~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, February 1, 2011

Antara Minyak Naik, Naik Minyak dan BerTENANG...

Sekali lagi Minyak petrol RON97 mengalami kenaikan harga meningkat kepada RM 2.50 seliter. Harga petrol RON97 sebelum ini RM 2.40 seliter telah dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam tadi (31Jan2011). Ini merupakan kenaikkan keempat berturut-turut semenjak tahun 2010.

Slogan kerajaan rakyat didahulukan amat bertepatan sekali dengan keadaan ini.

Berikutan dengan kenaikkan tersebut sudah pastilah ramai rakyat yang akan mengalami "naik minyak". Naik minyak kerana sudah pasti belanjawan harian akan turut meningkat. Rakyat akan sekali lagi akan turun ke jalanraya untuk menunjuk perasaan yang tidak pernah pemimpin BN perasan.

Seperti biasa, Menteri kerajaan akan meminta rakyat agar bertenang kerana kenaikkan harga minyak negara mengikut kenaikkan harga minyak dunia. Kenaikkan ini bersangkutan dengan penggunaan minyak mentah mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk yang melampau.

Kebenarannya, rakyat sudah tahu negara Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Secara logiknya kenaikkan harga minyak dunia memberi keuntungan lebih kepada negara pengeluar sepertimana berlaku kepada harga getah pada masa ini. Lonjakkan harga pasaran getah dunia membuatkan penoreh getah memperolehi pendapat yang tinggi dan sudah pasti duit belanja sekolah (subsidi) anak-anaknya akan ditambah bukannya semakin dikurangi.

Kenaikkan harga minyakini dibuat selepas UMNO/BN menang dengan majoriti yang meningkat di DUN Tenang. Mungkin kerajaan sedang merealisasikan janjinya dengan rakyat Tenang bahawa Rakyat didahulukan. Walaubagaimanapun, rakyat Tenang masih tidakberada didalam keadaan tenang dengan masalah banjir yang sedang mereka hadapi dan hadiah kenaikkan minyak oleh kerajaan.

Dalam kesibukkan rakyat Tenang menyelamatkan diri, pemimpin BN yang sebelum ini senang ditemui di sekitar DUN Tenang telah tidak kelihatan. Terkapai-kapailah rakyat disana. Mungkin pemimpin ini sedang mengagih limau di Merlimau...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...