~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, August 3, 2010

Persediaan Menyambut Ramadhan

Ramadhan ibarat teetamu istimewa. Kita sebagau tuan rumah wajib menyambut kedatangannya dengan penuh gembira dan memuliakannya. Jika Perdana Menteri atau orang besar akan berkunjung ke rumah kita, pasti kita akan merancang pelbagai persiapan untuk menyambutnya. Kita pasti akan mengecat dan memperindahkan rumah kita, menyiapkan makanan istimewa dan lain-lain. Ramadhan lebih tinggi daripada seorang bangsawan atau Perdana Menteri atau apa sahaja. Ramadhan adalah anugerah Allah yang luar biasa. Ramadhan adalah medan perjuangan dan peluang untuk menyiapkan masa depan kita di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, kita mesti menyambut kehadirannya dengan persiapan yang paling baik agar kita berjaya meraih gelaran "muttaqin" (orang yang bertakwa) dan merealisasikan janji Allah iaitu memperolehi keampunan dan bebas dari azab api neraka.


Apakah perkara yang perlu dilaksanakan demi menyambut kdatangan tetamu agung tersebut?


a. Menanam azam dan niat yang bersungguh-sungguh


Biasanya, ketika Ramadhan menjelang ramai orang akan berpusu-pusu ke kedai atau pasaraya untuk persiapan berpuasa. Mereka juga mempersiapkan dan merancang anggaran budget untuk bulan tersebut. Tetapi, sedikit di kalangan mereka yang mempersiapkan hati dan niat untuk Ramadhan. Puluhan kali Ramadhan menghampiri seorang Muslim tanpa meninggalkan impaks positif pada dirinya, seakan-akan ibadah Ramadhan hanya sekadar satu ritual semata-mata. Mereka berpuasa sekadar untuk melepasi kewajipannya tanpa menghayati dan meresapkan roh ibadah tersebut. Hasilnya, Ramadhan berlalu, maka dia kembali kepada keadaan asalnya semula, tanpa sebarang peningkatan.


Justeru, perbetulkanlah niat untuk menjadikan Ramadhan kali ini ddan akan datang sebagai musim untuk menghasilkan pelbagaikan pelbagai bentuk kebaikan dan memetik pahala sebanyak-banyaknya. Atau, anggaplah Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan terakhr yang kita lalui. Ini kerana kita tidak dapat menjamin adakah kita akan bertemu dengan Ramadhan pada tahin-tahun akan datang. Tanamkan tekad yang disertai  dengan keikhlasan untuk istiqamah dalam beramal solih dan beribadah pada bulan Ramadhan ini.


Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ikhlas, maka Allah akan mengampuni dosa yang telah lalu." (Riwayat Abu Daud, al-Nasaei dan lain-lain)


b. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh


Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Setiap manusia adalah pelaku dosa dan sebaik-baik pelaku dosa adalah yang bertaubat." Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.


Antara kurniaan Allah kepada umat ini ialah kehadiran momentum atau dorongan kebaikan secara tetap dan berulang-ulang. Ada momentum yang diulang setiap minggu, bulan, tahun dan lain-lain. Ramadhan adalah salah satu dari momentum tersebut yang datang setiap tahun. Terutamanya, ketika seorang hamba tenggelam dalam kelalaian kerana harta benda, anak isteri dan perhiasan dunia lain yang membuatkan dia alpa kepada Rabbnya, tenggelam dengan godaan syaitan dan terjebak ke dalam pelbagai bentuk maksiaat. Jesteru dengan datangnya bulan Ramadhan, akan mengingatkannya kembali dari kelalaiannya, mengembalikannya kepada Rabbnya, dan mengjaknya kembali memperbaharui taubatnya.


