~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Wednesday, April 27, 2011

Happy Birthday

Hari ini 27/04/2011, PAS Cherating genap berusia setahun. Walaupun masih belum matang dalam penulisan blog dan mendepani isu-isu terkini negara, blog ini masih dapat menyumbang sesuatu didalam perjuangan ini. Insyaallah..

Seperti mana ucapan Mukaddimah saya didalam blog ini setahun lalu, besar harapan saya agar blog ini dapat menjadi satu medium mempromosikan PAS kepada masyarakat kampung terutamanya golongan muda.

Disepanjang saya mengendalikan blog ini, banyak maklumbalas positif yang saya terima. Golongan muda juga sudah mula berjinak dengan PAS Cherating. Hasilnya dapat kita lihat pada pemilihan AJK sesi 2011/2013. Ramai muka baru diketengahkan didalam senarai AJK. Diantaranya ramai yang masih dikategorikan dalam saf pemuda berada didalam AJK cawangan.

Begitu juga dengan kejayaan membentuk barisan kepimpinan pemuda cawangan yang sebelum ini hanya ada ketuanya sahaja tanpa mempunyai AJK lain. Pemuda PAS Cherating telah berjaya mengumpul tenaga muda untuk membentuk AJKnya sendiri. Bermula dari situlah perancangan aktiviti bersama belia Kampung Cherating telah disusun. Semoga segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Walaupun blog ini hanya menumpukan kepada aktiviti cawangan, kawasan Indera Mahkota, dan isu-isu setempat diharap ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada semua. Insyaallah.

Sokongan anda amatlah kami alu-alukan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang komen dan pandangan juga amat kami nantikan dari anda.

Akhirnya, saya berharap blog ini dapat terus hidup dan lebih pantas melaporkan sebarang aktiviti yang diadakan dan PAS Cherating lebih mantap dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.

ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...

Tuesday, April 26, 2011

SAM gesa kerajaan batalkan kilang Lynas

KUALA LUMPUR, 26 April: Sahabat Alam Malaysia (SAM) gusar bahawa kajian akan datang mengenai loji Lynas adalah dalih untuk cuba mengalih perhatian orang ramai.

“Kenapa tidak batalkan sahaja projek ini sekarang? Kenapa kita memerlukan operasi yang tidak selamat kepada alam sekitar dan kesihatan manusia?” soal presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau turut mempersoalkan apakah pelaburan asing wajar diutamakan berbanding kesihatan dan penerimaan awam. Seharusnya, kata beliau keselamatan dan kesihatan orang ramai dan alam sekitar yang diutamakan mengatasi keuntungan komersial.

Beliau merujuk kepada kenyataan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa satu panel bebas akan ditubuhkan segera untuk menjalankan kajian ke atas aspek keselamatan dan kesihatan loji lantanida (nadir bumi) yang dicadangkan Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng berhampiran Kuantan, Pahang.

Berikutan itu, Lynas telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu yakin bahawa penelitian selama satu bulan terhadap cadangan lojinya di Gebeng akan mengesahkan bahawa ia selamat dan tidak akan membahayakan komuniti atau pekerja Lynas.

Mohamed Idris menambah, orang ramai dan komuniti di Kuantan dan Gebeng mempunyai hak untuk mengetahui siapakah pakar yang akan menjalankan kajian tersebut.

“Kita perlu memastikan objektiviti dan kecekapan pakar berhubung radiasi paras rendah dan kesannya,” ujarnya.

Menurutnya, penemuan kajian itu juga seharusnya diumumkan kepada orang ramai supaya ia boleh disahkan dan terbuka kepada ulasan awam.

Tambahnya, pengalaman SAM dalam mengendalikan isu kilang nadir bumi di Bukit Merah, Perak yang berkontroversi menunjukkan pakar yang dilantik oleh kerajaan dan syarikat menyatakan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil.

Bagaimanapun, katanya pakar yang dilantik oleh komuniti mendapati ia tidak selamat dan merekodkan bacaan radiasi yang tinggi.

Di Malaysia, jelasnya Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 Perlindungan Radiasi (Peraturan Standard Keselamatan Asas) 1988 menetapkan had dos tahunan bagi pendedahan kepada radiasi adalah 1 milliSievert (mSv) untuk orang ramai dan 50 mSv bagi pekerja.

Beliau menjelaskan, ia mestilah ditekankan bahawa had yang dibenarkan ini seharusnya tidak digunakan untuk maksud “had selamat”.

