19 Februari 2012 - Pemuda PAS Cherating, AJK PASTI At-Taqwa dan bersama-sama penduduk Kampung Cherating bergotong royong membina PASTI At-Taqwa 2 Cherating. Walaupun cuaca hujan tetapi semangat meraka berkumpul sejak jam 8 pagi untuk bergotong royong amat-amatlah dipuji.
Program ini yang diketuai oleh Ust Mamduh selaku Pengurus PASTI At-Taqwa Cherating telah berjaya untuk menyiapkan lantai simen bangunan tersebut.
Untuk rekod, Bangunan ini telah mula dibina pada Oktober 2010 yang dijangka siap menjelang sesi persekolah 2011. Tapi malangnya tidak dapat disiapkan seperti dijangka kerana masalah kewangan. Pihak pengurusan terpaksa berhutang dahulu sebanyak RM6000 dalam proses pembinaan tersebut. Bimbang jumlah hutang akan naik terlampau tinggi sehingga tidak mampu untuk ditanggung, pihak pengurusan memberhantikan projek ini sementara waktu untuk mengumpul duit untuk membayar hutang tersebut.
Setelah hampir setahun diberhentikan, Pengurusan PASTI berjaya melunaskan hutang dengan menggunakan derma orang ramai. Berbekalkan sedikit baki dari pembayaran hutang tersebut, Pengurusan PASTI telah mengatur gtong royong tersebut untuk menyiap apa yang boleh dengan kekangan kewang tersebut. Proses penyiapan bangunan ini perlu disegerakan memandangkan PASTI At-Taqwa mempunyai bilangan pelajar yang ramai pada tahun ini.
Pas Cherating mewakili pihak Pengurusan PASTI At-Taqwa Cherating merakamkan jutaan terima kasih kepada penderma yang budiman dan yang telah hadir bergotong royong pada hari tersebut. Sumbangan bakti anda hanya Allah yang layak membalasnya.
Kepada sesiapa yang masih ingin memberi sumbangan/zakat kepada PASTI At-Taqwa Cherating bolehlah berhubung terus dengan pengurus PASTI Ust. Mamduh di talian 0139447106. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment