~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Hari Raya

Gambar Sekitar Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Surau Al-Hidayah Kg Cherating...
Pemuda menyiang dan membasuh ayam

OKU turut membantu melakukan kerja


Lumba parut kelapa..hehehe..


 Kaum ibu turut menyumbang bakti
















Jamuan bermula..best!!






YDP PAS Indera Mahkota, Sdr Nasrun turut meluangkan masa menjamu selera


Adun Beserah, YB Syed Mohammad Tuan Lonik (Berdiri) menyantuni tetamu yang hadir




Majlis berjalan dengan lancar dengan cuaca yang elok. Semua nasi dan lauk pauk habis dimakan oleh tetamu..

Pada sebelah malam, majlis diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ust Megat dari Taman Islam Kemaman. Beliau menyentuh mengenai puasa sunat 6 Syawal.

Seperti biasa, untuk melihat lebih banyak gambar, anda boleh ke lama facebook pas cherating.

Tuesday, September 28, 2010

Taklimat Dalaman

Semua Ahli PAS dijemput hadir untuk mendengar taklimat isu semasa dari AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin

Friday, September 24, 2010

Wacana Perdana



Thursday, September 23, 2010

Jemputan Jamuan Hari Raya

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Malam ini malam terakhir untuk melakukan solat tarawih dan esok adalah hari terakhir kita berpuasa untuk tahun ini. Adakah kita masih diberi kesempatan untuk bertarawih dan berpuasa pada tahun depan. Pada hari Jumaat (10 Sept 2010) ini kita akan sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya adalah saat berbahagia dan bersuka ria. Kebahagian dan kegembiraan kaum mukminin di dunia adalah kerana Tuhannya, iaitu apabila mereka berjaya menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalannya dengan penuh keimanan terhadap janji-Nya kepada mereka iaitu mendapatkan anugerah dan keampunan-Nya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :- "Katakanlah: "Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)

Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, kaum Ansar memiliki dua hari istimewa. Mereka bersuka ria padanya. Maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Allah telah menggantikan bagi kamu dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) 'Idul Fitri dan 'Idul Adha" (Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa'ie)

Hadis ini menunjukkan bahawa menampakkan rasa gembira di hari raya adalah sunnah dan sesuatu yang disyariatkan. Maka, diharuskan memperluaskan hari raya tersebut secara menyeluruh kepada segenap kaum kerabat dengan pelbagai hal yang tidak diharamkan yang mendatangkan kesegaran badan dan melegakan jiwa, selagi tidak menjadikannya lupa untuk taat kepada Allah.

Adapun yang dilakukan kebanyakkan orang saat hari raya dengan berduyun-duyun pergi memenuhi pelbagai tempat hiburan dan pemainan, maka itu tidak dibenarkan. Ini kerana hal itu tidak mnepati kehendak syarak iaitu untuk berzikir kepada Allah SWT. Hari raya tidak sinonim dengan hiburan, permainan dan pembaziran (harta) , tetapi hari raya adalah untuk berzikir kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam beribadah.

Sunah Rasulullah SAW ketika menyambut hari raya
Pada Hari Raya 'Idul Fitri, Nabi SAW mengenakan pakaian terbaiknya dan makan kurma dengan bilangan ganjil (3,5, atau 7) sebelum pergi melaksanakan solat 'Id (hari raya). Tetapi pada 'Idul Adha, baginda tidak makan terlebih dahulu sampai baginda pulang. Setelah itu barulah baginda memakan sebahagian daripada daging binatang sembelihannya.

Baginda selalu melalui jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang (dari solat) 'Id. Baginda selalu mandi sebelum solat 'Id. Baginda melewatkan sedikit solat 'Idul Fitri agar kaum muslimin sempat untuk menunaikan zakat fitrah. Sedangkan baginda mempercepatkan perlaksanaan solat 'Idul Adha supaya kaum muslimin dapat segera menyembelih binatang korbannya.

Ibnu Uma r.a sangat bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Nabi SAW. Beliau tidak keluar untuk solat 'Id kecuali setelah terbit matahari, dan beliau sentiasa bertakbir dari rumah sehingga ke tempat solat.

Takbir Hari Raya
Takbir pad 'Idul Fitri merupakan taqarrub kepada Allah SWT yang sangat dianjurkan, sebagai rasa syukur atas nikmat dan petunjuk yang dibrikan oleh Allah SWT kepada kita sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya yang bermaksud :- "Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (al-Baqarah: 185)

Firman-Ny juga bermaksud: "Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang dibilang." (al-Baqarah : 203)

Takbir merupakan syiar Islam yang perlu dipelihara dan diagungkan. Firman Allah yang bermaksud: "Demikianlah (perintah Allah). Sesiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati." (al-Hajj:32)

Menurut mazhab al-Syafie, takbir 'Idul Fitri sunat dilakukan sebaik sahaja matahari terbenam pada malam 'idulfitri sehingga menunaikan solat 'Id.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN....

10 Amalan Yang Terbalik

AMALAN YANG TERBALIK DARI SYARIAT ISLAM YANG DIAMALKAN MASYARAKAT MALAYSIA HARI NI


10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Species baru babi??...mcm2 ujian kita...

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.
Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria.




MASYALLAH...!!!!! MAKIN MENJADI2 ORG YAHUDI HENDAK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM.SUDAH MASANYA KITA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMAT ISLAM,TAK GUNA HANYA BERHARAP PD PIHAK BERKUASA SAJA.!!!! MARI SEMUA UMAT ISLAM KITA SAMA2 MEMPERTAHANKAN MARUAH & KESUCIAN AGAMA ISLAM. ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR.....!!!!
JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati..

Sumber :E-mail

Tuesday, September 7, 2010

Rumah Terbuka Dan Himpunan Anak Muda Diperantauan

Sekiranya anda anak muda diperantauan, anda dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan majlis dan mendengar amanat dan perkembangan terbaru PAS Pahang.

Friday, September 3, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Majlis: Berbuka Puasa
Tarikh : 27 Ogos 2010
Tempat : Surau Al-Hidayah Kg Cherating

Persiapan majlis telah bermula pada sebelah pagi dengan mempersiapkan khemah dan gotong royong memasak juadah berbuka. Tetapi jurugambar tertinggal kamera, jadi tiadalah gambar untuk ditatap.

Pada pukul 6:30 petang, Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Pok Long Ghani bersama cucunya.

Sebahagian hadirin yang datang untuk berbuka



YDP PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir Abdullah (berjubah)

Antara juadah yang dihidangkan ialah Gulai kambing, Singgang daging lembu, ayam goreng, ikan goreng, buah-buahan dan macam-macam lagi.






YB Syed Mohamad Tuan Lonik mengambil juadah yang dihidangkan


Dah boleh berbuka




Majlis diteruskan dengan sembahyang Maghrib, Isyak, dan Terawikh berjamaah.
Tazkirah diantara Solat Terawikh disampaikan oleh ust Zaki


Sebahagian Jamaah yang hadir sedang khusyuk mendengar tazkirah daripada ustaz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...