Menurutnya, orang ramai sudahpun terdedah kepada radiasi ion dan radiasi semulajadi dan tidak memerlukan dos radiasi tambahan.

Tegasnya, perlu diingatkan bahawa tidak terdapat paras “selamat” untuk radiasi memandangkan kesannya kepada kesihatan, di mana sahaja terdapat dos radiasi maka terdapat risiko biologi.

“Kerajaan cuai dalam menangani isu radiasi di Bukit Merah. Lebih malang lagi komuniti masih menderita kematian dan kesakitan akibat sikap kerajaan yang tidak peduli dan korporat yang bersikap tidak acuh.

“Kami tidak mahu apa yang terjadi di Bukit Merah berulang kembali,” ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya SAM menggesa kerajaan supaya membatalkan kilang Lynas di Gebeng.

Sumber:- Harakahdaily.net

Ceramah Isu Semasa

Buat julung-julung kalinya ceramah berkaitan isu semasa akan diadakan di perkarangan surau Al-Hidayah kg Cherating seperti poster diatas.

Penduduk Kg Cherating dan sekitarnya di seru untuk hadir mendengar isu-isu semasa negara dan tempatan seperti kes liwat dan vedio seks Dato Sri Anwar Ibrahim, Kesan Radiasi Radioaktif Rare Earth Lynas, cerita disebalik pilihanraya PRN Sarawak, Isu negeri Kelantan, Isu dalaman UMNO dan banyak lagi.

Jom datang beramai-ramai....

Bantahan Lynas Terus Kedengaran

24 April 2011 - Pada hari ini, sekali lagi bantahan projek Rare Earth Lynas terus diluahkan oleh penduduk sekitar gebeng. Bantahan ini bermula pada pukul 5 petang. Satu kumpulan berkumpul dihadapan ILP Gebeng dan satu lagi kumpulan berkumpul di perkarangan Masjid Balok Makmur.

Kumpulan dari Masjid Balok Makmur yang disertai lebih kurang 50 orang penduduk berarak dengan kereta menuju ke kawasan perniagaan Balok Perdana dan seterusnya berjalan kaki menuju ke hadapan ILP gebeng kira-kira 300 meter untuk bergabung dengan kumpulan di hadapan ILP Gebeng.

Turut serta didalam perhimpunan tersebut adalah rakan-rakan mangsa "cyanide" yang datang dari Bukit Koman Raub.

Pihak Polis yang mengawal keselamatan dan lalulintas membenarkan pimpinan memberi ucapan ringkas sebelum para perhimpunan bersurai. Antara yang memberi ucapan adalah Ustaz Suhaimi Saad (Ketua Pemuda PAS Pahang), Sdr Andaansura Rabu (Naib YDP PAS Indera Mahkota), YB Syed Muhammad (ADUN Beserah), YB  Chong Siew Onn (ADUN Tras).

Kain rentang dan sepanduk tertulis SAVE MALAYSIA, STOP LYNAS, SELAMATKAN KUANTAN diangkat sepanjang perhimpunan tersebut. Teriakan "Hidup Rakyat, Stop Lynas dan Save Malaysia" turut bergema.
YB Syed Muhammad Tuan Lonik di temuramah oleh wartawan
Ketua PAS Cherating turut menyertai perhimpunan
Peserta yang berarak dari Masjid Balok Makmur

Wakil dari PAS Chendor
Muslimat turut berarak
Perserta perhimpunan menunjukkan bantahan
Sdr Andansura memberi ucapan ringkas
Polis mengawal keadaan

Wakil dari Bukit Koman Raub

Thursday, April 21, 2011

Bob Lokman @ Putra

19 April 2011 - Lokman Hakim atau lebih popular dengan panggilan Bob Lokman telah datang ke Balok untuk memenuhi jemputan PAS Kawasan Indera Mahkota. Kehadiran Abang Bob Lokman ke Balok berjaya menarik ratusan peminatnya memenuhi ruangan didalam kawasan PUTRA.

Sebelum itu, Abang Bob Lokman terlebih dahulu bersantai di jamuan Hi-tea anjuran Jabatan Amal Indera Mahkota di Restoran Lemonade, Balok.

Turut hadir menyampaikan ceramah pada malam itu ialah Pn Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan yang juga Naib pengerusi Keadilan Pusat.







