaktelusan memerintah.
3. Najib cuba menjadi PM yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah Najib sanggup membuat apa sahaja bagi merealisasikan impian dia. Ini termasuklah mengikat kontrak berjumlah 77Juta dengan syarikat APCO Worlwide yang merupakan agensi Israel (Yahudi). Najib sanggup memperjudikan nasib rakyat bagi menaikkan imejnya.
4. Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Najib tidak ubah @ sama dengan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Mahathir.


YB Dato' Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena - PAS)
1. Kemenangan PR di Sibu yang diwakili oleh DAP memjadi penanda awal kejetuhan BN pada PRU ke 13. Serawak merupakan "talian hayat" kepada BN untuk terus memerintah Malaysia. Sekiranya Serawak mengalami peubahan politik yang besar, BN sudah tiada peluang untuk terus memerintah.
2. UMNO-BN menjadikan rakyat sebagai mangsa ketagihan judi dengan meluluskan lesen judi kepada syarikat Berjaya. BN hanya mementingkan keuntungan poket sendiri dan kroni-kroninya dan mengabaikan masalah yang akan timbul dengan kelulusan lesen judi tersebut. Pimpinan DAP yang bukan beragama Islam pun menentang kelulusan lesen judi kerana yakin akan menimbulkan pelbagai lagi penyakit di dalam masyarakat. Pimpinan Islam UMNO boleh tersenyum meluluskan lesen judi.
3. Sejarah mencatatkan, PAS ditubuhkan apabila Ulama di dalam UMNO tidak berpuas hati dengan pimpinan yang meluluskan judi kebajikan. Oleh sebab itu, YB menggesa mana-mana pemimpin atau ahli UMNO yang masih "bersih" yang masih sayangkan Islam, tinggalkan UMNO dan sama-sama berjuang didalam PAS.
4. Banyak isu-isu besar negara disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Isu 2 blok minyak yang berharga 320 Billion yang diserahkan kepada Brunei turut disembunyikan. Jika satu masa dulu Malaysia mempertahankan Pulau Batu Putih yang hanya ada rumah api sehingga sanggup merujuk kepada mahkamah dunia. Tetapi kenapa isu kawasan pertindihan 2 blok minyak yang mendatangkan hasil 320 Billion ini kerajaan dengan mudah memberikan kepada Brunei. Hal ini melibatkan kedaulatan wilayah Malaysia dan Hasil bumi Malaysia.

Himpunan lebih besar bantah judi bola

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS akan mengadakan himpunan lebih besar bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung sepanjang Jun ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, perhimpunan yang belum ditetapkan tarikh itu turut akan menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

"Kita akan bincang perkara tersebut dalam mesyuarat dewan harian pemuda PAS esok.
"InsyaAllah, selepas mesyuarat esok kita akan umumkan tarikh dan maklumat-maklumat lain," katanya.

Menurutnya, perhimpunan kali ini adalah terbuka kepada semua pihak dan dijangka mendapat kerjasama dari beberpa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Isu ini bukan isu agama Islam sahaja, judi ini mana-mana agama pun tidak membenarkannya kerana mengundang banyak keburukan dari kebaikan," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa bukan sahaja orang Islam, malah bukan Islam juga untuk menyertai himpunan tersebut.

Himpunan tersebut bagi mendesak kerajaan menarik balik lesen yang telah dikeluarkan dan menghormati pandangan rakyat negara ini.

Jumaat lalu, lebih 500 menyertai himpunan aman di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi dan konsert 12 jam Pitbull.

Perhimpunan tersebut bagaimanapun diganggu pihak polis sehingga berlaku pergelutan dengan beberapa penyokong yang hadir sebelum diarah bersurai.

Sumber :- Harakahdaily

P/S:- Kepada Pemuda PAS Cherating sila bersiap sedia untuk dipanggil sekali lagi untuk berdemo. Kita tunjukkan kekuatan kita. Kekuatan Rakyat. ALLAHUAKBAR!!!!

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru...



Dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di balik kejayaan kita. Insan yang tidak pernah mengharap balasan, wang, atau segala pun melainkan kejayaan kita. Itulah seorang manusia yang dipanggil guru.
Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru yang disambut di seluruh negara. Pada tahun ini Negeri Pahang menjadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.


Guru, cikgu, uztaz, ustazah, teacher dan pelbagai lagi gelaran untuk guru. Mereka ini bukan sahaja sebagai pendidik bangsa tetapi sebagai pencorak dan pembentuk akhlak para pelajar. Sungguh besar jasa seorang guru.


