Wednesday, April 26, 2017
Hiking Amal Bukit Panorama
22 April 2017 - Hari ini Jabatan Amal Cherating telah mengadakan program Hiking Bukit Panorama, Sungai Lembing. Program ini berjaya menarik minat 18 orang peserta dimana 12 orang daripadanya adalah pelapis Amal.
Program ini bermula dengan bersama-sama bermalam di Pusat Tarbiah Islamiah Cherating (PUTIC) bagi melancarkan pergerakan ke bukit panorama. Tepat jam 3:30 pagi, kumpulan ini bergerak dengan menaiki 3 buah kereta ke Bukit Panorama. sesampainya di kaki bukit, kami mengadakan senaman ringan dengan diketuai oleh sdr Che Ismail. Selepas itu, kami terus mendaki ke puncak dengan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Dipuncak bukit, kami mulakan aktiviti dengan latihan cara mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral yang di ajar oleh Sdr Habibulinsan. seterusnya, solat berjemaah dan tazkirah diadakan.
Sementara menunggu matahari naik, sesi taaruf diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama ahli.
Tayangan Bola Sepak Pahang Vs JDT
Alhamdulillah.. program tayangan bola sepak Suku Akhir Kedua Piala FA 2017 diantara Pahang menentang Johor DT berjaya dijalankan pada 23 April 2017 bertempat di perkarangan Surau Ar-Rahman.
Tayangan ini adalah anjuran DACS Indera Mahkota dengan kerjasama Lajnah ICT JPC Cherating.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari pemuda Kg Cherating dan sekitarnya. Kehadiran yang tinggi melangkau jangkaan awal amat melegakan hati penganjur.
Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Adun Beserah, YB Andansura Bin Rabu dan turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.
Insyaallah program seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang.
Tayangan ini adalah anjuran DACS Indera Mahkota dengan kerjasama Lajnah ICT JPC Cherating.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari pemuda Kg Cherating dan sekitarnya. Kehadiran yang tinggi melangkau jangkaan awal amat melegakan hati penganjur.
Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Adun Beserah, YB Andansura Bin Rabu dan turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.
Insyaallah program seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang.
Friday, April 21, 2017
Tuesday, April 24, 2012
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Meriah
14 April 2012 - Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat juga program ini berjalan dengan lancar. Walaupun pada peringkat akhir perancangan program terdapat usaha-usaha untuk mengagalkan program tersebut.
Seramai 18 pasukan telah mendaftar untuk turut serta merebut gelaran juara bagi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah pada kali ini. Semua pasukan dipecahkan kepada 4 pasukan dan bersain secara liga sepusingan untuk merebut 2 slot ke peringkat suku akhir.
Pada peringkat akhir, pasukan Cacing DJ telah bertemu dengan pasukan Milo Bin Kurang Manis dan keputusannya memihak kepada pasukan Cacing DJ. Cacing DJ mencatat kemenangan keatas pasukan Milo Bin Kurang Manis dengan jaringan 1-0. Kemenangan ini melayakkan pasukan Cacing DJ membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 beserta trofi dan sijil penyertaan. Bagi pasukan Milo Bin Kurang Manis pula terpaksa berpuashati dengan tempat kedua dan membawa pulang wan tunai RM200 beserta trofi dan sijil penyertaan.
| Persiapan sebelum program bermula |
| Ust Zaki memberi ucapan perasmian |
| Ust Zaki menyerahkan bola kepada ketua pengadil sebagai tanda perasmian kejohanan tersebut |
| YDP PAS IM Hj Nasrun Amir datang dan menyantuni penonton di tepi padang |
| Yb Syed Muhammad menyampaikan trofi kepada pemain terbaik kejohanan |
| Penjaga Gol Terbaik Kejohanan |
| Bersama Juara |
p/s: Banyak lagi gambar sekitar program boleh dilihat di facebook pas cherating...
Labels:
Aktiviti
Kuliah Maghrib Ust Hazri Jusoh
11 April 2012 - Kuliah Maghrib di Markas PAS Cherating diteruskan lagi pada hari tersebut dengan pengisian daripada Ustaz Hazri Jusoh (NYDP PAS Kemaman). Di dalam kuliah beliau, Ust Hazri menceritakan tentang kewajipan menjalankan ibadah sekali gus mewajibkan perkara yang diperlukan untuk melaksanakan perkara wajib. Sepertimana untuk solat mewajibkan kita berwuduk dan membuat punca air untuk berwuduk menjadi perkara wajib kepada kita. Begitu juga dalam pilihanraya, apabila pilihanraya menjadi wajib kepada kita maka untuk mencari pengundi adalah wajib untuk kita lakukan.
