~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Friday, December 31, 2010

Perahu dan Taqwa

Thursday, December 30, 2010

Buku Jingga ,Agenda Pakatan Rakyat : Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia

Jom sama-sama baca apa isi buku Jingga ini sehinggakan PM dan TPM Barisan Nasional resah gelisah DISINI

MALAYSIA juara piala AFF Suzuki 2010

Alhamdulillah, Skuad Bola Sepak Malaysia berjaya mencipta rekod sendiri apabila buat pertama kalinya muncul sebagai Juara Piala AFF Suzuki. Tahniah buat K Rajagobal, Pemain, dan semua rakyat Malaysia...


Impian selama 14 tahun akhirnya berjaya direalisasikan oleh barisan anak muda Malaysia. Jika kita melihat sedikit kebelakang, skuad kebangsaan ini tidaklah diberi harapan yang besar kerana ramai pemain senior tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan selepas pulang dari beraksi di Sukan Asia. Apatah lagi pada perlawanan pembukaan kumpulan A menentang pasukan Indonesia, malaysia kecundang 5-1.

Tapi dengan semangat dan sedikit perubahan tektikal, Malaysia berjaya mengikat Thailand selaku juara 3 kali dengan 0-0. Selepas itu, Malaysia meneruskan kecemerlangan dengan menbelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A. Pada saat ini, memang jelas kelihatan semangat anak muda yang ingin memcipta sejarah baru bola sepak negara.

Aksi cemerlang Skuad kebangsaan negara diteruskan lagi dengan berjaya menang keatas juara edisi 2008 Vietnam pada aksi separuh akhir dengan agreget 2-0 dan mara ke peringkat akhir.

Pada perlawanan akhir pertama yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Skuad K Rajagobal mempamerkan aksi yang cukup bertenaga dengan melakukan beberapa percubaan yang menarik dan berjaya menghasilkan 3 gol disamping berjaya menghalang asakan pihak lawan.

Pada perlawana akhir ke 2 malam tadi (29/12/2010) Malaysia memulakan aksi cemerlang dengan mengasak terlebih dahulu ke kubu pihak Indonesia. Selepas itu, Indonesia mula mengganas dengan terus mengasak gol skuad kebangsaan sehinggakan Indonesia dihadiahi tendangan penalti oleh pengadil pada minit ke 17. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi kerana berjaya menyekat tendangan yang dibuat oleh Firman Utina. Perlawanan berakhir dengan kemenangan Timnas Indonesia dengan jaringan 2-1.

Kesudahannya, Malaysia berjaya merangkul Piala AFF Suzuki dengan agreget 4-2. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang mantap dan mendebarkan. Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol.

Ini membuktikan semangat dan keazaman pemuda menjadi nadi penggerak perubahan sesuatu perkara.

Pas Cherating mengucapkan tahniah kepada semua dengan kejayaan ini dan semoga prestasi sukan bola sepak negara semakin meningkat...TAHNIAH...

Ijtima' Tarbawi : Risalah Taalim : Prinsip Ke 10

Tarikh: 21/12/2010
Masa: 9:30 Malam
Tempat: PUTRA Balok
Penyampai : Ust Khairul Akhwan














* Akidah adalah perkara utama yang perlu diterapkan dan diperkenalkan kepada semua
*Akidah Islam merupakan tapak yang kukuh yang tidak boleh dirobohkan, digongcang ataupun dialih.
*Mentauhidkan Allah adalah perkara asas didalam kehidupan.
* Mengutamakan perkara yang lebih utama dari yang utama ~ Dr Yusuff Qardawi


Makrifat kepada Allah dengan sikap tauhid dan penyucian (Dzat)-Nya adalah setinggi-tinggi tingkatan akidah Islam. Sedangkan mengenai ayat-ayat sifat dan hadits-hadits sahih tentangnya, serta berbagai keterangan mutasyabihat yang berhubungan dengannya, kita cukup mengimaninya sebagaimana adanya tanpa takwil dan ta’thil, serta tidak memperuncing perbedaan yang terjadi di antara para ulama. Kita mencukupkan diri dengan keterangan yang ada, sebagaimana rasulullah SAW dan para sahabatnya mencukupkan diri dengannya.


“...dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami......" (Ali-‘Imran:7)








Monday, December 27, 2010

Pelajaran Dalam Hidup





Tuesday, November 30, 2010

Majlis Yaumul Ihtifal PASTI

Majlis Yaumul Ihtifal PASTI Cherating telah selamat diadakan pada 14 November 2010 yang lalu. Pihak pascherating memohon kemaafan diatas kelewatan memaparkan gambar adik-adik kita yang comel mengambil hadiah.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan adik-adik PASTI didalam peperiksaan akhir tahun 2010 sekali gus menyerlahkan bakat-bakat yang mereka ada dalam persembahan.

Pada tahun ini, pihak pengurusan PASTI Cherating telah memilih dewan terbuka Lagoona Villa Cherating bagi majlis tersebut. Pemilihan tempat ini sangat tepat dan sesuai dengan program.

Gambar-gambar sekitar program boleh dilihat di facebook pas cherating.


Ekonomi gawat, Pahang akan muflis

TEMERLOH, 29 Nov: Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak praktikal’ apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri.
“Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri.
Persoalannya berapa kerat anak syarikat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan,” kata Tuan Ibrahim, yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan tanggungjawab haji di Mekah.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menuntut kerajaan negeri bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dinilai oleh rakyat, sejauhmanakah anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang dalam menjana pendapatan untuk membiayai belanjawan negeri.
Kenyataan Tuan Ibrahim hari ini merupakan reaksi kepada laporan akhbar Umno dan Perkasa, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewajibkan semua agensi di bawah naungannya menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri berkuat kuasa tahun depan.
"Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri dan dalam masa sama anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan.
"Langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mengurangkan defisit yang dialami oleh kerajaan negeri bagi tahun ke-13 berturut-turut," Adnan dipetik sebagai berkata ketika membentangkan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga.
Menurut Adnan, terdapat kira-kira 18 agensi di bawah kerajaan negeri, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa), Lembaga Kemajuan Perladangan Pahang (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Tioman.
"Bajet 2011 disasarkan sebanyak RM871,117,390 iaitu sebanyak RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya adalah untuk pembangunan," katanya
Adnan turut meminta rakyat negeri Pahang supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2011 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta dengan memberikan alasan bahawa defisit untuk kali ke 13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.
Malah bukan itu sahaja, Adnan turut menunjukkan kelemahan memimpinnya dengan tanpa segan silu mengaku bahawa ‘kedudukan kewangan negeri Pahang tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga Hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan.’
“Kenyataan beliau bahawa “kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan’, benar-benar mengambarkan kerajaan UMNO/BN ‘sudah menopaus’.
Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat; tanpa berusaha untuk merangcang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri,” selar Tuan Ibrahim.
Dengan membuat perbandingan dengan RM 500 juta komisyen yang dibayar untuk membeli kapal selam Scorpene negara, Tuan Ibrahim menyoal apakah rasionalnya hanya RM 270.6 diperuntukan untuk pembangunan negeri yang terbesar di semenanjung itu.
“Dengan peruntukan sebanyak RM270.6 juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang.
Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan,” kata Tuan Ibrahim.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana semua hasil negeri terutamanya hasil hutan daripada aktiviti pembalakan.
“Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan negeri, ia hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil diperolehi.
Polisi penebangan sehingga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera,” saran Tuan Ibrahim, yang turut menyifatkan aktiviti penebangan hutan melampau mencerminkan kerakusan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang.
Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di Daerah Rompin, Maran dan Jerantut.
“Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu di maklum Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak.
Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, tapi kawasannya ternyata masih kosong dan terbiar.
Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis,” tambah Tuan Ibrahim.

Sumber: Harakahdaily

Monday, November 1, 2010

Taklimat Pemutihan Keahlian

Alhamdulillah, semalam (31/10/2010) berkesempatan menghadiri taklimat pemutihan keahlian peringkat Indera Mahkota yang diadakan di PUTRA. Taklimat ini disampaikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, saudara Roslan zainal al Ahmadi. Taklimat ini dikhususkan kepada pengerusi dan setiausaha setiap cawangan didalam kawasan Indera Mahkota.



Didalam taklimat tersebut, saudara Roslan menerangkan kepentingan mempunyai senarai keahlian yang lengkap dan sempurna. Buat masa sekarang PAS Pusat sedang giat mengemaskini maklumat ahli dengan mewujudkan satu "data base" yang boleh menyimpan maklumat ahli tanpa ada pertindihan keahlian. Dalam masa yang sama juga, PAS dapat menyebarkan maklumat berkaitan dengan parti dan semasa kepada semua ahli dengan masa yang singkat dan jimat. Sistem ini dinamakan Sistem Pengurusan Organisasi & Keahlian PAS (SPOKAS). SPOKAS boleh di"aksess" oleh semua cawangan dengan mudah.



Bagi Pas Cherating, senarai keahlian PAS Cherating sedang dikemaskini dan mengenalpasti kewujudan ahli mengikut senarai yang dikeluarkan oleh PAS Pusat dan PAS Kaw Indera Mahkota.

Dalam masa yang sama, PAS Cherating juga mengalakkan penyertaan ahli baru ke dalam PAS Cherating. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai PAS Cherating, anda boleh emailkan maklumat peribadi anda seperti :-
~ Nama Penuh :
~ No IC :
~ Kelulusan :
~ Bidang pengajian :
~ Pekerjaan :
~ Alamat surat menyurat :
~ Alamat tempat tinggal :
~ Alamat email :
~ No Telefon Rumah :
~ No Telefon Pejabat :
~ No Telefon Bimbit :

Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda bagi menguatkan lagi jemaah ini. Insyaallah....

P/S:- Kepada sesiapa @ mana-mana cawangan yang nak slide yang dibentangkan oleh saudara Roslan pada hari tersebut, boleh emailkan kepada saya. Saya akan emailkan slide tersebut kepada anda..TQ..

Sunday, October 24, 2010

Kuliah Maghrib

Saturday, October 23, 2010

Pembinaan PASTI ke-2 Kg Cherating

PASTI ini ditubuhkan bagi menampung bilangan pelajar yang memohon yang meningkat pada setiap tahun. PASTI At-Taqwa Cherating sudah tidak mampu untuk menampung jumlah pelajar yang ramai dan terpaksa menolak permohonan yang dibuat.

Buat masa sekarang kerja-kerja pembinaan bangunan PASTI giat dilaksanakan berhampiran dengan Surau Al-Hidayah Kg Cherating. Sekiranya tuan/puan ingin menyumbangkan kewangan bagi menyiapkan dan membeli peralatan pembelajaran PASTI tersebut, tuan/puan boleh terus berhubung dengan Tengku Zaidi (0199871560) selaku Pengerusi PASTI Cherating.

Kuliah Maghrib

Ceramah Umum PR

Wednesday, October 20, 2010

Bahana Meninggalkan Solat

Tuesday, October 5, 2010

Seminit Saja

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, serta terus klik pada icon DELETE .

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?
Sebar luaskanlah & bersyukurlah kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH DAN PENYAYANG.

Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka masih percaya akan sesuatu?

Friday, October 1, 2010

Renungan : Aku, Lim & Islam

Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita yang dapat menyentuh hati yang masuk ke inbox email saya. Cuba kita sama-sama baca dan fahami masej yang terdapat disebalik cerita ini.
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

PASCherating : ISLAM bukanlah hak ekslusif orang MELAYU. Bersama-samalah kita berjuang untuk menegakkan ISLAM yang tercinta ini...

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Hari Raya

Gambar Sekitar Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Surau Al-Hidayah Kg Cherating...
Pemuda menyiang dan membasuh ayam

OKU turut membantu melakukan kerja


Lumba parut kelapa..hehehe..


 Kaum ibu turut menyumbang bakti
















Jamuan bermula..best!!






YDP PAS Indera Mahkota, Sdr Nasrun turut meluangkan masa menjamu selera


Adun Beserah, YB Syed Mohammad Tuan Lonik (Berdiri) menyantuni tetamu yang hadir




Majlis berjalan dengan lancar dengan cuaca yang elok. Semua nasi dan lauk pauk habis dimakan oleh tetamu..

Pada sebelah malam, majlis diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ust Megat dari Taman Islam Kemaman. Beliau menyentuh mengenai puasa sunat 6 Syawal.

Seperti biasa, untuk melihat lebih banyak gambar, anda boleh ke lama facebook pas cherating.

Tuesday, September 28, 2010

Taklimat Dalaman

Semua Ahli PAS dijemput hadir untuk mendengar taklimat isu semasa dari AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin

Friday, September 24, 2010

Wacana Perdana



Thursday, September 23, 2010

Jemputan Jamuan Hari Raya

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Malam ini malam terakhir untuk melakukan solat tarawih dan esok adalah hari terakhir kita berpuasa untuk tahun ini. Adakah kita masih diberi kesempatan untuk bertarawih dan berpuasa pada tahun depan. Pada hari Jumaat (10 Sept 2010) ini kita akan sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya adalah saat berbahagia dan bersuka ria. Kebahagian dan kegembiraan kaum mukminin di dunia adalah kerana Tuhannya, iaitu apabila mereka berjaya menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalannya dengan penuh keimanan terhadap janji-Nya kepada mereka iaitu mendapatkan anugerah dan keampunan-Nya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :- "Katakanlah: "Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)

Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, kaum Ansar memiliki dua hari istimewa. Mereka bersuka ria padanya. Maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Allah telah menggantikan bagi kamu dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) 'Idul Fitri dan 'Idul Adha" (Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa'ie)

Hadis ini menunjukkan bahawa menampakkan rasa gembira di hari raya adalah sunnah dan sesuatu yang disyariatkan. Maka, diharuskan memperluaskan hari raya tersebut secara menyeluruh kepada segenap kaum kerabat dengan pelbagai hal yang tidak diharamkan yang mendatangkan kesegaran badan dan melegakan jiwa, selagi tidak menjadikannya lupa untuk taat kepada Allah.

