~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Sunday, May 9, 2010

Orang Muda Geng Kita Peringkat Indera Mahkota

Program Orang Muda Geng Kita peringkat Indera Mahkota telah diadakan selama dua hari bermula pada hari Jumaat (7 Mei 2010) dan hari Sabtu (8 Mei 2010). Dua acara yang dapat menarik minat remaja untuk turut serta telah diadakan iaitu Malam Kesenian Islam dan Sehari Bersama Wazi Boyz.

Malam Kesenian Islam diadakan pada hari Sabtu bermula jam 9 malam. Acara ini dimeriahkan dengan penyanyi popular tanah air iaitu Renggo dari kumpulan Arrow dan seorang motivator sdr Akhwan Affandi. Pelbagai lagu popular disampaikan pada malam itu. Antaranya ialah Mati Hidup Semula, Dari Kekasih kepada Kekasih,Seroja, Kawan (The Zikr), Aku Tak Marah, dan banyak lagi. Renggo turut menyanyikan 2 buah lagu baru yang Insyaallah akan dimuatkan didalam album akan datang.

Disamping nyanyian, kata-kata nasihat turut diselitkan diantara lagu-lagu yang disampaikan. Berbekalkan dengan penggalaman yang luas didalam bidang motivasi dan ceramah, Sdr Akhwan Affandi berjaya menghidupkan majlis tersebut. Lirik-lirik lagu yang di nyanyikan dihuraikan dalam pelbagai gaya oleh kedua-dua penyanyi bagi kefahaman penonton.



Lagu Baru Renggo untuk dimuatkan didalam album akan datang. Lagu mengenai ibu ini masih tidak mempunyai tajuk.


 
Lagu duet terakhir antara Renggo dan Akhwan Affandi.



Pada hari kedua, Sabtu (8 Mei 2010) program Sehari Bersama Wazi Boyz telah diadakan di Pantai Balok. Aktiviti ini bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Aktiviti ini mendapat perhatian daripada penunggang motorsikal sekitar Balok.

Wazi Boyz adalah sebuah kelab motorsikal yang diasaskan oleh Wazi. Wazi ialah seorang pelumba Cub Prix Malaysia dan berpengelaman luas dalam dunia pemotoran. Wazi Boyz juga terlibat dengan aksi-aksi stunt di dalam filem tanah air seperti filem Rem-it, Adnan Sempit dan beberapa lagi buah filem. Wazi sendiri turut berlakon di dalam filem rem-it.

Sepanjang program ini, pengunjung boleh membuat servis motorsikal secara percuma oleh kakitangan Castrol. Aksi stunt diatas motorsikal juga dipertontonkan kepada pengunjung.


Aktiviti ini turut disertai oleh 26 buah motorsikal berkuasa tinggi yang mewakili kelab Pahang Rider.
Renggo juga turut serta dan diberi kesempatan oleh Wazi untuk menghiburkan hadirin dengan dua buah lagu pada hari itu.

Nota
Pelbagai gambar boleh dilihat di :-
http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=4526&id=100001044970502  (Facebook Pas Cherating)


Video juga boleh di lihat di :-
http://www.youtube.com/watch?v=zh308DPqqaA
http://www.youtube.com/watch?v=Pl9ebn122KM
http://www.youtube.com/watch?v=jOj_k1LmRqY
http://www.youtube.com/watch?v=l6w9vNd9wqY
http://www.youtube.com/watch?v=lZD8XxoR8P4
http://www.youtube.com/watch?v=fHToR9yl3W4
http://www.youtube.com/watch?v=s91WJ2VKyiQ
http://www.youtube.com/watch?v=BFkqpFiQHB4
http://www.youtube.com/watch?v=W9gJXCxEPcc

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...