~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Monday, February 20, 2012

Kuliah Maghrib Ust Manan

Alhamdulillah...
Siri Kuliah Maghrib dwi mingguan hari Rabu dapat diteruskan untuk kali ke dua. Walaupun pada peringkat awalnya agak susah untuk menvari penceramah untuk mengisi slot pada hari tersebut akhirnya berjaya juga kami mendapatkan Ketua Pemuda DPPIM Ust Zaki Ibrahim untuk memberi kuliah tersebut. Malangnya pada saat-saat akhir ust Zaki mempunyai program lain yang lebih penting.

Kuliah maghrib tersebut akhirnya diganti oleh Ust Manan. Ust Manan menyentuh pekara-perkara yang mendatangkan bala Allah dalam kuliah beliau. Antara punca turunnya bala yang dinyatakan ustaz adalah apabila harta kerajaan hanya berlegar kepada pemimpin sahaja. Ini samalah yang terjadi pada hari ini di mana kebanyakkan pemimpin mendapatkan keuntungan dari harta kerajaan seperti mana projek lembu NFC oleh keluarga Ketua wanita Umno, Sharizat.

Antara lainnya adalah apabila pemegangan amanah mendapat keuntungan dari amanahnya. Ini jelas kita dapat lihat dari segelintir pemegang amanah yang menggunakan amanah yang diberikan sebagai sumber pendapatan. Banyak lagi antara punca-punca datangnya bala dari Allah yang di huraikan oleh Ust Manan pada malam tersebut.

Kehadiran ahli juga amat memuaskan. Diharapkan program sebegini dapat terus dihidupkan walaupun mendapat tentangan dari mereka yang bencikan perjuangan Islam.

Ust Manan mula menyampaikan kuliah beliau
Antara Hadirin

Wednesday, February 15, 2012

Say No To Valentine's

Hari Valentine ataupun hari kekasih adalah produk musuh Islam yang diraikan setiap 14 Februari. Ramai remaja Islam yang terpengaruh dengan dakyah ini sehinggakan terjebak ke kancah maksiat. Bagi mereka, pada hari tersebut halal melakukan apa sahaja diatas nama kasih sayang sesama kekasih sehinggakan melahirkan anak luar nikah.

Pemuda PAS Cherating rasa terpanggil untuk mengawal kejadian yang tidak diingini ini dari berlaku di Cherating. Jadi, pada hari tersebut seramai 10 orang pemuda PAS Cherating bersama-sama 3 orang pemuda Chendor melakukan rondaan di sekitar Pantai Cherating. Tujuan kami kesana adalah untuk menasihati sambil mengedar risalah berkaitan dengan Hari kekasih kepada pengunjung remaja di pantai tersebut.

Alhamdulillah, sepanjang rondaan kami tiada pasangan ataupun pengunjung di pantai tersebut. Kebiasaannya Pantai Cherating tidak pernah lengang dari pengungjung baik pada waktu siang mahupun waktu malam. Mungkin kerana telah berlaku kejadian 3 orang lemas di pantai tersebut sehari sebelum itu membuatkan orang ramai tidak berani ke tempat itu.

Walaupun kami tidak dapat berjumpa dengan sesiapa pun pada malam itu, kami menganggapkan misi ini berjaya. Sekurang-kurangnya kami tahu persisiran pantai kami tidak tercemar dengan adengan yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah...

Taklimat & Bacaan al-mathurat oleh Ust Hadi (Ketua Lajnah Dakwah & Tarbiah Pemuda PAS Cherating)
Sampai di pantai yang lengang

Wednesday, February 8, 2012

JOM Bermotorsikal

Alhamdulillah.. Jelajah Orang Muda (JOM) Bermotosikal untuk mendekati golongan muda telah berjaya digerakkan di peringkat cawangan Cherating pada 6-2-2012 yang lalu. Program ini bertujuan untuk mendekatkan PAS dengan anak muda Cherating. 

Perancangan awalnya, rombongan pemuda PAS Cherating dengan kekuatan 7 orang ahli akan menuju ke pantai Cherating untuk bersama-sama golongan muda di sana bermain bola sepak pantai. Kami bermula dengan solat Asar berjemaah di surau Al-Hidayah dan membaca al-mathurat. Lebih kurang jam 5:30 petang, kami bergerak menuju ke pantai Cherating. Sesampainya kami disana, padang bola masih kosong. Kami menunggu sehingga lebih kurang sehingga pukul 6 petang tetapi kelibat orang muda untuk bermain bola tidak juga kelihatan.

Kami mengambil keputusan untuk pergi ke lokasi lain yang kebiasaannya turut menjadi tumpuan golongan muda. Malangnya tempat tersebut juga kosong. Lokasi terakhir yang menjadi tujuan kami adalah taman permaian Perumahan Cherating Damai.

Alhamdulillah, Terdapat kelompok kecil orang muda sedang bermain sepak takraw. Kami mengambil keputusan untuk duduk lepak disitu sambil melihat mereka bermain. Peluang ini kami ambil untuk beramah mesra dengan pemuda disitu dan mengedar air 100 plus kepada mereka.

Keseluruhan program boleh dianggap berjaya untuk permulaan. Insyaallah, untuk JOM akan datang perancangan dan strategi akan dibuat dengan lebih teratur bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Insyaallah...

Penjelajahan bermula.

Taklimat Ibubapa PASTI At Taqwa

Pada hari Isnin yang lepas (6-2-2012) PASTI At-Taqwa Cherating telah mengadakan satu sesi taklimat dengan Ibubapa di Dewan Lagoona Villa Cherating. Walaupun hanya sebahagian Ibubapa yang hadir, Majlis itu telah mencapai matlamat untuk memberi penerangan dan menerima maklum balas dari ibubapa dalam perjalanan pembelajaran pelajar-pelajar PASTI bagi sesi 2012. Terima kasih kepada semua ibubapa yang terlibat kerana telah meluangkan masa demi pembentukkan anak-anak anda.

Ust Hadi mempengerusikan majlis
Ust Zaki (KP PAS IM) memberi tazkirah
Para haidirin kusyuk mendengar taklimat yang diberikan
Barisan guru PASTI yang komited (Baris kerusi ke2)

Friday, February 3, 2012

PRU13: Jumpa anak muda 2 jam setiap Selasa

Harakahdaily, 03 Feb 2012
KUANTAN, 3 Feb: Bagi menyahut seruan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan telah menyarankan kepada semua DewanPemuda PAS (DPP) kawasan agar memastikan satu pertemuan anak muda bersama PAS selama 2 jam pada setiap hari Selasa malam Rabu setelah melakukan solat Maghrib berjemaah.
"Saya sarankan kepada semua DPP kawasan-kawasan agar menganjurkan satu program yang menemukan anak muda dengan PAS selama 2 jam setiap hari Selasa malam Rabu selepas solat Maghrib berjemaah.

“Program ini mestilah bersifat santai dan pemilihan tempat mestilah sesuai di kawasan masing-masing" jelasnya ketika dihubungi.

Katanya, antara yang menjadi agenda utama program seperti itu adalah bersolat secara berjemaah, ta'aruf, memberikan motivasi berkonsepkan tarbiyyah, aktiviti rakyat seperti menonton dan makan serta bermunajat untuk PRU13.

"Ini adalah arahan umum dan tidak bersifat rasmi," tegasnya.

Walaupun begitu, ujarnya ia merupakan satu bentuk arahan daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia secara langsung.

Justeru, katanya lagi ketua-ketua pemuda PAS kawasan perlu memberi perhatian terhadap arahan itu agar ada tindakan susulan diambil.

"Pemuda PAS kawasan boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk mempelbagaikan bentuk program ini dan mengundang tokoh-tokoh tertentu bagi menjayakannya," ujarnya.

Apabila diminta mengulas mengenai objektif program seperti itu, beliau mengatakan ia adalah program anak muda.

Tujuan asasnya, kata beliau adalah untuk memberikan kefahaman kepada anak muda kenapa mereka wajar bersama PAS dan secara langsung mendekatkan anak muda dengan PAS.
“Selain itu, program seperti ini dapat memberi motivasi kepada aktivis anak muda menjelang PRU 13 lalu bermunajat secara berjemaah untuk memohon kesejahteraan dan kejayaan serentak seluruh negara," jelasnya lagi.