Guru oh Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang
1979


Hari ini, mari lah kita sama-sama mengingati dan menghargai jasa para pendidik kita sekurang-kurangnya dengan SMS "Terima Kasih Cikgu..."

Monday, May 10, 2010

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelantan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu di negeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, May 9, 2010

Orang Muda Geng Kita Peringkat Indera Mahkota

Program Orang Muda Geng Kita peringkat Indera Mahkota telah diadakan selama dua hari bermula pada hari Jumaat (7 Mei 2010) dan hari Sabtu (8 Mei 2010). Dua acara yang dapat menarik minat remaja untuk turut serta telah diadakan iaitu Malam Kesenian Islam dan Sehari Bersama Wazi Boyz.

Malam Kesenian Islam diadakan pada hari Sabtu bermula jam 9 malam. Acara ini dimeriahkan dengan penyanyi popular tanah air iaitu Renggo dari kumpulan Arrow dan seorang motivator sdr Akhwan Affandi. Pelbagai lagu popular disampaikan pada malam itu. Antaranya ialah Mati Hidup Semula, Dari Kekasih kepada Kekasih,Seroja, Kawan (The Zikr), Aku Tak Marah, dan banyak lagi. Renggo turut menyanyikan 2 buah lagu baru yang Insyaallah akan dimuatkan didalam album akan datang.

Disamping nyanyian, kata-kata nasihat turut diselitkan diantara lagu-lagu yang disampaikan. Berbekalkan dengan penggalaman yang luas didalam bidang motivasi dan ceramah, Sdr Akhwan Affandi berjaya menghidupkan majlis tersebut. Lirik-lirik lagu yang di nyanyikan dihuraikan dalam pelbagai gaya oleh kedua-dua penyanyi bagi kefahaman penonton.



Lagu Baru Renggo untuk dimuatkan didalam album akan datang. Lagu mengenai ibu ini masih tidak mempunyai tajuk.


 
Lagu duet terakhir antara Renggo dan Akhwan Affandi.



Pada hari kedua, Sabtu (8 Mei 2010) program Sehari Bersama Wazi Boyz telah diadakan di Pantai Balok. Aktiviti ini bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Aktiviti ini mendapat perhatian daripada penunggang motorsikal sekitar Balok.

Wazi Boyz adalah sebuah kelab motorsikal yang diasaskan oleh Wazi. Wazi ialah seorang pelumba Cub Prix Malaysia dan berpengelaman luas dalam dunia pemotoran. Wazi Boyz juga terlibat dengan aksi-aksi stunt di dalam filem tanah air seperti filem Rem-it, Adnan Sempit dan beberapa lagi buah filem. Wazi sendiri turut berlakon di dalam filem rem-it.

Sepanjang program ini, pengunjung boleh membuat servis motorsikal secara percuma oleh kakitangan Castrol. Aksi stunt diatas motorsikal juga dipertontonkan kepada pengunjung.


Aktiviti ini turut disertai oleh 26 buah motorsikal berkuasa tinggi yang mewakili kelab Pahang Rider.
Renggo juga turut serta dan diberi kesempatan oleh Wazi untuk menghiburkan hadirin dengan dua buah lagu pada hari itu.

Nota
Pelbagai gambar boleh dilihat di :-
http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=4526&id=100001044970502  (Facebook Pas Cherating)


Video juga boleh di lihat di :-
http://www.youtube.com/watch?v=zh308DPqqaA
http://www.youtube.com/watch?v=Pl9ebn122KM
http://www.youtube.com/watch?v=jOj_k1LmRqY
http://www.youtube.com/watch?v=l6w9vNd9wqY
http://www.youtube.com/watch?v=lZD8XxoR8P4
http://www.youtube.com/watch?v=fHToR9yl3W4
http://www.youtube.com/watch?v=s91WJ2VKyiQ
http://www.youtube.com/watch?v=BFkqpFiQHB4
http://www.youtube.com/watch?v=W9gJXCxEPcc

Saturday, May 8, 2010

Kuliah Bulanan

Tarikh :- 7 Mei 2010
Masa :- Lepas solat Maghrib
Tempat :- Surau Al-Hidayah Kg Cherating









YB Beserah Syed Mohammad Tuan Lonik telah memberi kuliah bulanan di Surau Al-Hidayah Kg Cherating pada malam semalam. Kuliah bulanan ini adalah kuliah tetap yang akan di isi oleh YB pada setiap Malam Sabtu (Hari Jumaat) di surau tersebut.

