~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, April 24, 2012

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Meriah

14 April 2012 - Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat juga program ini berjalan dengan lancar. Walaupun pada peringkat akhir perancangan program terdapat usaha-usaha untuk mengagalkan program tersebut.

Seramai 18 pasukan telah mendaftar untuk turut serta merebut gelaran juara bagi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah pada kali ini. Semua pasukan dipecahkan kepada 4 pasukan dan bersain secara liga sepusingan untuk merebut 2 slot ke peringkat suku akhir.

Pada peringkat akhir, pasukan Cacing DJ telah bertemu dengan pasukan Milo Bin Kurang Manis dan keputusannya memihak kepada pasukan Cacing DJ. Cacing DJ mencatat kemenangan keatas pasukan Milo Bin Kurang Manis dengan jaringan 1-0. Kemenangan ini melayakkan pasukan Cacing DJ membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 beserta trofi dan sijil penyertaan. Bagi pasukan Milo Bin Kurang Manis pula terpaksa berpuashati dengan tempat kedua dan membawa pulang wan tunai RM200 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Persiapan sebelum program bermula
Ust Zaki memberi ucapan perasmian
Ust Zaki menyerahkan bola kepada ketua pengadil sebagai tanda perasmian kejohanan tersebut
YDP PAS IM Hj Nasrun Amir datang dan menyantuni penonton di tepi padang
Yb Syed Muhammad menyampaikan trofi kepada pemain terbaik kejohanan
Penjaga Gol Terbaik Kejohanan
Bersama Juara
 p/s: Banyak lagi gambar sekitar program boleh dilihat di facebook pas cherating...

Kuliah Maghrib Ust Hazri Jusoh

11 April 2012 - Kuliah Maghrib di Markas PAS Cherating diteruskan lagi pada hari tersebut dengan pengisian daripada Ustaz Hazri Jusoh (NYDP PAS Kemaman). Di dalam kuliah beliau, Ust Hazri menceritakan tentang kewajipan menjalankan ibadah sekali gus mewajibkan perkara yang diperlukan untuk melaksanakan perkara wajib. Sepertimana untuk solat mewajibkan kita berwuduk dan membuat punca air untuk berwuduk menjadi perkara wajib kepada kita. Begitu juga dalam pilihanraya, apabila pilihanraya menjadi wajib kepada kita maka untuk mencari pengundi adalah wajib untuk kita lakukan.

Banyak lagi yang beliau kongsikan pada malam tersebut. diakhir program selepas solat Isyak berjemaah, para jemaah dijamukan dengan nasi kerabu yang ditaja oleh seorang ahli yang dermawan.

Monday, April 9, 2012

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 2012 - Pendaftaran Dibuka

Pemuda Sihat Bermain Futsal

7 April 2012 - Pemuda PAS Cherating telah mengadakan program Pemuda Sihat dengan bermain futsal di gelanggang futsal hotel Lagend Cherating. Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kecergasan petugas-petugas jentera pilihanraya yang mungkin diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Selain itu, dengan adanya program ini AJK Pemuda dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli dan orang muda di Cherating. Acara tersebut bermula jam 9:30 malam dan berakhir jam 11:30 malam dengan disertai lebih kurang 20 orang pemain.

Insyaallah program ini akan diteruskan dan dijadikan acara wajib dalam kalendar pemuda PAS Cherating.


Monday, April 2, 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Zaki Ibrahim

28 Mac 2012 - Markas PAS Cherating sekali lagi diserikan dengan kuliah maghrib. Kali ini slot kuliah tersebut diisi oleh Ustaz Zaki B Ibrahim Ketua Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota.

Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsikan oleh ustaz pada malam tersebut. Antaranya adalah Islam adalah jalan kehidupan dimana Islam meangkumi semua aspek kehidupan termasuklah dalam menentukan pemimpin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...