Tarikh :- 7 Mei 2010
Masa :- Lepas solat Maghrib
Tempat :- Surau Al-Hidayah Kg Cherating
YB Beserah Syed Mohammad Tuan Lonik telah memberi kuliah bulanan di Surau Al-Hidayah Kg Cherating pada malam semalam. Kuliah bulanan ini adalah kuliah tetap yang akan di isi oleh YB pada setiap Malam Sabtu (Hari Jumaat) di surau tersebut.
Dalam kuliah tersebut, YB telah mengajar mengenai Iman. YB mengibaratkan Iman ini seperti tiub tayar motorsikal. Biar kurang angin tapi jangan bocor. Sekiranya bocor, maka motorsikal tersebut tidak dpt digunakan. Begitu jugalah dengan iman. Ada ketika kuat ada ketika lemah. Jika Iman kita bocor @ terpesong, rosaklah semua amalan kita. Kita kena jaga betul-betul Iman ini agar tidak bocor.
YB menyatakan kita mestilah beriman kepada Allah dan Rasul. Bukan hanya setakat percaya tetapi mengimani dan meyakini dengan sungguh-sungguh kepada Allah. Meyakini Allah ada dan tiada sekutu kepada Allah. Sekutu ini bermaksud tiada yang boleh berkongsi dengan Allah dalam apa jua pun. Contoh yang dibagi oleh YB ialah tentang undang-undang yang diamalkan di Malaysia. Bukan setakat menyekutukan Allah malahan menolak terus Allah dengan menolak hukum hudud yang diperintahkan. Syirik hukumnya.Nauzubillah...
YB menyatakan kerajaan sekarang banyak menyembunyikan perkara dasar tentang Islam. Mereka tidak gemar orang yang faham tentang Islam kerana akan merugikan ke pada parti mereka. Mereka lebih suka kepada oarng yang berfikiran sekular yang mana memisahkan diantara agama dan politik. Antara agenda untuk memastikan hasrat mereka ini berjaya ialah dengan menghadkan matapelajaran bagi calon SPM. Kesannya, pelajar aliran agama terpaksa menghadkan pemgambilan matapelajaran agama kerana terpaksa mengambil matapelajaran yang wajib seperti B Melayu, B Inggeris, Matematik dan sebagainya.
Antara lain yang di sampaikan oleh YB ialah musuh Islam akan ada sampai hari kiamat kerana sebagai "projek" kepada pejuang agama Allah. Kita hendaklah terima "projek" ini dengan senang hati. YB juga menyatakan musuh yang paling susah hendak dilawan ialah penganut Islam sendiri kerana sekaran ini Islam ditentang oleh penganutnya sendiri.
Setelah menyampaikan kuliah beliau, YB turut mengimami jemaah solat isyak dan bertahlil. Akhirnya semua yang hadir dijamukan dengan makan malam (Nasi Putih, Sup Daging Kuda, Ayam Masak Merah, Ikan Masin, tembikai Susu, & Teh O).
No comments:
Post a Comment