~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Friday, May 27, 2011

Calon bertanding diumum petang ini

Imran Anuar (wartawan terlatih)
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Calon-calon yang akan bertanding pada muktamar PAS kali ini akan diumumkan petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu jam 4.00 petang ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.
Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.
Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.
Bagi jawatan Naib Presiden PAS, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah. 
Apapun, senarai muktamad calon-calon yang telah mengesahkan bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 dan dewan-dewan bagi sesi 2011/2013 yang ditutup petang semalam akan diumumkan petang ini.

Saturday, May 21, 2011

Himpunan BERSIH kedua, 9 Julai

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.
"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.
Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.
Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.
"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.

"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi biarlah adil dan saksama.
"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.
Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.
Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.
Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.
"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.
 
 
PasCherating :- Warga Cherating bolehlah bersiap sedia untuk kita sama-sama turun memBERSIHkan sistem pilihanraya di negara kita ini.

Perarakan Menghantar Memorandum Bantahan Kilang Lynas

20 Mei 2011 - Pas Cherating melalui 6 orang wakilnya telah menyertai perarakan menyerah memorandum ke kedutaan Australia di Kuala Lumpur bagi membantah kerajaan Pahang dan Malaysia membenarkan kilang pemprosesan bahan nadir bumi Syarikat Lynas beroperasi di Gebeng, Pahang.

Perarakan kali ini yang di serta oleh pemimpin PAS, PKR, NGO, persatuan Mahasiswa, aktivis alam sekitar dan ratusan orang penduduk sekitar kilang tersebut mula berarak dari Masjid As Syakirin KLCC selepas solat Jumaat menuju pejabat Suruhanjaya Australia yang terletak tidak jauh dari situ.

Walaupun hujan turun dengan lebat semasa perarakan tersebut, para peserta tidak berganjak menunjukkan bantahan tersebut. Pelbagai kain rentang dan sepanduk yang dinaikkan. Antaranya "No Lynas, Lynas Get Out, Save Malaysia, Katakan Tidak Pada Radiasi" dan sebagainya lagi.

Sedikit catatan perjalanan kami menuju kesana:-

19 Mei 2011 (12:30Malam)
Sedang menunggu bas

20 Mei 2011 (6:30 Pagi)

Berhenti Solat Subuh di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati, Kuala Lumpur

7:00 - 11:00 Pagi
Kami bersarapan pagi di kedai makan dihadapan masjid
Berehat mengumpul tenaga di dalam Masjid
Rehat lagi...
Imam Masjid Salahuddin Al-Ayyubi membaca doa keselamatan para peserta perarakan sambil diaminkan oleh semua peserta.
Menaiki bas menuju Masjid Asy Syakirin KLCC
 12:30 Tengahari

Sampai di Masjid Asy Syakirin KLCC
Menunggu untuk Solat Jumaat
2:00 Petang - 4:00 Petang

Bersiap sedia untuk berarak
Unit amal menjaga keselamatan
Ust Suhaimi & Pemuda Cherating berarak
Muslimat mendukung anaknya
"Lynas Balik Australia!!!"
peserta yang setia walaupun hujan lebat
Pemerhati dari majlis peguam
Merenung masa depan anak-anaknya
Barisan pimpinan PAS
Bersama YB Tian Chua
Terima kasih kepada pasukan PDRM yang memberi kerjasama yang amat baik

Video ucapan pemimpin
YB Tian Chua & YB Elizebeth Wong


Andansura Rabu

YB Fuziah Salleh



Lagi foto di facebook PASCHERATING

Thursday, May 19, 2011

Latihan Bola Sepak Sukan PASTI

Bermula pada 16 Mei 2011 sehingga 20 Mei 2011 Pemuda ditugaskan untuk melatih anak-anak PASTI untuk bermain bola sepak bagi menghadapi Pesta Bola sepak & Bola Jaring peringkat Indera Mahkota.

Pesta bola tersebut akan diadakan pada 29 Mei 2011, hari Ahad. Pada edisi kali ini, Cawangan Chengal Lempong diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah.

PASTI At-Taqwa Cherating kali ini turun dengan menggalas misi besar bagi mempertahankan kejuaran bagi acara bola sepak. Sebelum ini PASTI At-Taqwa telah menjuarai 3 edisi kejohan ini secara berturut-turut. Pada tahun ini, para pemain akan mempertahankan kejuaraannya kali ke-4. Insyaallah

Sedang membuat gawang gol
Bakal barisan pemain negara satu hari nanti
Pakar tendangan percuma

Tuesday, May 10, 2011

Usrah Pemuda

Usrah dwi mingguan pemuda PAS Cherating sekali lagi diadakan di Surau Pok Teh Man pada hari Ahad 8 Mei 2011. Pada kali ini usrah tersebut dijalankan dengan solat Asar berjemaah di surau berkenaan. Selepas membincangkan kitab Bahtera Penyelamat karya Fathi Yakan, para pemuda bergotong royong membersihkan kawasan surau tersebut.

Didalam gotong royong tersebut, pemuda berjaya menyelesaikan masalah tandas yang rosak. Dengan sedikit kepakaran pemuda dan semangat kerjasama, tandas tersebut boleh diguna semula oleh para jemaah surau tersebut.

Untuk usrah akan datang, telah diputuskan akan diadakan pada 22 Mei 2011 (Ahad) bertempat di Surau Pok Teh Man bermula selepas Maghrib. Selepas membahas kitab Bahtera Penyelamat serta isu-isu semasa, ahli usrah akan solat Isyak berjemaah. Pada pukul 9 hingga 10 malam, ahli usrah akan bermain futsal di Gelanggang Futsal Hotel Lagend Cherating. Semua ahli usrah diharap dapat menghadirkan diri.

Sedikit gambar sekitar gotong royang tersebut.


Monday, May 9, 2011

Ceramah Isu Semasa

Pada 29 April 2011 (Jumaat) yang lalu, PAS Cawangan Cherating bersama Kawasan Indera Mahkota telah mengadakan satu ceramah isu semasa. Ceramah tersebut telah disampaikn oleh Yb Beserah Syed Muhammad Tuan Lonik, Ketua Pemuda DPP Pahang, Ust Suhaimi Saad, dan bekas exco penerangan UMNO Kelantan, Ust Hamid Derani.

Sedikit gambar sekitar persiapan dan semasa ceramah diadakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...