Adapun yang dilakukan kebanyakkan orang saat hari raya dengan berduyun-duyun pergi memenuhi pelbagai tempat hiburan dan pemainan, maka itu tidak dibenarkan. Ini kerana hal itu tidak mnepati kehendak syarak iaitu untuk berzikir kepada Allah SWT. Hari raya tidak sinonim dengan hiburan, permainan dan pembaziran (harta) , tetapi hari raya adalah untuk berzikir kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam beribadah.

Sunah Rasulullah SAW ketika menyambut hari raya
Pada Hari Raya 'Idul Fitri, Nabi SAW mengenakan pakaian terbaiknya dan makan kurma dengan bilangan ganjil (3,5, atau 7) sebelum pergi melaksanakan solat 'Id (hari raya). Tetapi pada 'Idul Adha, baginda tidak makan terlebih dahulu sampai baginda pulang. Setelah itu barulah baginda memakan sebahagian daripada daging binatang sembelihannya.

Baginda selalu melalui jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang (dari solat) 'Id. Baginda selalu mandi sebelum solat 'Id. Baginda melewatkan sedikit solat 'Idul Fitri agar kaum muslimin sempat untuk menunaikan zakat fitrah. Sedangkan baginda mempercepatkan perlaksanaan solat 'Idul Adha supaya kaum muslimin dapat segera menyembelih binatang korbannya.

Ibnu Uma r.a sangat bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Nabi SAW. Beliau tidak keluar untuk solat 'Id kecuali setelah terbit matahari, dan beliau sentiasa bertakbir dari rumah sehingga ke tempat solat.

Takbir Hari Raya
Takbir pad 'Idul Fitri merupakan taqarrub kepada Allah SWT yang sangat dianjurkan, sebagai rasa syukur atas nikmat dan petunjuk yang dibrikan oleh Allah SWT kepada kita sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya yang bermaksud :- "Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (al-Baqarah: 185)

Firman-Ny juga bermaksud: "Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang dibilang." (al-Baqarah : 203)

Takbir merupakan syiar Islam yang perlu dipelihara dan diagungkan. Firman Allah yang bermaksud: "Demikianlah (perintah Allah). Sesiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati." (al-Hajj:32)

Menurut mazhab al-Syafie, takbir 'Idul Fitri sunat dilakukan sebaik sahaja matahari terbenam pada malam 'idulfitri sehingga menunaikan solat 'Id.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN....

10 Amalan Yang Terbalik

AMALAN YANG TERBALIK DARI SYARIAT ISLAM YANG DIAMALKAN MASYARAKAT MALAYSIA HARI NI


10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Species baru babi??...mcm2 ujian kita...

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.
Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria.




MASYALLAH...!!!!! MAKIN MENJADI2 ORG YAHUDI HENDAK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM.SUDAH MASANYA KITA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMAT ISLAM,TAK GUNA HANYA BERHARAP PD PIHAK BERKUASA SAJA.!!!! MARI SEMUA UMAT ISLAM KITA SAMA2 MEMPERTAHANKAN MARUAH & KESUCIAN AGAMA ISLAM. ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR.....!!!!
JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati..

Sumber :E-mail

Tuesday, September 7, 2010

Rumah Terbuka Dan Himpunan Anak Muda Diperantauan

Sekiranya anda anak muda diperantauan, anda dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan majlis dan mendengar amanat dan perkembangan terbaru PAS Pahang.

Friday, September 3, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Majlis: Berbuka Puasa
Tarikh : 27 Ogos 2010
Tempat : Surau Al-Hidayah Kg Cherating

Persiapan majlis telah bermula pada sebelah pagi dengan mempersiapkan khemah dan gotong royong memasak juadah berbuka. Tetapi jurugambar tertinggal kamera, jadi tiadalah gambar untuk ditatap.

Pada pukul 6:30 petang, Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Pok Long Ghani bersama cucunya.

Sebahagian hadirin yang datang untuk berbuka



YDP PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir Abdullah (berjubah)

Antara juadah yang dihidangkan ialah Gulai kambing, Singgang daging lembu, ayam goreng, ikan goreng, buah-buahan dan macam-macam lagi.






YB Syed Mohamad Tuan Lonik mengambil juadah yang dihidangkan


Dah boleh berbuka




Majlis diteruskan dengan sembahyang Maghrib, Isyak, dan Terawikh berjamaah.
Tazkirah diantara Solat Terawikh disampaikan oleh ust Zaki


Sebahagian Jamaah yang hadir sedang khusyuk mendengar tazkirah daripada ustaz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...