~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Thursday, September 15, 2011

Clean Up Malaysia 2011 Jom Bersih!



Clean Up The World merupakan kempen alam sekitar komuniti sedunia yang bertujuan untuk menyemai kefahaman dan kesedaran di kalangan masyarakat dunia untuk memelihara kebersihan alam persekitaran. Ia merupakan salah satu kempen alam sekitar sedunia yang dianjurkan bertepatan dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Clean Up The World dianjurkan pada minggu ketiga bulan September pada setiap tahun. Memasuki tahun ke 19 penganjurannya, kempen Clean Up The World bakal menggerakkan kira-kira 35 juta sukarelawan dari 130 buah negara. Ia dijayakan bersama oleh komuniti perniagaan, kelab dan persatuan, institusi-institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan, serta masyarakat awam melalui pelbagai bentuk acara dan aktiviti yang dilaksanakan.

Clean Up The World Malaysia 2011 merupakan program peringkat nasional di Malaysia yang dianjurkan oleh Lajnah Alam Sekitar (LAS), Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ia merupakan inisiatif serta komitmen yang diambil secara proaktif oleh LASPAS untuk menjayakan kempen yang dijalankan di seluruh dunia tersebut. Bertepatan dengan fungsi dan misinya,LASPAS komited dalam menggerakkan usaha-usaha yang berkesan dalam pemeliharaan alam sekitar.

Program ini dijadualkan akan berlangsung pada 17 dan 18 September 2011 bertempat di Kampung Sungai Ular dan Kampung Balok, Kuantan, Pahang. Pelbagai acara dan aktiviti telah disusun untuk menjayakan program selama 2 hari tersebut.

LASPAS amat mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai sektor dan komposisi masyarakat untuk menjadi sebahagian dari penduduk dunia yang menyokong dan menjayakan kempen kesedaran yang dianjurkan. LASPAS juga berbesar hati untuk bersama-sama pertubuhan-pertubuhan alam sekitar dari seluruh negara dalam menggerakkan kempen serta usaha ke arah pemeliharaan alam sekitar.

Melalui program yang dianjurkan ini, LASPAS amat berharap agar kesedaran masyarakat akan meningkat terhadap kepentingan pemeliharaan kebersihan dan menjadikannya sebagai satu titik tolak kepada kempen sepanjang tahun.

Tentatif program seperti dalam gambar dibawah dan sebarang keterangan lanjut boleh lawati http://cleanupmalaysia2011.org/







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...