~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Friday, February 3, 2012

PRU13: Jumpa anak muda 2 jam setiap Selasa

Harakahdaily, 03 Feb 2012
KUANTAN, 3 Feb: Bagi menyahut seruan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan telah menyarankan kepada semua DewanPemuda PAS (DPP) kawasan agar memastikan satu pertemuan anak muda bersama PAS selama 2 jam pada setiap hari Selasa malam Rabu setelah melakukan solat Maghrib berjemaah.
"Saya sarankan kepada semua DPP kawasan-kawasan agar menganjurkan satu program yang menemukan anak muda dengan PAS selama 2 jam setiap hari Selasa malam Rabu selepas solat Maghrib berjemaah.

“Program ini mestilah bersifat santai dan pemilihan tempat mestilah sesuai di kawasan masing-masing" jelasnya ketika dihubungi.

Katanya, antara yang menjadi agenda utama program seperti itu adalah bersolat secara berjemaah, ta'aruf, memberikan motivasi berkonsepkan tarbiyyah, aktiviti rakyat seperti menonton dan makan serta bermunajat untuk PRU13.

"Ini adalah arahan umum dan tidak bersifat rasmi," tegasnya.

Walaupun begitu, ujarnya ia merupakan satu bentuk arahan daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia secara langsung.

Justeru, katanya lagi ketua-ketua pemuda PAS kawasan perlu memberi perhatian terhadap arahan itu agar ada tindakan susulan diambil.

"Pemuda PAS kawasan boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk mempelbagaikan bentuk program ini dan mengundang tokoh-tokoh tertentu bagi menjayakannya," ujarnya.

Apabila diminta mengulas mengenai objektif program seperti itu, beliau mengatakan ia adalah program anak muda.

Tujuan asasnya, kata beliau adalah untuk memberikan kefahaman kepada anak muda kenapa mereka wajar bersama PAS dan secara langsung mendekatkan anak muda dengan PAS.
“Selain itu, program seperti ini dapat memberi motivasi kepada aktivis anak muda menjelang PRU 13 lalu bermunajat secara berjemaah untuk memohon kesejahteraan dan kejayaan serentak seluruh negara," jelasnya lagi.

PasCherating :- Walaupun arahan ini ditujukan kepada ketua pemuda kawasan, tetapi pemuda cawangan  Cherating harus juga menyahut cabaran ini. Lepak 2 jam bersama orang muda....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...