Tuesday, April 27, 2010
Pesta Bola PASTI Indera Mahkota
Pesta Bola PASTI peringkat Indera Mahkota telah diadakan pada 25 April 2010 (Ahad) bertempat dipadang bola sepak kg Sungai Ular. Kejohanan kali ini PASTI Cherating diamanahkan untuk menjadi tuan rumah bersama PASTI Sg Ular. Dua acara dipertandingkan pada kejohan kali ini iaitu bola sepak bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan. Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan meriah dengan teriakkan sokongan daripada ibubapa dan penonton. PASTI Hidayah dari Balok Pantai pulang dengan bergaya apabila berjaya mengusai kedua-dua kejohanan. PASTI At-Taqwa Cherating terpaksa berpuas hati dengan naib johan bola sepak setelah kalah dalam perlawanan akhir menentang PASTI Hidayah yang berkesudahan 0-6. Pada perlawanan tersebut, jelas kelihatan penguasaan penuh PASTI Hidayah diatas padang dengan aksi-aksi yang menarik dipamerkan. Walaupun pada minit awal perlawanan PASTI At-Taqwa cuba memberi tentangan dengan membuat beberapa percubaan kearah gol lawan tetapi tidak berjaya untuk menghasilkan gol. Pada kejohanan ini pihak penganjur dapat mencungkil bakat-bakat baru yang mampu menyerlah ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah kepada pemenang dan pasukan yang gagal berusaha lagi di tahun hadapan.
PASTI at-Taqwa Cherating (Merah) Vs PASTI Hidayah (Biru)
Kejohanan kali ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan perubatan Indera Mahkota yang membuat pemeriksaan percuma kepada semua hadirin. Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan walaupun terpaksa menunggu giliran. Jutaan terima kasih kepada kumpulan perubatan yang sudi hadir.
Pemeriksaan kesihatan
Urusetia Vs Bapa
Pada akhir acara, satu pertandingan pertunjukkan bola sepak dan bola jaring diantara ibu bapa dan pihak urusetia. program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara ibubapa dan pihak pentadbiran PASTI. Bagi acara bola sepak, pasukan urusetia berjaya mengalahkan pasukan bapa dengan penentuan tendangan penalti 4-3 setelah terikat 2-2 dalam perlawanan.
Saya berharap acara seperti ini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat disamping dapat menyemaikan budaya hidup sihat. Untuk melihat lebih banyak gambar, sila layari http://www.facebook.com/ search pas cherating.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment