Thursday, August 5, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Persediaan Menyambut Ramadhan
Ramadhan ibarat teetamu istimewa. Kita sebagau tuan rumah wajib menyambut kedatangannya dengan penuh gembira dan memuliakannya. Jika Perdana Menteri atau orang besar akan berkunjung ke rumah kita, pasti kita akan merancang pelbagai persiapan untuk menyambutnya. Kita pasti akan mengecat dan memperindahkan rumah kita, menyiapkan makanan istimewa dan lain-lain. Ramadhan lebih tinggi daripada seorang bangsawan atau Perdana Menteri atau apa sahaja. Ramadhan adalah anugerah Allah yang luar biasa. Ramadhan adalah medan perjuangan dan peluang untuk menyiapkan masa depan kita di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, kita mesti menyambut kehadirannya dengan persiapan yang paling baik agar kita berjaya meraih gelaran "muttaqin" (orang yang bertakwa) dan merealisasikan janji Allah iaitu memperolehi keampunan dan bebas dari azab api neraka.
Apakah perkara yang perlu dilaksanakan demi menyambut kdatangan tetamu agung tersebut?
a. Menanam azam dan niat yang bersungguh-sungguh
Biasanya, ketika Ramadhan menjelang ramai orang akan berpusu-pusu ke kedai atau pasaraya untuk persiapan berpuasa. Mereka juga mempersiapkan dan merancang anggaran budget untuk bulan tersebut. Tetapi, sedikit di kalangan mereka yang mempersiapkan hati dan niat untuk Ramadhan. Puluhan kali Ramadhan menghampiri seorang Muslim tanpa meninggalkan impaks positif pada dirinya, seakan-akan ibadah Ramadhan hanya sekadar satu ritual semata-mata. Mereka berpuasa sekadar untuk melepasi kewajipannya tanpa menghayati dan meresapkan roh ibadah tersebut. Hasilnya, Ramadhan berlalu, maka dia kembali kepada keadaan asalnya semula, tanpa sebarang peningkatan.
Justeru, perbetulkanlah niat untuk menjadikan Ramadhan kali ini ddan akan datang sebagai musim untuk menghasilkan pelbagaikan pelbagai bentuk kebaikan dan memetik pahala sebanyak-banyaknya. Atau, anggaplah Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan terakhr yang kita lalui. Ini kerana kita tidak dapat menjamin adakah kita akan bertemu dengan Ramadhan pada tahin-tahun akan datang. Tanamkan tekad yang disertai dengan keikhlasan untuk istiqamah dalam beramal solih dan beribadah pada bulan Ramadhan ini.
Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ikhlas, maka Allah akan mengampuni dosa yang telah lalu." (Riwayat Abu Daud, al-Nasaei dan lain-lain)
b. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh
Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Setiap manusia adalah pelaku dosa dan sebaik-baik pelaku dosa adalah yang bertaubat." Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
Antara kurniaan Allah kepada umat ini ialah kehadiran momentum atau dorongan kebaikan secara tetap dan berulang-ulang. Ada momentum yang diulang setiap minggu, bulan, tahun dan lain-lain. Ramadhan adalah salah satu dari momentum tersebut yang datang setiap tahun. Terutamanya, ketika seorang hamba tenggelam dalam kelalaian kerana harta benda, anak isteri dan perhiasan dunia lain yang membuatkan dia alpa kepada Rabbnya, tenggelam dengan godaan syaitan dan terjebak ke dalam pelbagai bentuk maksiaat. Jesteru dengan datangnya bulan Ramadhan, akan mengingatkannya kembali dari kelalaiannya, mengembalikannya kepada Rabbnya, dan mengjaknya kembali memperbaharui taubatnya.
Ramadhan adalah bulan yang sangat patut untuk memperbaharui taubat. Ini kerana di dalamnya dilipatgandakan kebaikan, dihapuskan dan diampuni dosa dan ditingkatkan darjat. Jika seorang selalu dituntut untuk bertaubat pada setiap waktu, maka taubat pada bulan Ramadhan ini lebih dituntut lagi. Ini kerana Ramadhan adalah bulan mulia dan waktu pelbagai rahmat Allah turun ke bumi. Mana para pelaku dosa? mana orang yang melampaui batas? Mana orang yang selalu buat maksiat kepada Allah tidakk kira siang atau malam? Mana orang yang membalas nikmat Allah dengan maksiat, memerangi Allah di bumuNya, dan menentangNya dalam kekuasaanNya? Oleh itu, segeralah bertaubat! Tiada seorang pun di kalangan kita yang bersih dari dosa dan bebas dari maksiat. Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah gembira dengan taubat hambanya.