Banyak lagi yang beliau kongsikan pada malam tersebut. diakhir program selepas solat Isyak berjemaah, para jemaah dijamukan dengan nasi kerabu yang ditaja oleh seorang ahli yang dermawan.
Labels:
Kuliah
Monday, April 9, 2012
Pemuda Sihat Bermain Futsal
7 April 2012 - Pemuda PAS Cherating telah mengadakan program Pemuda Sihat dengan bermain futsal di gelanggang futsal hotel Lagend Cherating. Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kecergasan petugas-petugas jentera pilihanraya yang mungkin diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, dengan adanya program ini AJK Pemuda dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli dan orang muda di Cherating. Acara tersebut bermula jam 9:30 malam dan berakhir jam 11:30 malam dengan disertai lebih kurang 20 orang pemain.
Insyaallah program ini akan diteruskan dan dijadikan acara wajib dalam kalendar pemuda PAS Cherating.
Labels:
Aktiviti
Monday, April 2, 2012
Kuliah Maghrib Ustaz Zaki Ibrahim
28 Mac 2012 - Markas PAS Cherating sekali lagi diserikan dengan kuliah maghrib. Kali ini slot kuliah tersebut diisi oleh Ustaz Zaki B Ibrahim Ketua Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota.
Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsikan oleh ustaz pada malam tersebut. Antaranya adalah Islam adalah jalan kehidupan dimana Islam meangkumi semua aspek kehidupan termasuklah dalam menentukan pemimpin.
Labels:
Kuliah
Wednesday, March 21, 2012
JOM Bermotosikal Mendekati Pemuda
18 Mac 2012 - Alhamdulillah... Program Jelajah Orang Muda (JOM) Bermotosikal berjaya digerakkan. Kali ini kekuatan peserta bertambah dengan 10 biji motosikal yang mnyertainya.
Program tersebut bermula dengan solat Asar berjemaah di Markas PAS Cherating dan diikuti dengan bacaan Al-Mathurat.
Agenda pertama pada petang itu adalah melawat seorang pemuda kampung yang ditimpa kemalangan semasa melakukan kerja. Beliau adalah Mohd Yasrol Yusoff seorang pekerja penyelenggara lift bangunan di Kuantan. Semasa kejadian beliau sedang menyelenggara liftt di Mahlota Square di Kuantan. Tiba-tiba matanya menjadi gelap dan dia terjatuh dari lift tersebut. Akibat kemalangan tersebut, paha kanan beliau patah di 2 tempat, tulang rusk patah dan beberapa luka di badan beliau. Rombangan kami datang melawat menyampaikan sumbangan wang tunai untuk menjalani rawatan susulan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh Ust Afizu (Ketua Dakwah & Tarbiah JPC Cherating). Semoga Sdr Yasrol cepat sembuh.
| Rombongan kami yang baru tiba |
| Keadaan Sdr Yasrol yang cedera |
Selepas itu rombongan kamu menuju ke agenda kedua pada petang itu iaitu mencari kumpulan pemuda yang beriadah untuk beramah mesra. Pada mulanya tempat yang dituju mendukacitakan kerana tiada pemuda yang bermain disana.
| Berkumpul semula untuk mengatur strategi baru |
Selepas perbincangan ringkas dijalankan, kami menuju ke pantai dengan harapan ada pemuda bermain bola sepak disana. Alhamdulillah, ramai pemuda kampung beriadah disana. Berbekalkan Air tin 100plus kami mendekati pemuda tersebut. Alhamdulillah respon yang baik kami terima dari mereka walaupun pada peringkat awal nampak mereka seperti takut-takut. Dalam ramah mesra tersebut kami dapat mencungkil masalah dan keperluan belia kampung yang terabai selama ini. Insyaallah, kami akan mengutarakan segala masalah yang kami perolehi ini kepada yang bertanggungjawab. Oleh kerana terlalu asyik berbual, jurugambar kami terlupa untuk mengambil gambar untuk dipaparkan.
Selepas itu, rombongan kami bersolat Maghrib berjamaah di Surau berdekatan dan mesyuarat post mortem dterus dijalankan selepas solat Maghrib dan Program pada hari tersebut tamat selepas Solat Isyak dan makan-makan.
Labels:
Aktiviti
Thursday, March 15, 2012
Kuliah Maghrib Ust Hisyamuddin
Alhamdulillah..Syukur kepada Allah Taala kerana mempermudahkan segala urusan... Kuliah Maghrib siri ke 4 berjaya diadakan di Markas PAS Cherating. Slot kuliah kali ini diisi oleh Ustaz Hisyamuddin Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.
Ustaz Hisyamuddin memulakan kuliahnya dengan membaca ayat terakhir dari surah Ali Imran
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Ustaz memesan agar semua ahli bersabar dalam perjuangan, bersabar apabila menghadapi cabaran dan bersabar dalam segala hal bagi menegakkan agama Allah.
| Jemaah khusyuk mendengar |
Labels:
Aktiviti
Tuesday, March 13, 2012
PROMO : Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 2012
Pemuda PAS Cherating bersama-sama Pemuda PAS Chendor akan menganjurkan satu Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah. Program ini dirancang akan diadakan pada bulan April depan. Kepada semua pasukan yang berminat untuk menyertainya, bolehlah memulakan latihan sekarang. Tarikh sebenar dan lokasi kejohanan belum diputuskan lagi oleh ahli jawatankuasa kejohanan. Untuk maklumat terkini, anda boleh mengikuti blog ini dari semasa ke semasa.
Labels:
Aktiviti
Thursday, March 1, 2012
Kuliah Maghrib Ust Nakhaie
Kuliah Maghrib dwi mingguan telah berjaya dianjurkan pada 29 Feb 2012 di Markas PAS Cherating. Siri Kuliah Maghrib kali ke-3 menampilkan seorang lagi Ustaz muda yang bertanggungjawab menghidupkan Masjid Chendor iaitu Ustaz Nakhaie. Ustaz Nakhaie juga adalah seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Kemaman dan bergiat aktif dalam usaha dakwah dan politik di sekitar DUN Chukai.
Ustaz Nakhaie cuba mengupas peranan dan pelajaran yang terdapat di dalam solat berjamaah dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang kita sedia tahu, solat berjamaah lebih 27 kali ganda pahala dari solat bersendirian. Dalam konteks kita bermasyarakat pula dapat di kaitkan dengan hidup bergaul dengan jiran tetangga lebih baik dari kita hidup bersendirian.
Dari segi ekonomi pula, solat berjamaah ini dapat menjana ekonomi umat Islam. Apabila kita hendak bersolat, secara langsung kita memerlukan pakaian dan peralatan solat untul digunakan. Nak taknak kita kena membeli dengan penjual yang semestinya orang Islam. Dari situ perkembangan ekonomi dapat terjadi.
Dari segi sains, dengan solat berjamaah para jemaah dapat bertukar-tukar cas positif dan negatif diantara satu sama lain semasa bahu dan kaki bersentuhan. Pergerakkan cas ini dapat menyeimbangkan cas di dalam tubuh manusia untuk menjadi lebih sihat dan cergas.
Pelajaran yang paling utama yang dapat di pelajari dari soalat berjemaah adalah tentang organisasi ataupun politik. Semasa solat berjemaah kita mesti memilih Imam yang paling baik dari semua aspek untuk diikuti oleh makmum. Begitu juga dalam pentadbiran dunia. Pemimpin yang hendak dilantik mestilah yang terbaik untuk diikuti. Sekiranya Imam mempunyai masalah ataupun sudah tidak layak untuk menjadi imam ketika itu, Islam telah menetapkan cara untuk menegur atau menggantikan imam tersebut. Begitu juga dengan pemimpin yang dilihat sudah tidak layak untuk memimpin negara seharusnya ditegur dan digantikan dengan yang lebih baik sekiranya teguran dari rakyat tidak diendahkan pemimpin tersebut.
Banyak lagi yang ustaz kupas pada malam tersebut berkaitan dengan perjuangan umat Islam sekarang yang menyaksikan kebangkitan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Insyaallah kemenangan Islam akan terjadi juga seperti yang dinyatakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad sa.
| Ustaz Nakhaie |
| Para jemaah kusyuk mendengar |
Wednesday, February 29, 2012
Langkah Lestari Himpunan Hijau 2.0
26 Februari 2012 - Pas Cherating turut bersama-sama dengan NGO anti Lynas turun berhimpun di Padang MPK 4 Kuantan untuk membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas. Seawal 8 pagi peserta berhimpun di beberapa lokasi berdekatan Padang MPK 4 untuk berarak bersama-sama.
Beberapa orang ahli PAS Cherating telah berkonvoi ke sana dengan motosikal. Ada juga yang pergi dengan keluarga secara berasingan ke sana.
Beberapa keping gambar sekitar program...
Beberapa orang ahli PAS Cherating telah berkonvoi ke sana dengan motosikal. Ada juga yang pergi dengan keluarga secara berasingan ke sana.
Beberapa keping gambar sekitar program...
| Aktivis Vateren PAS Cherating |
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
















