~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Friday, January 13, 2012

Sesi Persekolahan PASTI 2012 Bermula

Pada 4 Januari 2012 yang lepas secara rasminya persekolah PASTI At-Taqwa sesi 2012 telah bermula. Sesi persekolahan kali ini dimulai dengan pendaftaran pelajar yang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 4 dan 5 Januari.

Alhamdulillah, pendaftaran pelajar pada tahun 2012 menampakkan sedikit kenaikan dari segi bilangan pelajar iaitu seramai 76 orang pelajar selepas merosot pada tahun lepas hanya 57 orang. Pada tahun lepas PASTI At-Taqwa terpaksa bersaing dengan Pra Sekolah yang baru dibuka di SK Cherating dan TADIKA Kemas yang telah sedia ada. Peningkatan bilangan pelajar pada tahun ini membuktikan kualiti pelajar yang di bentuk oleh PASTI berada pada tahap terbaik.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang memberi kepercayaan kepada PASTI untuk memdidik anak mereka berteraskan ajaran Islam bermula dari awal.

Antara gambar yang sempat dirakam jurugambar kami, En Azizi Adenan pada hari pendaftaran tersebut.




Gambar boleh dilihat di Facebook Pas Cherating.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...