Pakatan Rakyat Pahang secara rasminya melancarkan Buku Jingga bagi memberi tekanan kepada Umno BN dalam menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Dun Kerdau.
Pelancaran Buku Jingga disempurnakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam program ceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. Hadir bersama ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, calon PAS PRK N.28 Hassanudin Salim, naib Presiden PKR, YB fauziah Salleh, Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman serta hadir sama ialah wakil dari DAP YB Choong Siew Onn.
Sebelum pelancaran Buku Jingga oleh Presiden PAS, Tuan Guru, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, wakil dari setiap parti komponen PR telah menyatakan sokongan padu parti mereka untuk medokong dan menjayakan Program yang terkandung dalam Buku Jingga tersebut. Penyerahan Buku Jingga oleh Tuan Guru, Dato' Seri Abdul Hadi Awang
kepada wakil parti komponen PR sebagai simbolik penerimaan segala yang terkandung dalam buku tersebut oleh parti komponen PR. Selain itu, para hadirin juga telah dilantik sebagai duta penerangan Buku Jingga kepada seluruh rakyat. Pelancaran Buku Jingga dilancarkan dengan jualan buku tersebut dengan harga RM2 seunit dan di edarkan oleh anggota Unit Amal.
Buku Jingga lahir dari Kovensyen Pakatan Rakyat kali kedua, di Pulau Pinang telah menjadi isu yang menakutkan pemimpin Umno BN kerana dalam buku itu terkandung tawaran istimewa kepada rakyat selama 100 hari pemerintahannya jika diberikan mandat oleh rakyat.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdul Najib Tun Abdul Razak sebagaimana yang diketahui umum dikatakan takut untuk berdebat dengan Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim gara-gara Buku Jingga itu.
Antara tawaran yang terkandung dalam Buku Jingga
Ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis
Antara pimpinan yang hadir
Hadirin yang hadir
Logo mencuri tumpuan "Party IQ Rendah"
Kata persetujuan oleh wakil PKR Pahang
Kata persetujuan oleh wakil DAP Pahang
Tok Guru membaca risalah Jom Ubah
Kata persetujuan oleh wakil PAS Pahang
Penyerahan Buku Jingga kepada wakil parti PAS,PKR dan DAP
Ucapan Naib Presiden PKR, YB Fauziah Salleh
Petugas Unit Amal mengedarkan Buku Jingga
1=RM2
Ucapan perasmian oleh YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang