Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.
"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
- Bernama
www.malaysiakini.com
Komen PAS Cherating :~
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(5:90...)
(5:90...)
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Inikah yang dinamakan kerajaan yang prihatin. Inikah maksud slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang sekeliling kampung. Kalaulah benar, jahanam umat Islam Malaysia..
Allah telah berfirman didalam alQuran seperti diatas. Ini telah jelas sejelas jelasnya mengatakan judi itu haram tanpa sebarang alasan. UMNO secara terang-terangan telah berani menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH asalkan hasilnya masuk kedalam poket UMNO. Inilah hasil didikan APCO Yahudi kepada pemimpin negara.
Sebenarnya ini bukan kali pertama pemimpin Malaysia (UMNO) membuat perkara bodoh dan membelakangi agama. Sebelum ini, kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membelanja (sponser) penagih dadah dengan jarum suntikan dan pelacur dengan kondom. Entah apa lagi idea bodoh akan terkeluar selepas ini.
Sepatutnya kerajaan mencari jalan untuk mengelak aktiviti-aktiviti mungkar ini dari terus berjalan. Memberi amaran keras dan hukuman berat sekiranya aktiviti ini terus berlaku. Bukannya menghalalkan apa yang diharamkan ALLAH. Segala yang memberi keuntungan kepada UMNO akan diberi "logo" halal.
Teramat bacul lah kita sekiranya kita masih membiarkan orang seperti ini memimpin kita. Manusia yang sanggup membelakangi perintah ALLAH kerana mengikut kemahuan manusia. Nauzubilah...
Waallhua'lam...
umno/BN mmg jahanam dari dulu,kini dan selamanya..
ReplyDelete