Rombongan yang diketua Ketua Cawangan Hj Mustapha menuju kerumah mangsa kebakaran di Kg Sungai Ular dari Surau Hidayah selepas menunaikan solat Asar berjemaah.
Kebakaran tersebut dipercayai berpunca dari percikan api litar pintas kabel elektrik yang berada didalam rumah berkenaan. Api merebak dengan cepat yang diceritakan tidak sampai 10 minit rumah tersebut habis rentung dijilat api.
Semasa kejadian lebih kurang pukul 5 petang tuan rumah bersama isterinya berada di anjung luar rumah menikmati angin petang tidak dapat menyelamatkan satu barang pun. Kejadian tidak menjadi bertambah buruk dengan tindakan jiran terdekat yang membantu menolak kereta yang berada di garaj tepi rumah tersebut.
Hj Mustapha menyampaikan sumbangan kepada mangsa |
Pakaian yang di terima dari penderma |
Muslimat bertanya khabar |
Selepas menziarahi mangsa kebakaran tersebut, rombongan bertolak ke rumah Allahyarham En Jamal ataupun lebih mesra dengan panggilan Pok Jamal Lagend. Kami bertemu dengan isteri arwah yang masih menginap di rumah warden asrama pekerja Hotel Lagend Cherating.
No comments:
Post a Comment