Dalam kuliah tersebut, YB telah mengajar mengenai Iman. YB mengibaratkan Iman ini seperti tiub tayar motorsikal. Biar kurang angin tapi jangan bocor. Sekiranya bocor, maka motorsikal tersebut tidak dpt digunakan. Begitu jugalah dengan iman. Ada ketika kuat ada ketika lemah. Jika Iman kita bocor @ terpesong, rosaklah semua amalan kita. Kita kena jaga betul-betul Iman ini agar tidak bocor.

YB menyatakan kita mestilah beriman kepada Allah dan Rasul. Bukan hanya setakat percaya tetapi mengimani dan meyakini dengan sungguh-sungguh kepada Allah. Meyakini Allah ada dan tiada sekutu kepada Allah. Sekutu ini bermaksud tiada yang boleh berkongsi dengan Allah dalam apa jua pun. Contoh yang dibagi oleh YB ialah tentang undang-undang yang diamalkan di Malaysia. Bukan setakat menyekutukan Allah malahan menolak terus Allah dengan menolak hukum hudud yang diperintahkan. Syirik hukumnya.Nauzubillah...

YB menyatakan kerajaan sekarang banyak menyembunyikan perkara dasar tentang Islam. Mereka tidak gemar orang yang faham tentang Islam kerana akan merugikan ke pada parti mereka. Mereka lebih suka kepada oarng yang berfikiran sekular yang mana memisahkan diantara agama dan politik. Antara agenda untuk memastikan hasrat mereka ini berjaya ialah dengan menghadkan matapelajaran bagi calon SPM. Kesannya, pelajar aliran agama terpaksa menghadkan pemgambilan matapelajaran agama kerana terpaksa mengambil matapelajaran yang wajib seperti B Melayu, B Inggeris, Matematik dan sebagainya.

Antara lain yang di sampaikan oleh YB ialah musuh Islam akan ada sampai hari kiamat kerana sebagai "projek" kepada pejuang agama Allah. Kita hendaklah terima "projek" ini dengan senang hati. YB juga menyatakan musuh yang paling susah hendak dilawan ialah penganut Islam sendiri kerana sekaran ini Islam ditentang oleh penganutnya sendiri.

Setelah menyampaikan kuliah beliau, YB turut mengimami jemaah solat isyak dan bertahlil. Akhirnya semua yang hadir dijamukan dengan makan malam (Nasi Putih, Sup Daging Kuda, Ayam Masak Merah, Ikan Masin, tembikai Susu, & Teh O).

Friday, May 7, 2010

Izzatul Islam - Generasi Harapan (Pemuda Kahfi)



Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
Hingga musuh mampu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu

ALLAHUAKBAR!!!

Setiausaha Unit AMAL Indera Mahkota Kemalangan Jalan Raya

Salam Perjuangan!

Al-Akh Al-Haras, Setiausaha AMAL Indera Mahkota masih berada dalam keadaan kritikal dan berada di Wad 5C katil 13.

Mari kita sama-sama mendo'kan agar beliau diberikan kekuatan dan cepat sembuh.

Sk: Setiausaha & Ketua DPP & YDP PAS Indera Mahkota, Pahang.
*Siapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh masukkan duit ke akaun bank:
No. Akaun: BIMB 0601901008065

Kemudian boleh SMS berapa jumlah kepada Ketua Penyelaras AMAL Indera Mahkota Al-Akh Syeikh Azlan di no.hp 019-9263699

Jom gi ziarah!
 
Sumber:-http://unit-amal-im.blogspot.com
 
PAS Cherating mendoakan agar sdr Al Haras cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala...AMIN...

Thursday, May 6, 2010

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama
www.malaysiakini.com


Komen PAS Cherating :~




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(5:90...)
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Inikah yang dinamakan kerajaan yang prihatin. Inikah maksud slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang sekeliling kampung. Kalaulah benar, jahanam umat Islam Malaysia..

Allah telah berfirman didalam alQuran seperti diatas. Ini telah jelas sejelas jelasnya mengatakan judi itu haram tanpa sebarang alasan. UMNO secara terang-terangan telah berani menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH asalkan hasilnya masuk kedalam poket UMNO. Inilah hasil didikan APCO Yahudi kepada pemimpin negara.

Sebenarnya ini bukan kali pertama pemimpin Malaysia (UMNO) membuat perkara bodoh dan membelakangi agama. Sebelum ini, kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membelanja (sponser) penagih dadah dengan jarum suntikan dan pelacur dengan kondom. Entah apa lagi idea bodoh akan terkeluar selepas ini.