Yang dimaksudkan dengan taubat yang sungguh-sungguh ini ialah "taubat nasuha", iaitu dengan meninggalkan maksiat yang dilakukan, menyesali apa yang telah dilakukan, dan berjanji untuk tidak kembali mengulangi maksiat tersebut. Jika dosa yang dilakukannya berkaitan dengan hak orang lain, maka hendaklah dia meminta maaf atau memohon halal daripada orang tersebut.
c. Ilmu yang berkaitan dengan puasa dan ibadah Ramadhan lain
Rasulullah saw bersabda maksudnya "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim." (Ibnu Majah)
Ilmu yang di maksudkan oleh Rasulullah saw di dalam hadis ini adalah ilmu yang berkaitan dengan perlaksanaan ibadah yang diwajibkan oleh Allah kepada setiap hambaNya. Setiap muslim wajib mempelajari ilmu tersebut. Ini kerana sah atau tidaknya ibadah yang dilakukan bergantung dengan ilmu mengenai perkara tersebut. Seorang yang hendak mengerjakan solat wajib mengetahui syarat-syarat atau rukun-rukun atau perkara-perkara yang membatalkan solat dan lain-lain, agar solatnya tepat dengan tuntutan agama.
Begitu juga dengan puasa di bulan ini. Allah mewajibkan kepada setiap muslim yang mampu untuk berpuasa. Maka sudah menjadi kewajipan setiap muslim untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu yang berkaitan dengan segala syarat, rukun, perkara yang membatalkan puasa, perkara yang makruh dan harus dalam puasa dan lain-lain supaya puasa yang dilakukannya gtepat dengan tuntutan syarak dan ibadahnya tidak sia-sia. Di samping Ilmu fiqh yang berkenaan dengan puasa, maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan Ramadhan juga perlu seperti galakan, fada'il amal (amalan sunat) yang patut dilakukan didalam bulan Ramadhan, dan lain-lain agar setiap muslim dapat mengimarahkan bulan ini sebaik mungkin.
d. Persiapan fizikal dan jasmani
Menahan diri dari tidak makan dan minum seharian penuh selama sebulan sudah tentu memerlukan kekuatan fizikal yang tidak sedikit. Itu belum lagi kekuatan yang diperlukan untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat Tarawih dan solat-solat sunat lain. Demikian juga sekiranya ingin memperbanyakkan membaca Al-Quran dan beriktikaf selama sepuluh hari di akhir Ramadhan. Kesemua hal ini menuntut kita selalu dalam keadaan sihat sehingga dapat memanfaatkan Ramadhan dengan sebaik-baiknya.
Antara amalan-amalan yang sunat dilaksanakan sebelum Ramadhan ialah membanyakkan puasa sunat terutama pada bulan Rejab dan Syaban. Ini adalah salah satu cara melatih diri untuk mempersiapkan dan membiasakan diri menghadapi Ramadhan. Dalam hal ini, Rasulullah saw adalah qudwah yang terbaik kepada umatnya. Baginda memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Syaban, sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah r.a "Saya tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan sepenuhnya kecuali pada bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa (sunat) lebih banyak dari bulan Syabban." (Muttafaq 'Alaih)
Inilah antara perkara yang mesti dipersiapkan untuk menyambut datangnya bulan yang menguji kesabaran ini.

Monday, August 2, 2010
Keistimewaan Ramadhan
a. Rasulullah saw telah menyampaikan satu perkhabaran gembira kepada para sahabatnya dengan sabdanya yang bermaksud :
"Ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadhan seluruh syaitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. Semua pintu neraka ditutup dan tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pun pintu yang tertutup. Diseru, "Wahai orang yang mencari kebaikan! datang kesini! Wahai orang yang mencari keburukkan! Jauhkanlah dirimu. Allah membebaskan ramai manusia dari api neraka. perkara tersebut berlaku setiap malam." (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a)
b. Rasulullah saw juga bersabda ertinya :
" Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu, Allah telah membuka pintu-pintu langit, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu segala syaitan. Didalamnya, Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka dia sememangnya telah diharamkan (daripada kebaikannya)." (Diriwayatkan oleh al-Nasa'i dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a).
Al-Imam Ibnu Rejab al-Hanbali membuat komentar terhadap hadis ini, katanya, "Hadis ini merupakan dasar dan dalil memberri ucapan selamat yang diucapkan oleh kaum muslimin kepada muslimin yang lain sempena dengan kedatangan bulan ramadhan. Kenapa seorang mukmin tidak bergembira dengan terbukanya pintu syurga? Kenapa Seorang mukmin tidak bergembira dengan tertutupnya pintu neraka? Kenapa orang yang berakal tidak bergembira dengan masa di mana syaitan-syaitan dibelenggu?."
Kita juga patut mencontohi para salaf iaitu dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar disampaikan ke bulan Ramadhan yang penuh dengan pelbagai keberkatan dan keutamaannya.

