Pas Cherating terbaca dalam akhbar Utusan Melayu (21-02-2012) di ruangan Forum surat yang dikirimkan oleh Khalid Haji Abdullah. Dalam tulisannya, Khalid menyatakan kebimbangan beliau bendera Israel berkibar di Malaysia sekiranya PR berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Kebimbangan ini mungkin terpengaruh dengan media yang sentiasa memutar kenyataan sekerat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Ucapan penuh pendirian Anwar tentang Israel ttidak pula di tayangkan.
Apakah Khalid tidak tahu yang bendera Israel pernah berkibar megah di bangunan PWTC (UMNO) pada satu masa dahulu. Ini membuktikan kerajaan BN telah lama mengiktiraf kewujudan negara Israel.
Tidak cukup dengan kibarkan bendera tersebut, kerajaan yang di pimpin BN juga mengalu-alukan kedatangan Israel. Buktinya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online pada 19/6/2010 kapal Israel dengan sewenang-wenangnya memasuki perlabuhan Klang. Sekiranya Malaysia tiada perhubungan dengan rejim Yahudi tersebut, adakah boleh kapal tersebut boleh memasuki perairan kita dan berlabuh di perlabuhan tersebut?
Walaupun ramai yang membantah dengan kejadian tersebut, nampaknya kerajaan tidak sedikit pun menghiraukan bantahan tersebut. kejadian tersebut masih berulang seperti mana dakwaan sebuah NGO Jingga 13 tentang beberapa buah kapal milik Israel berlabuh di perairan negara. Disini terbongkarnya sikap hipokrit kerajaan BN. Pemuda PAS Malaysia melalui Ketua Penerangannya meluahan kesal dengan sikap kerajaan tersebut.
Bukti secara video tentang kedatangan kapal-kapal tersebut boleh di lihat di blog Milo Suam."Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kerajaan UMNO-BN sebagai ‘mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ dengan dakwaan kononnya Malaysia benar-benar memperjuangkan Palestin dan menolak bersahabat dengan Israel. Namun demikian, dengan kehadiran dua buah kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel menunjukkan wajah sebenar kerajaan UMNO-BN dalam isu Israel.Merujuk kepada laporan yang dikemukakan oleh sebuah NGO Jingga 13, Kapal-kapal tersebut adalah Zim USA dan Zim Atlantic milik sepenuhnya syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd dan ia turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv. Soalnya, mengapa dua buah kapal milik syarikat dari Israel boleh dibenarkan berlabuh di perairan negara? Bukankah ini menunjukkan bahawa wujud secara tidak langsung hubungan dagang antara negara ini dengan Israel? Adakah kerajaan tidak sedar atau pura-pura tidak sedar kehadiran dua buah kapal ini dari Israel?Dalam isu ini, DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak konsisten dalam isu Israel. Dari satu sudut kerajaan seolah bertegas bersama rakyat Palestin dan menolak kejahatan Israel, tetapi dalam masa yang sama entiti yang ada kepentingan dengan Israel dibenarkan masuk ke dalam negara ini dengan mudah. Lupakah kerajaan bagaimana rakyat Palestin bermandi darah dan air mata mempertahankan tanah mereka yang dijajah dengan zalim dan kejam? Datuk Seri Najib barangkali lupa bagaimana umat Islam di seluruh dunia dengan tegas dan lantang mempertahankan bumi Palestin dari dijarah oleh rejim zionis Israel.DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana tegasnya negara-negara umat Islam yang lain sehingga sanggup memutuskan sebarang hubungan dengan Israel sama ada hubugan politik, ekonomi dan lain-lain lagi. Sebaliknya, yang dikesali apabila kehadiran dua buah kapal dagang Israel dibiarkan dengan mudah berlabuh di perairan negara. Sepatutnya kerajaan bertegas tidak membenarkan walau seinci pun tanah di negara ini, malah di perairan negara ini dilalui oleh apa juga entiti dari rejim Zionis sebagai tanda protes kemarahan terhadap rejim Zionis serta kebersamaan terhadap rakyat Palestin.Sudah tentu umat Islam yang melihat isu ini secara dekat merasa kecewa kerana kerajaan bersikap hipokrit dalam isu Israel. Ketegasan kerajaan dalam isu ini hanya pada sesetengah pihak sahaja terutama pembangkang supaya mereka dilihat bersama umat Islam seluruh dunia, tetapi apabila ianya mengena tepat ke batang hidung mereka, sepatah perkataan pun tidak terpacul dari mulut pemimpin mereka bagi membantah kehadiran kapal Israel ke Malaysia.Akhirnya, DPPM meminta umat Islam menilai kembali sikap kerajaan UMNO-BN dalam isu Palestin dan Israel. Jelaslah bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang boleh diharap bagi membela umat Islam di negara ini malah di peringkat antarabangsa, mereka hanya layak ‘ditunjuk jalan keluar’ dalam PRU ke 13 nanti.Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NORKetua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia "
Bukti hubungan perdagangan dengan rejim tersebut telah dibongkar dan di hurai di laman SAMM.
Apa yang lebih membahayakan adalah keputusan kerajaan yang melantik syarikat APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan Israel sebagai penasihat didalam pentadbiran PM Najib Tun Razak. Ini secara tidak langsung boleh dikatakan penjajahan Israel keatas Negara Malaysia dimana Israel boleh mengawal perjalanan pentadbiran negara kita.
Kepada Khalid Hj Abdullah dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak mahu bendera Israel berkibar sekali lagi di negara kita, kita kena bersatu untuk menolak kerajaan BN dan menggantikan dengan kerajaan PR yang insyaallah diterajui oleh PAS pada PRU13 nanti. Insyallah...
???
No comments:
Post a Comment