~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, February 1, 2011

Antara Minyak Naik, Naik Minyak dan BerTENANG...

Sekali lagi Minyak petrol RON97 mengalami kenaikan harga meningkat kepada RM 2.50 seliter. Harga petrol RON97 sebelum ini RM 2.40 seliter telah dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam tadi (31Jan2011). Ini merupakan kenaikkan keempat berturut-turut semenjak tahun 2010.

Slogan kerajaan rakyat didahulukan amat bertepatan sekali dengan keadaan ini.

Berikutan dengan kenaikkan tersebut sudah pastilah ramai rakyat yang akan mengalami "naik minyak". Naik minyak kerana sudah pasti belanjawan harian akan turut meningkat. Rakyat akan sekali lagi akan turun ke jalanraya untuk menunjuk perasaan yang tidak pernah pemimpin BN perasan.

Seperti biasa, Menteri kerajaan akan meminta rakyat agar bertenang kerana kenaikkan harga minyak negara mengikut kenaikkan harga minyak dunia. Kenaikkan ini bersangkutan dengan penggunaan minyak mentah mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk yang melampau.

Kebenarannya, rakyat sudah tahu negara Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Secara logiknya kenaikkan harga minyak dunia memberi keuntungan lebih kepada negara pengeluar sepertimana berlaku kepada harga getah pada masa ini. Lonjakkan harga pasaran getah dunia membuatkan penoreh getah memperolehi pendapat yang tinggi dan sudah pasti duit belanja sekolah (subsidi) anak-anaknya akan ditambah bukannya semakin dikurangi.

Kenaikkan harga minyakini dibuat selepas UMNO/BN menang dengan majoriti yang meningkat di DUN Tenang. Mungkin kerajaan sedang merealisasikan janjinya dengan rakyat Tenang bahawa Rakyat didahulukan. Walaubagaimanapun, rakyat Tenang masih tidakberada didalam keadaan tenang dengan masalah banjir yang sedang mereka hadapi dan hadiah kenaikkan minyak oleh kerajaan.

Dalam kesibukkan rakyat Tenang menyelamatkan diri, pemimpin BN yang sebelum ini senang ditemui di sekitar DUN Tenang telah tidak kelihatan. Terkapai-kapailah rakyat disana. Mungkin pemimpin ini sedang mengagih limau di Merlimau...

Sunday, January 30, 2011

Siapakah PENDERHAKA??

Assalamualaikum...
Jom kita tengok siapa yang sebenarnya penderhaka kepada raja-raja melayu...


Tuesday, January 25, 2011

BN = Barang Naik

Sunday, January 16, 2011

Ceramah Yb Salahuddin Ayub

Tarikh : 11/01/2011
Tempat : PUTRA Balok
Penceramah : Yb Salahuddin Ayub

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5

Ceramah Ketuanan Melayu???

Tarikh : 11/01/2011
Tempat : PUTRA Balok
Penceramah : Blogger Cucu Mat Kilau

Part 1


Part 2


Part 3

Tuesday, January 4, 2011

SEMUA AHLI ADALAH AGEN PENERANGAN PAS

Semua petugas PAS diminta melakukan kerja secara bersistem dan berfokus agar objektif besar yang dihasrat parti untuk melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang dapat dicapai. Mereka perlu melaksanakan tanggung-jawab sebagai agen penerangan parti bagi memastikan rakyat memperolehi maklumat tentang pelbagai isu.
Negara diwarnai dengan bermacam-macam isu yang perlu diketahui oleh semua rakyat. Dan kerajaan UMNO-BN kini mengambil langkah yang 'baik' apabila menggunakan segenap media di bawah jajahan takluknya untuk memanipulasi isu-isu tersebut agar kelihatan kerajaan tidak bersalah, dan Pakatan Rakyat lah dalangnya.

Antara isu yang hangat diperdebatkan sejak kebelakangan ini:

•Perjanjian APCO bersama kerajaan Malaysia - apakah sebenarnya yang dimerterai dan kesannya kepada negara apabila melantik sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan regim Israel

•Penggantungan DS Anwar dan beberapa MP lain yang membangkitkan isu APCO di Parlimen - apa sebenarnya yang terjadi, dan adakah keadilan untuk membela diri diberikan kepada mereka?

•Kenaikan harga bahan api yang mencetus kepada kenaikan harga barangan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan tiada kenaikan pada tahun 2010

•Saman kepada Felda - adakah PR tidak membuat sebarang kajian sebelum mengambil tindakan mahkamah kepada Felda, dan adakah dengan menolong para peneroka untuk mendapatkan hak mereka dianggap sebagai penghasut?

•Berita-berita berunsur fitnah terhadap Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pindang dan Selangor, dan serangan berbentuk peribadi kepada kepimpinannya yang diberikan imej yang negatif


Oleh itu perlu setiap daripada kita yang mendokong perjuangan PAS ini menjadi penyalur maklumat kerana rakyat tidak mendapat berita secara adil. Bukan sahaja kita perlu menjelaskan semula isu-isu tersebut kepada mereka, tetapi ceritakan juga kejayaan-kejayaan yang dicapai di negeri-negeri Pakatan Rakyat agar minda mereka lebih terbuka dan tidak selamanya beranggapan 'UMNO-BN lah segalanya'.

Manfaatkan segala kepakaran yang dimiliki, berkorbanlah tenaga, masa dan wang ringgit, dan setiap daripada kita mesti berperanan sekalipun hanya mampu menampal sekeping poster. Ingat, kita tidak mempunyai masa yang banyak lagi. Salam perjuangan....

Sumber : Blog Rasmi Pesuruhjaya PAS Pahang

Friday, December 31, 2010

Perahu dan Taqwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...