7. Kita mestilah mengimani dengan sunguh-sunguh hanya ALLAH yang layak untuk menggubal undang-undang. Kita sebagai manusia yang mengaku hambaNya haruslah taat dan berusaha untuk menjadikan hukum ALLAH sebagai panduan didalam menjatuhkan hukuman dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu sendiri. Dalam surah Asy-syuura ayat 10 ALLAH telah berfirman yang bermaksud “Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka keputusannya (terserah) kepada ALLAH (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Tuhanku, kepadaNyalah aku bertawakkan dan kepadaNyalah aku kembali”. Begitulah sebaik-baik orang yang beriman kerana setiap permasalahan hendaklah kita kembali kepada yang Maha Mengetahui.
8. kita mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi ALLAH. Sebagai jalan yang dapat membantu kita untuk memperkukuhkan keyakinan kepada Allah, hendaklah kita mengetahui sifat-sifatNya , dan mengetahui Sifat-Sifat ALLAH itu ialah Fardhu Ain bagi setiap mukallaf lelaki mahupun perempuan.
9. Kita mestilah berfikit tentang makhluk ciptaan Allah, bukanlah berfikir tentang zat Allah. Percubaan akal untuk menembusi Hijab Keteguhan adalah sia-sia. Jika dipaksa juga tidak ada yang ditemui melainkan kemungkinan menjadi gila.
10. Mengenai sifat-sifat ALLAH pula telah banyak ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan sifat-sifat ALLAH dan kesempurnaan sifat uluhiyahNya. Diantara ayat-ayat yang menunjukkan wujudnya ALLAH SWT itu ada ayat-ayat yang menunjukkan sifat Qidam (sedia) dan Baqa’ (kekal) bagi ALLAH. Ada pula ayat-ayat yang menunjukkan bahawa ALLAH itu bersalahan (tidak sama) dengan makhluk ciptaanNya, ayat-ayat yang menafikan wujudnya anak, bapa, sesuatu yang menyerupai dan bandingan bagi ALLAH. Ada pula ayat-ayat yang menunjukkan bahawa ALLAH berdiri sendiri dalam erti kata bahawa Allah tidak memerlukan pertolongan dari makhluk ciptaanNya, malah makhluk ciptaanNya itulah yang berhajat kepadaNya. Ada juga ayat-ayat yang menunjukkan wahdaniat (keesaan) Allah baik pada zatNya, perbuatanNya dan urusan tadbirNya. Ada ayat-ayat yang menunjukkan keluasan ilmu ALLAH yang mencakup segala sesuatu, ayat-ayat yang menunjukkan iradah (kehendak) ALLAH yang mengatasi segala segala iradah dan kehendak makhluk ciptaanNya dan ada ayat-ayat yang menunjukkan bahawa ALLAH bersifat hayat (hidup) yang kamil (sempurna), malah masih banyak terdapat ayat-ayat yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan ALLAH yang tidak putus-putus dan tidak diketahui hakikatnya oleh akal manusia. Kita tidak membataskan pujian kita kepada ALLAH sebagaimana ALLAH telah memuji diriNya.
No comments:
Post a Comment