Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, perhimpunan yang belum ditetapkan tarikh itu turut akan menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.
"Kita akan bincang perkara tersebut dalam mesyuarat dewan harian pemuda PAS esok.
"InsyaAllah, selepas mesyuarat esok kita akan umumkan tarikh dan maklumat-maklumat lain," katanya.
Menurutnya, perhimpunan kali ini adalah terbuka kepada semua pihak dan dijangka mendapat kerjasama dari beberpa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Isu ini bukan isu agama Islam sahaja, judi ini mana-mana agama pun tidak membenarkannya kerana mengundang banyak keburukan dari kebaikan," katanya lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa bukan sahaja orang Islam, malah bukan Islam juga untuk menyertai himpunan tersebut.
Himpunan tersebut bagi mendesak kerajaan menarik balik lesen yang telah dikeluarkan dan menghormati pandangan rakyat negara ini.
Jumaat lalu, lebih 500 menyertai himpunan aman di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi dan konsert 12 jam Pitbull.
Perhimpunan tersebut bagaimanapun diganggu pihak polis sehingga berlaku pergelutan dengan beberapa penyokong yang hadir sebelum diarah bersurai.
Sumber :- Harakahdaily
P/S:- Kepada Pemuda PAS Cherating sila bersiap sedia untuk dipanggil sekali lagi untuk berdemo. Kita tunjukkan kekuatan kita. Kekuatan Rakyat. ALLAHUAKBAR!!!!
tahniah kpd pemuda cherating yg berjaya turut serta dlm demonstrasi aman ini..saya pun klau bleh nk g jgk,tp xde transport n support..tp saya percaya klau la disediakan 100 buah bas utk pemuda cherating prgi demo,saya jamin semua 100 bas tu penuh..semata2 nk bantah bnda jahanam mcm ni..ALLAHUAKBAR!!
ReplyDelete