~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru...



Dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di balik kejayaan kita. Insan yang tidak pernah mengharap balasan, wang, atau segala pun melainkan kejayaan kita. Itulah seorang manusia yang dipanggil guru.
Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru yang disambut di seluruh negara. Pada tahun ini Negeri Pahang menjadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.


Guru, cikgu, uztaz, ustazah, teacher dan pelbagai lagi gelaran untuk guru. Mereka ini bukan sahaja sebagai pendidik bangsa tetapi sebagai pencorak dan pembentuk akhlak para pelajar. Sungguh besar jasa seorang guru.


Guru oh Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang
1979


Hari ini, mari lah kita sama-sama mengingati dan menghargai jasa para pendidik kita sekurang-kurangnya dengan SMS "Terima Kasih Cikgu..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...