Sepatutnya kerajaan mencari jalan untuk mengelak aktiviti-aktiviti mungkar ini dari terus berjalan. Memberi amaran keras dan hukuman berat sekiranya aktiviti ini terus berlaku. Bukannya menghalalkan apa yang diharamkan ALLAH. Segala yang memberi keuntungan kepada UMNO akan diberi "logo" halal.

Teramat bacul lah kita sekiranya kita masih membiarkan orang seperti ini memimpin kita. Manusia yang sanggup membelakangi perintah ALLAH kerana mengikut kemahuan manusia. Nauzubilah...
Waallhua'lam...

Wednesday, May 5, 2010

Bubur Assyura Cap Bulan

Program :- Mengacau Bubur Assyura
Tarikh:- 27/12/2009 (10 Muharram 1431)
Tempat :- Perkarangan Surau Al-Hidayah
Pada hari tersebut, PAS Cherating berjaya memasak 5 kawah bubur assyura secara bergotong-royong bersama penduduk kampung. Bubur asyyura tersebut akhirnya diagihkan kepada penduduk sekitar kampung Cherating.


Huraian Apa Erti Saya Menganut Islam ~Akidah~ Bah. 2

7. Kita mestilah mengimani dengan sunguh-sunguh hanya ALLAH yang layak untuk menggubal undang-undang. Kita sebagai manusia yang mengaku hambaNya haruslah taat dan berusaha untuk menjadikan hukum ALLAH sebagai panduan didalam menjatuhkan hukuman dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu sendiri. Dalam surah Asy-syuura ayat 10 ALLAH telah berfirman yang bermaksud “Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka keputusannya (terserah) kepada ALLAH (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Tuhanku, kepadaNyalah aku bertawakkan dan kepadaNyalah aku kembali”. Begitulah sebaik-baik orang yang beriman kerana setiap permasalahan hendaklah kita kembali kepada yang Maha Mengetahui.

8. kita mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi ALLAH. Sebagai jalan yang dapat membantu kita untuk memperkukuhkan keyakinan kepada Allah, hendaklah kita mengetahui sifat-sifatNya , dan mengetahui Sifat-Sifat ALLAH itu ialah Fardhu Ain bagi setiap mukallaf lelaki mahupun perempuan.

9. Kita mestilah berfikit tentang makhluk ciptaan Allah, bukanlah berfikir tentang zat Allah. Percubaan akal untuk menembusi Hijab Keteguhan adalah sia-sia. Jika dipaksa juga tidak ada yang ditemui melainkan kemungkinan menjadi gila.

10. Mengenai sifat-sifat ALLAH pula telah banyak ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan sifat-sifat ALLAH dan kesempurnaan sifat uluhiyahNya. Diantara ayat-ayat yang menunjukkan wujudnya ALLAH SWT itu ada ayat-ayat yang menunjukkan sifat Qidam (sedia) dan Baqa’ (kekal) bagi ALLAH. Ada pula ayat-ayat yang menunjukkan bahawa ALLAH itu bersalahan (tidak sama) dengan makhluk ciptaanNya, ayat-ayat yang menafikan wujudnya anak, bapa, sesuatu yang menyerupai dan bandingan bagi ALLAH. Ada pula ayat-ayat yang menunjukkan bahawa ALLAH berdiri sendiri dalam erti kata bahawa Allah tidak memerlukan pertolongan dari makhluk ciptaanNya, malah makhluk ciptaanNya itulah yang berhajat kepadaNya. Ada juga ayat-ayat yang menunjukkan wahdaniat (keesaan) Allah baik pada zatNya, perbuatanNya dan urusan tadbirNya. Ada ayat-ayat yang menunjukkan keluasan ilmu ALLAH yang mencakup segala sesuatu, ayat-ayat yang menunjukkan iradah (kehendak) ALLAH yang mengatasi segala segala iradah dan kehendak makhluk ciptaanNya dan ada ayat-ayat yang menunjukkan bahawa ALLAH bersifat hayat (hidup) yang kamil (sempurna), malah masih banyak terdapat ayat-ayat yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan ALLAH yang tidak putus-putus dan tidak diketahui hakikatnya oleh akal manusia. Kita tidak membataskan pujian kita kepada ALLAH sebagaimana ALLAH telah memuji diriNya.

Monday, May 3, 2010

Lagu Perjuangan Islam

Sunday, May 2, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...