~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Monday, August 2, 2010

Keistimewaan Ramadhan

a. Rasulullah saw telah menyampaikan satu perkhabaran gembira kepada para sahabatnya dengan sabdanya yang bermaksud :
"Ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadhan seluruh syaitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. Semua pintu neraka ditutup dan tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pun pintu yang tertutup. Diseru, "Wahai orang yang mencari kebaikan! datang kesini! Wahai orang yang mencari keburukkan! Jauhkanlah dirimu. Allah membebaskan ramai manusia dari api neraka. perkara tersebut berlaku setiap malam." (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a)

b. Rasulullah saw juga bersabda ertinya :
" Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu, Allah telah membuka pintu-pintu langit, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu segala syaitan. Didalamnya, Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka dia sememangnya telah diharamkan (daripada kebaikannya)." (Diriwayatkan oleh al-Nasa'i dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a).

Al-Imam Ibnu Rejab al-Hanbali membuat komentar terhadap hadis ini, katanya, "Hadis ini merupakan dasar dan dalil memberri ucapan selamat yang diucapkan oleh kaum muslimin kepada muslimin yang lain sempena dengan kedatangan bulan ramadhan. Kenapa seorang mukmin tidak bergembira dengan terbukanya pintu syurga? Kenapa Seorang mukmin tidak bergembira dengan tertutupnya pintu neraka? Kenapa orang yang berakal tidak bergembira dengan masa di mana syaitan-syaitan dibelenggu?."

Kita juga patut mencontohi para salaf iaitu dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar disampaikan ke bulan Ramadhan yang penuh dengan pelbagai keberkatan dan keutamaannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...