Wednesday, April 20, 2011

PAS Cherating mencari dana

17 April 2011 - PAS Cherating melalui Lajnah Ekonomi & Pembangunan Pemuda PAS Cherating telah membuka gerai jualan di majlis sukan KAFA Balok Makmur. Gerai ini mula dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang.

Gerai ini dibuka bagi mencari dana untuk menjalankan aktiviti pemuda yang telah dirancang dan disusun pada mesyuarat yang lepas. Walaupun hanya menjual air berkarbonat dan dadih, ianya mendapat sambutan dari para hadirin pada hari tersebut.

Pembukaan gerai tersebut diharap menjadi titik mula bagi PAS Cherating menjana ekonominya sendiri dengan pelbagai lagi cara. Tahniah juga kepada petugas yang secara sukarela menguruskan gerai tersebut.

Kepada pembeli-pembeli di gerai kami, PAS Cherating mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda semua. Sekiranya terdapat sebarang silap salah didalam urusan jual beli diharap dapat dimaafkan dan dihalalkan. Terima kasih..









Friday, April 15, 2011

Jom Santai Bersama Bob Lokman

ACARA:
- JAMUAN PETANG
- RAMAH MESRA
- SESI AUTOGRAF DAN BERGAMBAR
- CABUTAN BERTUAH

DAPATKAN POSKAD DENGAN HARGA SEMURAH RM 5.00

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

NORHAFIZAN (017 9190132)
AMARUDIN (014 8263835)
RIDZWAN (013 9150759)
SYUKRI (013 9736878)

* Ahli dari Cherating yang berminat untuk mendapatkan poskad tersebut boleh berhubung dengan KP Cherating, Izzat (0139259260)

Tuesday, April 12, 2011

Solat Hajat Besar-besaran 14 April 2011

Parti Islam Semalaysia (PAS) mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada 14/4/2011 khamis malam Jumaat untuk kemenangan calon Pas dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Ini adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon Pas dan petugas Pas di Sarawak.

Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi  terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Alhamdulillah petugas Pas dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak.

Semua penyokong Pas di seluruh negara mohonlah kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas  Pas selamat menjalankan tugas sepanjang pilihanraya, InsyaAllah.

Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya. Pas sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Ziarah III : Keluarga Arwah En Jamal & Mangsa Kebakaran Dilawati

10 April 2011 - PAS Cherating sekali lagi mengadakan program ziarah masyarakat kampung. Ziarah kali ini memilih dua buah rumah untuk dilawati. Pernyertaan kali ini juga agak besar dengan penyertaan dari ahli Muslimat yang diketuai oleh Ketua JMC Cherating Pn Noraini Hamid.

Rombongan yang diketua Ketua Cawangan Hj Mustapha menuju kerumah mangsa kebakaran di Kg Sungai Ular dari Surau Hidayah selepas menunaikan solat Asar berjemaah.

Kebakaran tersebut dipercayai berpunca dari percikan api litar pintas kabel elektrik yang berada didalam rumah berkenaan. Api merebak dengan cepat  yang diceritakan tidak sampai 10 minit rumah tersebut habis rentung dijilat api.

Semasa kejadian lebih kurang pukul 5 petang tuan rumah bersama isterinya berada di anjung luar rumah menikmati angin petang tidak dapat menyelamatkan satu barang pun. Kejadian tidak menjadi bertambah buruk dengan tindakan jiran terdekat yang membantu menolak kereta yang berada di garaj tepi rumah tersebut.






Hj Mustapha menyampaikan sumbangan kepada mangsa






Pakaian yang di terima dari penderma

Muslimat bertanya khabar
Selepas menziarahi mangsa kebakaran tersebut, rombongan bertolak ke rumah Allahyarham En Jamal ataupun lebih mesra dengan panggilan Pok Jamal Lagend. Kami bertemu dengan isteri arwah yang masih menginap di rumah warden asrama pekerja Hotel Lagend Cherating.








Saturday, April 9, 2011

Bantahan Projek Rare Earth Lynas di Masjid Balok Makmur

8 April 2011 - Bantahan pembinaan kilang Lynas yang memproses tanah jarang (rare earth) sekali lagi kedengaran di perkarangan Masjid Balok Makmur. Perhimpunan aman ini diadakan selepas umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Penduduk sekitar Balok Makmur dan Balok Perdana keluar menyuarakan bantahan tersebut.

Media antrabangsa turut membuat liputan disekitar perhimpunan tersebut. Saksikan rakaman di hari tersebut yang sempat dirakam oleh PAS Cherating.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...