Ramadhan adalah bulan yang sangat patut untuk memperbaharui taubat. Ini kerana di dalamnya dilipatgandakan kebaikan, dihapuskan dan diampuni dosa dan ditingkatkan darjat. Jika seorang selalu dituntut untuk bertaubat pada setiap waktu, maka taubat pada bulan Ramadhan ini lebih dituntut lagi. Ini kerana Ramadhan adalah bulan mulia dan waktu pelbagai rahmat Allah turun ke bumi. Mana para pelaku dosa? mana orang yang melampaui batas? Mana orang yang selalu buat maksiat kepada Allah tidakk kira siang atau malam? Mana orang yang membalas nikmat Allah dengan maksiat, memerangi Allah di bumuNya, dan menentangNya dalam kekuasaanNya? Oleh itu, segeralah bertaubat! Tiada seorang pun di kalangan kita yang bersih dari dosa dan bebas dari maksiat. Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah gembira dengan taubat hambanya.


Yang dimaksudkan dengan taubat yang sungguh-sungguh ini ialah "taubat nasuha", iaitu dengan meninggalkan maksiat yang dilakukan, menyesali apa yang telah dilakukan, dan berjanji untuk tidak kembali mengulangi maksiat tersebut. Jika dosa yang dilakukannya berkaitan dengan hak orang lain, maka hendaklah dia meminta maaf atau memohon halal daripada orang tersebut.


c. Ilmu yang berkaitan dengan puasa dan ibadah Ramadhan lain

Rasulullah saw bersabda maksudnya "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim." (Ibnu Majah)

Ilmu yang di maksudkan oleh Rasulullah saw di dalam hadis ini adalah ilmu yang berkaitan dengan perlaksanaan ibadah yang diwajibkan oleh Allah kepada setiap hambaNya. Setiap muslim wajib mempelajari ilmu tersebut. Ini kerana sah atau tidaknya ibadah yang dilakukan bergantung dengan ilmu mengenai  perkara tersebut. Seorang yang hendak mengerjakan solat wajib mengetahui syarat-syarat atau rukun-rukun atau perkara-perkara yang membatalkan solat dan lain-lain, agar solatnya tepat dengan tuntutan agama.

Begitu juga dengan puasa di bulan ini. Allah mewajibkan kepada setiap muslim yang mampu untuk berpuasa. Maka sudah menjadi kewajipan setiap muslim untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu yang berkaitan dengan segala syarat, rukun, perkara yang membatalkan puasa, perkara yang makruh dan harus dalam puasa dan lain-lain supaya puasa yang dilakukannya gtepat dengan tuntutan syarak dan ibadahnya tidak sia-sia. Di samping Ilmu fiqh yang berkenaan dengan puasa, maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan Ramadhan juga perlu seperti galakan, fada'il amal (amalan sunat) yang patut dilakukan didalam bulan Ramadhan, dan lain-lain agar setiap muslim dapat mengimarahkan bulan ini sebaik mungkin.

d. Persiapan fizikal dan jasmani

Menahan diri dari tidak makan dan minum seharian penuh selama sebulan sudah tentu memerlukan kekuatan fizikal yang tidak sedikit. Itu belum lagi kekuatan yang diperlukan untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat Tarawih dan solat-solat sunat lain. Demikian juga sekiranya ingin memperbanyakkan membaca Al-Quran dan beriktikaf selama sepuluh hari di akhir Ramadhan. Kesemua hal ini menuntut kita selalu dalam keadaan sihat sehingga dapat memanfaatkan Ramadhan dengan sebaik-baiknya.

Antara amalan-amalan yang sunat dilaksanakan sebelum Ramadhan ialah membanyakkan puasa sunat terutama pada bulan Rejab dan Syaban. Ini adalah salah satu cara melatih diri untuk mempersiapkan dan membiasakan diri menghadapi Ramadhan. Dalam hal ini, Rasulullah saw adalah qudwah yang terbaik kepada umatnya. Baginda memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Syaban, sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah r.a "Saya tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan sepenuhnya kecuali pada bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa (sunat) lebih banyak dari bulan Syabban." (Muttafaq 'Alaih)

Inilah antara perkara yang mesti dipersiapkan untuk menyambut datangnya bulan yang menguji kesabaran ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...