PasCherating :- Walaupun arahan ini ditujukan kepada ketua pemuda kawasan, tetapi pemuda cawangan  Cherating harus juga menyahut cabaran ini. Lepak 2 jam bersama orang muda....

Kuliah Maghrib Ust Fahmi Che Nordin







Ust Fahmi menyampaikan kuliah
Antara para hadirin
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah taala kerana telah mempermudahkan dan melancarkan program Kuliah Maghrib yang diadakan di Markas PAS Cherating. Program kuliah sulong anjuran pemuda PAS Cherating ini adalah permulaan kepada slot tarbiah yang dirancang.

Kuliah Maghrib ini yang akan diadakan dua minggu sekali pada hari Rabu bergilir dengan usrah AJK cawangan Cherating. Insyaallah...

Thursday, February 2, 2012

Himpunan Hijau 2.0

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Satu gabungan rakyat yang dinamakan Kumpulan Himpunan Hijau akan mengadakan satu himpunan besar-besaran di Kuantan pada 26 Februari ini.

Himpunan Hijau 2.0 dengan tema Langkah Bestari "Pilihan di tangan kita" bertujuan membantah projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng,  setelah pelbagai usaha menyuarakan pandangan sebelum ini tidak diendahkan kerajaan.

Setiausaha Kumpulan Himpunan Hijau, Bang Seet Ping berkata, pihaknya komited dalam keadilan alam sekitar dan kemanusiaan serta akan berusaha menyelamatkan rakyat Kuantan daripada berhadapan dengan risiko pembinaan LAMP.

"Kita semua adalah rakyat biasa yang mengambil berat masa depan generasi muda kita.

"Kita tidak akan membenarkan kedatangan sebuah syarikat asing yang membahayakan nyawa anak cucu kita. Tanpa persetujuan rakyat, kilang-kilang sedemikian tidak akan dibenarkan untuk beroperasi," kata beliau pada sidang media bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Seet Ping berkata, Kumpulan HimpunanHijau mengajak semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyertai himpunan tersebut yang berlangsung dalam keadaan santai.

Ia dijangka berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi.

Henti Lynas

Selain itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan yang bijak untuk memberhentikan projek tersebut sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Jika tidak, rakyat akan menolak mereka yang zalim dan memilih mereka yang bersama rakyat.

"Isu Lynas ini sudah lama diperkatakan. Seluruh komuniti Kuantan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan tidak selesa. Kita berasa masa dan ruang yang diberikan sudah mencukupi. Berapa lama lagi rakyat harus hidup menderita?" soalnya.

Sebelum ini, HimpunanHijau 1.0 telah diadakan juga di Kuantan pada 9 Oktober tahun lalu dengan kehadiran kira-kira 7,000 ribu rakyat.

Sertai HimpunanHijau 2.0

Sementara itu, pada sidang media sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru seluruh ahli untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Kuantan.

"PAS menyokong penuh himpunan aman dan santai ini, dan menyeru ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat untuk turut serta.

"Rakyat negara-negara dunia ke-3 nampaknya kurang peka terhadap hal-hal alam sekitar.  Jadi PAS berterima kasih kepada NGO yang bagi kesedaran kepada masyarakat dalam isu ini," kata beliau.


(Gambar: Sidang media yang dibuat di Pejabat Agung PAS)
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, permit akan dipohon bagi himpunan tersebut dan berharap polis akan memberi kerjasama.

"Himpunan ini bukan demonstrasi, tidak berarak sebaliknya hanya berkumpul setempat dan akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

"Tiada perarakan dan tidak akan melibatkan kesesakan lalu lintas, jadi tiada masalah untuk polis beri kebenaran," katanya yang juga Pessuruhjaya PAS Pahang.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang komited membawa isu ini di Parlimen pula berharap kerajaan akan membuka mata terhadap suara rakyat ini.

"Kita sudah banyak kali menyuarakan pandangan dan bantahan kerana kesan yang sangat bahaya terhadap penduduk sekitar.

"Jadi kita akan berusaha untuk memastikan projek ini dibatalkan," kata Naib Presiden PKR itu sambil menambah, akan turut mengerah ahli PKR menyertai himpunan tersebut.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifly Omar dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...