Friday, April 8, 2011
Demonstrasi Bantah Kilang Lynas
1 April 20111 - Pemuda PAS Negeri Pahang hari ini mengadakan satu Demonstrasi Aman Membantah Pembinaan Kilang Rare Earth Lynas di perkarangan Masjid Kariah Balok selepas menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan ini diketuai oleh ketua Pemuda Pas Negeri Pahang, Suhaimi Saad dan juga di sertai oleh Pengerusi Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi, ADUN Beserah Yb Syed Muhammad Tuan Lonik, Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Nasaruddin Hasan Tantawi dan Pengerusi Penduduk Balok Sdr Andasura Rabu.
Kilang Rare Earth Lynas yang berpengkalan di Australia telah memilih Pahang sebagai pusat pembinaan kilang Rare Earth terbesar di dunia setalah ditolak oleh negara sendiri dan negara China. Kilang yang memproses tanah jarang yang dikeluarkan dari Australia ini dibimbangi penduduk setempat akan pembebasan radioaktif yang membahayakan nyawa dalam jangka masa panjang.
KAMI MENDESAK KERAJAAN PAHANG MEMBATALKAN PROJEK INI DENGAN SEGERA... HIDUP RAKYAT!!!!
Tuesday, April 5, 2011
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong Surau Al-Hidayah Oleh Dato Fauzi
Mesyuarat Agong Surau Al-Hidayah telah diadakan pada 26 Mac 2011 bertempat di surau berkenaan.
Dato' Fauzi bekas ADUN Beserah (BN) yang juga Pengerusi Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diberi penghormatan untuk merasmikan mesyuarat tersebut.
Mesyuarat Agong kali ini terdapat pemilihan untuk ahli jawatankuasanya. Kepada jemaah yang terpilih untuk menjadi ahli jawatankuasa, PAS Cherating mengucapkan tahniah dan semoga amanah yang diberi dapat dipikul sepenuh tenaga. Diharap Surau Al-Hidayah terus makmur dengan pelbagai program keagamaan.
Labels:
Mesyuarat
ZIarah II : PAS Cherating mengunjungi keluarga penduduk kampung meninggal
20 MAC 2011 - PAS Cherating sekali lagi telah menggerakkan skuad ziarah untuk menziarahi penduduk kampung. Pada kali ini, PAS Cherating memilih rumah seorang penduduk kampung yang baru kematian ahli keluarga.
Selepas solat Asar berjemaah di Surau Al-Hidayah, rombongan ziarah bergerak dengan kenderaan masing-masing ke rumah tersebut. Rombongan kali ini diketuai oleh Ketua PAS Cawangan Cherating yang juga Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Indera Mahkota, Tuan Hj Mustapha serta diiringi Naib Ketua Tengku Zaidi, Setiausaha Cawangan En Anuar Othman dan beberapa orang pemuda.
Allahyarham yang berumur 68 tahun meninggal secara mengejut setelah mengadu sesak nafas selepas makan. Kunjungan kerumah Allahyarham disambut oleh 2 orang cucunya kerana anak Allahyarham kebandar Kemaman untuk membeli barangan majlis tahlil pada malamnya.
Selepas bertanya khabar dengan 2 orang cucu arwah, rombongan meminta diri utuk pulang dan berjanji akan datang semula untuk majlis tahlil. Sebelum pulang, Tn Haji Mustapha menynampaikan sedikit buah tangan dari PAS Cawangan Cherating bagi membantu sedikit persiapan majlis tahlil.
Labels:
Aktiviti
Friday, March 18, 2011
Wacana Perdana PRU 13 : Terancamkah Kuasa Melayu?

Wacana perdana yang bertajuk PRU 13 : Terancamkah Kuasa Melayu akan diadakan malam ini di Kelantan Trade Centre, Negeri Kelantan. Satu tajuk yang amat menarik untuk dikupas dan difahami oleh semua rakyat terutamanya yang lantang mengaku pejuang bangsa.
Malangnya perbincangan ilmiah ini tidak akan disiarkan secara langsung mahupun siaran tertunda di kaca television (TV) samaada tv1, dan tv2 ataupun stesyen tv swasta lain. Sepatutnya kerajaan pusat yang dikuasai BN yang lebih layak menganjurkan program seperti ini dan menyiarkan secara langsung keseluruh saluran tv kerajaan kerana mereka mendakwa kuasa melayu akan berkurang sekiranya rakyat memberi undi kepada pembangkang.
Walaubagaimanapun, kita masih berpeluang untuk mengikutinya secara langsung yang akan disiarkan di laman web mykelantan.tv. Mari sama-sama kita dengar dan teliti setiap hujah ahli panel yang dijemput.
Labels:
Iklan
Demonstrasi Haram Pencacai UMNO-APCO
18 Mac 2011 - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan hari ini dicemari dengan demonstrasi dari pihak yang mendakwa mewakili PERKASA dan PEKIDA Kuantan. Walaupun jemaah masjid masih belum selesai berdoa dan solat sunat, kumpulan ini telah membuat bising di perkarangan masjid tersebut. Kumpalan sekitar 20 orang ini memegang kain rentang meminta Dato Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA dalam kes sodomi II yang masih berjalan di mahkamah.
Ucapan ketua kumpulan ini tidak diendahkan malahan mendapat tentangan dari jemaah yang meminta beliau berhenti bercakap. Setelah ketua tersebut habis membaca teks ucapannya yang hampir 5 minit, demonstrasi tersebut bersurai.
Peserta demonstrasi hanya yang memegang kain rentang. Para jemaah masjid tidak berminat untuk terlibat.
Labels:
Haram
Ceramah Umum Ustaz Idris Ahmad
Jom sama-sama kita dengar isu-isu semasa negara yang akan disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Ust Idris Ahmad.
Labels:
Ceramah
Subscribe to:
Posts (Atom)