Wednesday, June 16, 2010
Sunday, June 6, 2010
Lawatan PASTI Cherating Ke TUDM Kuantan
Tarikh :- 3 Jun 2010
Penyertaan :- Semua Pelajar dan Guru PASTI Cherating
8 Orang Ibubapa

Guru dan Pelajar PASTI bergambar bersama Helikopter
Pengetua PASTI, En Tg Zaidi Menyampaikan cenderahati kepada Pegawai TUDM
Pelajar bersedia untuk menaiki bas di perkarangan PASTI Cherating
Pelajar Menaiki Bas
Untuk Melihat lagi gambar, boleh melayari Facebook PAS Cherating ( http://www.facebook.com/pascherating )
Wednesday, June 2, 2010
Ketua PAS Cherating dimasukkan ke ICU
Hj Mustafa bin Yusof, Ketua PAS Cawangan Cherating yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Indera Mahkota telah dimasukkan ke ICU pada petang 1 Jun 2010. Setakat ini (6:30ptg 2 Jun 2010), Doktor masih tidak dapat memastikan penyakit sebenar yang dialaminya.
Sahabat-sahabat yang ingin melawat beliau, bolehlah ke Wad Teratai 2B ICU, Tingkat 2, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Semoga beliau tabah menghadapi ujian Allah dan cepat sembuh serta pulih sedia kala. Amin...
Tuesday, June 1, 2010
Millatfacebook Dilancar Selepas Facebook Hina Nabi Muhammad
Satu laman web rangkaian sosial popular iaitu Millatfacebook diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan hidup orang Muslim tanpa sebarang penghinaan ke atas Islam.
Persis rangkaian sosial popular Facebook, Millatfacebook dibina oleh sekumpulan rakyat Pakistan dan merupakan laman web rangkaian sosial pertama negara itu.
Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook menganjurkan satu pertandingan ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’.
Pertandingan yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS) itu kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’ telah dilihat oleh umat Islam sebagai menghina agama Islam.
Tindakan tersebut sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan, malah umat Islam di seluruh dunia.
Koordinator Millatfacebook, Salman Ahmed berpendapat, Facebook sangat popular kerana dua sebab iaitu ia menjadi tempat di mana orang dengan mudah menyalahgunakan hal-hal sulit dan peribadi mereka dan kedua, ia memiliki unsur-unsur berat sebelah dan 'menentang' persamaan hak.
“Saya berkata demikian kerana pada sebelah tangan isu-isu berkaitan Holocaust tidak boleh dibincangkan tetapi pada sebelah tangan yang lain perasaan umat Islam boleh terus disakiti dengan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad. "Walaupun beribu-ribu aduan telah dibuat terhadapnya (pertandingan karikatur Nabi Muhammad), namun pihak pengurusan Facebook tidak memadam atau mengharamkan halaman itu," katanya.
Halaman Facebook yang menghina Islam itu telah menarik lebih 105,000 peminat dengan paparan lima muka surat yang mengandungi lakaran kasar serta karikatur Nabi Muhammad.
Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad dan menganggapnya sebagai kufur.
Salman menjelaskan, sebab pihak pengurusan Facebook tidak mengharamkannya kerana ia adalah propaganda kebencian terhadap Islam dan jelas sekali mereka berselindung di sebalik propaganda kebebasan bersuara.
Malah, beliau mempersoalkan tidakkah mereka mempunyai idea tentang sebesar mana sayangnya dan penghormatan orang Islam terhadap Nabi Muhammad.
“Dan percubaan bodoh ini hanya akan menyatukan kami umat Islam sebagai satu umah dan ini menunjukkan betapa kami begitu serius tentang bagaimana untuk mempertahankan serangan-serangan itu,” ujarnya.
Salman mendakwa, Facebook menjana perolehan sebanyak 47 hingga 50 peratus daripada umat Islam dan kira-kira 10 hingga 12 peratus daripada jumlah itu adalah dari Pakistan.
Millatfacebook telah diperkenalkan oleh sekumpulan enam profesional muda teknologi maklumat (IT) dari Lahore, sebuah bandar budaya di Pakistan.
Setakat ini, laman berkenaan mempunyai keahlian kira-kira 64,714 individu dari seluruh dunia.
Fungsinya menyamai Facebook sedia ada yang mempunyai ‘wall’ untuk rakan-rakan bagi membolehkan mereka memberi komen.
Ia turut menawarkan kemudahan lain seperti emel, gambar, video, ruang sembang dan perbincangan.
Salman berkata, Millatfacebook adalah alternatif kepada Facebook dan ia direka menyamainya dari segi ciri-ciri dan kemudahan lain.
“Ia adalah untuk semua, malah sesiapa sahaja dari mana-mana agama tanpa sebarang penghinaan terhadap agama dan perkauman boleh menjadi ahli,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)