~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA juara piala AFF Suzuki 2010

Alhamdulillah, Skuad Bola Sepak Malaysia berjaya mencipta rekod sendiri apabila buat pertama kalinya muncul sebagai Juara Piala AFF Suzuki. Tahniah buat K Rajagobal, Pemain, dan semua rakyat Malaysia...


Impian selama 14 tahun akhirnya berjaya direalisasikan oleh barisan anak muda Malaysia. Jika kita melihat sedikit kebelakang, skuad kebangsaan ini tidaklah diberi harapan yang besar kerana ramai pemain senior tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan selepas pulang dari beraksi di Sukan Asia. Apatah lagi pada perlawanan pembukaan kumpulan A menentang pasukan Indonesia, malaysia kecundang 5-1.

Tapi dengan semangat dan sedikit perubahan tektikal, Malaysia berjaya mengikat Thailand selaku juara 3 kali dengan 0-0. Selepas itu, Malaysia meneruskan kecemerlangan dengan menbelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A. Pada saat ini, memang jelas kelihatan semangat anak muda yang ingin memcipta sejarah baru bola sepak negara.

Aksi cemerlang Skuad kebangsaan negara diteruskan lagi dengan berjaya menang keatas juara edisi 2008 Vietnam pada aksi separuh akhir dengan agreget 2-0 dan mara ke peringkat akhir.

Pada perlawanan akhir pertama yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Skuad K Rajagobal mempamerkan aksi yang cukup bertenaga dengan melakukan beberapa percubaan yang menarik dan berjaya menghasilkan 3 gol disamping berjaya menghalang asakan pihak lawan.

Pada perlawana akhir ke 2 malam tadi (29/12/2010) Malaysia memulakan aksi cemerlang dengan mengasak terlebih dahulu ke kubu pihak Indonesia. Selepas itu, Indonesia mula mengganas dengan terus mengasak gol skuad kebangsaan sehinggakan Indonesia dihadiahi tendangan penalti oleh pengadil pada minit ke 17. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi kerana berjaya menyekat tendangan yang dibuat oleh Firman Utina. Perlawanan berakhir dengan kemenangan Timnas Indonesia dengan jaringan 2-1.

Kesudahannya, Malaysia berjaya merangkul Piala AFF Suzuki dengan agreget 4-2. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang mantap dan mendebarkan. Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol.

Ini membuktikan semangat dan keazaman pemuda menjadi nadi penggerak perubahan sesuatu perkara.

Pas Cherating mengucapkan tahniah kepada semua dengan kejayaan ini dan semoga prestasi sukan bola sepak negara semakin meningkat...TAHNIAH...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...