~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Sunday, February 27, 2011

PENAMAAN CALON N.28 KERDAU



Seperti yang dijangka, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau di Pahang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS mewakili Pakatan Rakyat dan UMNGOK mewakili Be End.

Pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan serentak pada 6 Mac.
DI KERDAU, Pas diwakili Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim manakala Be End diwakili Naib Ketua UMNGOK Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.



Pegawai Pengurus PRK Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman mengumumkan calon-calon yang bertanding kira-kira setengah jam selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi semalam.
Menurut Tarif, terdapat satu bantahan diterima tetapi ia telah ditolak.

Terdapat seramai 8,999 pengundi berdaftar di DUN berkenaan, 15 daripadanya pengundi pos.

“Sebanyak 13 pusat mengundi dengan 22 saluran/tempat mengundi,” kata Tarif.
Pusat penjumlahan undi rasmi/pengiraan semula undi akan turut diadakan di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh. 

“Kaum Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan berkenaan iaitu 88.77 peratus (7,988 pengundi), Cina 5.05 peratus (454), India 3.31 peratus (298 orang), Orang Asli 2.62 peratus (236 orang), lain-lain 0.24 peratus (22) dan seorang wakil bumiputera Sarawak,” katanya.

Jumlah pengundi wanita melebihi jumlah pengundi lelaki dengan pengundi wanita 4,628 iaitu 51.43 peratus.

“DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin daripada BN menewaskan calon Pas Hassanuddin dengan undi majoriti 1,615.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar dalam cuaca cerah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong.



Penyokong mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi

Peserta berkumpul untuk menantikan kehadiran pimpinan serta calon

Antara peserta yang hadir

Unit Amal berkawal

Semangat berkobar-kobar untuk memenangkan PAS

Kumpulan Muslimat PAS

Kumpulan Dewan Himpunan Penyokong PAS

Ketibaan YB Tuan Guru Presiden PAS

YB Tuan Guru Presiden bersama pimpinan lain

Calon dikerumuni oleh penyokong

Bulan sudah mengambang

Bacaan doa sebelum perarakan bermula

Lautan penyokong PAS

Unit Amal membuat rantaian manusia

Berarak ke pusat penamaan calon

Anak kecil turut berarak

Allahuakbar!!!!!

Pimpinan bersama calon sebelum memasuki pusat penamaan calon

Undilah calon kite

Kawalan FRU

DHPP, Bridged Muslimat Dan Unit Amal

Penyokong dari Muslimat

Penyokong UMNGOK-Be End

Ramainye..

Penyokong UMNGOK berbalas laungan dengan Penyokong PAS

Pegang bendera sebab nak bawa balik batang penyapu

Penyokong PAS di jarakkan 4oo meter dengan penyokong UMNGOK

Menunggu nama-nama calon diumumkan

Ketibaan YB Beserah

YB kite

Wakil dari DAP

Semangat Bridged Muslimat

Setelah selesai penamaan calon

Berjalan keluar dari pusat penamaan calon

YB Kuala Semantan bertemu penyokong setelah selesai proses penamaan calon

Bersama calon kita beserta isteri

Eksklusif bersama bakal YB kite

Semangat berjuang dari kecil

Sekitar Kerdau

Markaz Induk PAS


Harta kerajaan seperti harta mak bapak UMNGOK

Rasuah PRK Kerdau

Markaz tektikal PDRM bersebelahan markaz induk PAS
Keratan didalam Berita Minggu 27/2/2011 ms 31

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...