~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, March 15, 2011

Prihatin : PAS Cherating ziarah penduduk lumpuh

13 Mac 2011 - PAS Cherating hari ini telah melawat seorang warga kampung yang ditimpa penyakit lumpuh sejak beberapa bulan yang lalu. Program ini adalah susulan dari keputusan AJK dalam mesyuarat yang lalu bagi memasyarakatkan PAS.

Ziarah kali ini diketua oleh Ketua Cawangan PAS Cherating Hj Mustapha dan disertai oleh 11 orang ahli PAS. Tidak ketinggalan juga ADUN Beserah YB Syed Muhammad Tuan Lonik turut serta dalam program kali ini. Peserta ziarah mula berkumpul di Surau Al-Hidayah pada waktu asar untuk solat berjemaah dan terus ke rumah tersebut.

AJK memilih untuk melawat Puan Normah, 42 Tahun yang mengalami penyakit lumpuh satu badan untuk program ziarah kali pertama ini. Puan Normah mengalami penyakit ini selepas mengalami demam dan batuk yang teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital. Apabila di hospital, beliau didapati lumpuh seluruh badan kecuali tangan sebelah kiri oleh pihak hospital.

Puan Normah kini dijaga oleh ibubapa di rumah dan hanya boleh minum susu yang dimasukkan melalui saluran paip melalui hidungnya.


Semoga Puan Normah dan keluarga tabah diatas ujian yang Allah berikan.

Menjamu selera di warung sambil menunggu YB sampai


Ust Hadi, Hj Mustapha, dan Azizi


YB Syed Muhammad Tuan Lonik


 Bersiap sedia menuju rumah Pn Normah

Membawa sedikit sumbangan





Ketua Cawangan, Tn Hj Mustapha menyampaikan sumbangan sambil diperhatikan YB ADUN Beserah












Bersalaman sebelum pulang

YB memberi kata-kata semangat kepada ayah pesakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...