18 Mac 2012 - Alhamdulillah... Program Jelajah Orang Muda (JOM) Bermotosikal berjaya digerakkan. Kali ini kekuatan peserta bertambah dengan 10 biji motosikal yang mnyertainya.
Program tersebut bermula dengan solat Asar berjemaah di Markas PAS Cherating dan diikuti dengan bacaan Al-Mathurat.
Agenda pertama pada petang itu adalah melawat seorang pemuda kampung yang ditimpa kemalangan semasa melakukan kerja. Beliau adalah Mohd Yasrol Yusoff seorang pekerja penyelenggara lift bangunan di Kuantan. Semasa kejadian beliau sedang menyelenggara liftt di Mahlota Square di Kuantan. Tiba-tiba matanya menjadi gelap dan dia terjatuh dari lift tersebut. Akibat kemalangan tersebut, paha kanan beliau patah di 2 tempat, tulang rusk patah dan beberapa luka di badan beliau. Rombangan kami datang melawat menyampaikan sumbangan wang tunai untuk menjalani rawatan susulan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh Ust Afizu (Ketua Dakwah & Tarbiah JPC Cherating). Semoga Sdr Yasrol cepat sembuh.
Rombongan kami yang baru tiba |
Keadaan Sdr Yasrol yang cedera |
Selepas itu rombongan kamu menuju ke agenda kedua pada petang itu iaitu mencari kumpulan pemuda yang beriadah untuk beramah mesra. Pada mulanya tempat yang dituju mendukacitakan kerana tiada pemuda yang bermain disana.
Berkumpul semula untuk mengatur strategi baru |
Selepas perbincangan ringkas dijalankan, kami menuju ke pantai dengan harapan ada pemuda bermain bola sepak disana. Alhamdulillah, ramai pemuda kampung beriadah disana. Berbekalkan Air tin 100plus kami mendekati pemuda tersebut. Alhamdulillah respon yang baik kami terima dari mereka walaupun pada peringkat awal nampak mereka seperti takut-takut. Dalam ramah mesra tersebut kami dapat mencungkil masalah dan keperluan belia kampung yang terabai selama ini. Insyaallah, kami akan mengutarakan segala masalah yang kami perolehi ini kepada yang bertanggungjawab. Oleh kerana terlalu asyik berbual, jurugambar kami terlupa untuk mengambil gambar untuk dipaparkan.
Selepas itu, rombongan kami bersolat Maghrib berjamaah di Surau berdekatan dan mesyuarat post mortem dterus dijalankan selepas solat Maghrib dan Program pada hari tersebut tamat selepas Solat Isyak dan makan-makan.
No comments:
Post a Comment