Mari kita pakat ramai-ramai hadir mendengar isu-isu hangat semasa negara kita dari penceramah-penceramah yang hebat termasuk dari YB kita. Jom...
Alhamdulillah...
Saya berkesempatan untuk pergi mendengar ceramah tersebut walaupun telah sampai lewat sedikit. Saya telah sampai di tapak seramah lebih kurang pukul 10 malam. Ramai yang telah hadir.
Akhirnya baton diserahkan kepada Ust Hamid Derani (Bekas Penerangan UMNO Kelantan). Ust derani memulakan larian dengan membacakan sepotong ayat al-Quran yang bermaksud Allah menyuruh manusia dan seisi keluarga keluar berkumpul disesuatu tempat untuk momohan doa laknat kepada mereka-meraka yang menipu siang dan malam. (Tak ingat ayat apa beliau baca). Ayat itu dibaca bagi membalas kenyataan Nakhae Ahmad tetang perbuatan MB Kelantan menghimpunkan rakyat Kelantan untuk solat hajat laknat kepada sesiapa yang terlibat dengan penipuan wang royalti minyak Petronas. Ust Hamid Derani menyatakan undi yang kita lakukan akan dikira dosa dan pahala kerana setiap undi kita menentukan siapa yang memimpin dan dasar apa yang pemimpin itu laksanakan. Beliau juga mengingatkan kepada semua agar tidak mengundi BN pda pilihanraya akan datang kerana BN telah banyak membuat kerosakkan di bumi Malaysia..
>>>KEMASKINI<<<
Alhamdulillah...
Saya berkesempatan untuk pergi mendengar ceramah tersebut walaupun telah sampai lewat sedikit. Saya telah sampai di tapak seramah lebih kurang pukul 10 malam. Ramai yang telah hadir.
Semasa saya sampai, YB Syed Mohammad Tuan Lonik (ADUN Beserah) sedang menyampaikan ceramahnya. Sempat juga lah saya menangkap sedikit isi penting dari ucapannya. Antaranya ialah :-
1. YB telah membuat permohonan untuk menubuhkan sebuah sekolah agama kerajaan di DUN Beserah. Antara kawasan cadangan pembinaannya ialah Kg Cherating, Kg Sungai Ular, dan Gebeng.
2. YB telah mengadakan pembincangan dengan pihak Yayasan Pahang berkenaan tandatangan ADUN pembangkang yang didakwa tidak diterima oleh pihak Yayasan Pahang. Akhir perbincangan, pihak Yayasan Pahang mengakui tiada masalah untuk menerima tandatangan ADUN pembangkang. Kepada sesiapa yang berurusan dengan pihak Yayasan Pahang tetapi tidak diterima kerana tandatangan ADUN pembangkang, YB menasihati agar dapat terus berjumpa dengan beliau bagi menyelesaikan masalah.
3. YB sedang berusaha untuk mendapatkan lampu trafik di simpang satelit Beserah. Keadaan di simpang tersebut amat berbahaya kepada pengguna jalanraya terutamanya pada waktu pagi..
4. YB telah membuat usul di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang untuk meluluskan agar jarak 5 batu nautika bagi nelayan pantai menangkap ikan ditambah ke 25 batu nautika.
5. Pada akhir ucapannya, YB menyarankan agar rakyat menolak BN dari terus memerintah negeri dan negara kerana terdapatnya kebocoran pengurusan kewangan. Menurut kajian pihak luar negara, Malaysia sepatutnya negara yang kaya raya kerana terdapat pelbagai hasil bumi seperti kayu kayan, Petroleum, minyak masak, getah dan pelbagai lagi. Oleh kerana BN menyalahgunakan hasil yang banyak itu, masih ramai rakyat berada pada paras kemiskinan.
Penceramah kedua, Ust Suhaimi Saad (Ketua Pemuda Pas Pahang) menceritakan tentang pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor yang dimenangi calon dari BN. Dalam kempen tersebut, pihak BN memainkan isu Arak. Calon PR Dato Zaid Ibrahim dituduh seorang kaki botol sehinggakan jentera BN sanggup meng'Superimpose'kan gambar Zaid Ibrahim sedang memegang botol arak. Rentetan isu itu, pembongkaran yang lebih besar dilakukan oleh jentera PR dengan memdedahkan beberapa gambar pemimpin UMNO (baca APCO) sedang meminum arak. Antaranya ialah khairy jamaluddin, Hisyamuddin, Najib Razak, dan Pak Lah. Lebih mengejutkan lagi ialah seorang anak bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Mirzan Mahathir adalah salah seorang pemilik syarikat arak di Malaysia.
Ust Suhaimi juga menyentuh isu Ketuanan Melayu yang sering di laung-laungkan oleh pemimpin danpengikut UMNO. Ust Suhaimi menegaskan bahawa UMNO lah yang merosakkan ketuanan melayu. Ini terbukti dengan keadaan yang berlaku di Pulau Pinang, dimana parti Gerakan, MAC, dan MIC tiada kerusi langsung didalam DUN manakala UMNO mempunyai 11 ADUN tetapi Pengerusi BN Negeri diberi kepada Koh Tsu Koon. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan cara pembahagian kerusi calon pada pilihanraya yang menyaksikan UMNO rela meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu. Sebagai contoh terdekat ialah di Parlimen Kuantan yang dimenangi YB Fuziah Salleh (PKR). BN meletakkan calon cina. Begitu juga di Hulu Selangor, Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4) tetapi UMNO lebih rela bukan Melayu memimpin Melayu disana. Ini berbeza dengan PR. Pembahagian kerusi calon dibuat dengan mengikut komposisi kaum teramai. Ini bagi menghormati masyarakat majoriti disesebuah tempat.
Kesimpulan dari ceramah beliau, Ust Suhaimi menyifatkan kemenangan yang dimenangi oleh BN di Hulu Selangor dalah bersifat sementara. Ini kerana jumlah majoriti yang boleh dikatakan kecil berbanding modal RM 62 juta yang BN keluarkan (Baca Duit Rakyat). Keadaan seperti ini pernah berlaku pada pilihanraya kecil DUN Ijok pada tahun 2006 yang menyaksikan calon PR, Khalid Ibrahim kalah dengan majoriti 1800 undi tetapi pada pilihanraya umum yang lalu khalid Ibrahim telah merampas kembali kerusi tersebut dan dengan kerusi tersebutlah beliau layak menjadi Menteri Besar Selangor sekarang ini. Senario yang seakan serupa akan terjadi kembali.
puak2 Umno pun jgn lupa hadir..klau bleh,ketua bhgian turun sekali..
ReplyDeletetahniah kpd ketiga2 pnceramah..ceramah yg cukup hebat sekali..
ReplyDeletemasing-masing cuba menegak benang yang basah
ReplyDeleteBenang apa yang basah tu...
ReplyDeletebenang yg direndam air la...
ReplyDelete