~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, February 1, 2011

Mohon Sumbangan


Assalamualaikum wbt.

Kepada para dermawan dan pencinta Islam, kami mohon jasa baik anda semua untuk menyumbangkan wang ringgit dalam menyiapkan bangunan PASTI At-Taqwa 2 Kg Cherating.

Untuk pngetahuan anda, proses pembinaan bangunan ini telah bermula pada sekitar bulan Oktober 2010 yang lepas. Mengikut perancangan awal, bangunan ini akan mula digunakan pada sesi persekolahan 2011 tetapi malangnya bangunan ini masih belum siap sepenuhnya untuk digunakan.

Pelajar PASTI yang telah berdaftar di PASTI ini terpaksa kami tempatkan di stor Surau Al-Hidayah yang telah diubahsuai menjadi bilik kelas.

Sebelum ini, Pascherating telah menyiaran berkenaan pembinaan PASTI ini pada posting yang lalu. Jutaan terima kasih kepada saudara/saudari yang telah memberi sumbangan kepada kami dalam menyiapkan bangunan ini.

Kepada saudara/saudari yang ingin memberi sumbangan bolehlah terus memasukkan ke dalam akaun BIMB Jawatankuasa Penyelaras PASTI Indera Mahkota iaitu 13026010032033 atau berhubung terus dengan En Tengku Zaidi di talian 0199871560.

Pemandangan dari hadapan


Pemandangan dari sisi


Pemandangan dari dalam


Pemandangan dari tingkap


Bangunan PASTI dan Surau Al-Hidayah

UMNO puji pembelajaran PASTI

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...