~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Friday, May 27, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN PASTI AT-TAQWA CHERATING & PASTI AN-NUR 2,3 SG. ULAR

Oleh: Imran Anuar (wartawan terlatih)

27/05/2011-Satu perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring antara PASTI AT-TAQWA CHERATING & PASTI AN-NUR 2&3 SUNGAI ULAR. Perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai persediaan untuk pasukan masing-masing menghadapi Karnival Sukan PASTI Peringkat Kawasan Indera Mahkota pada 29/05/2011 akan datang. Perlawanan bola sepak pertama antara PASTI AT-TAQWA dan PASTI AN-NUR 2 menyaksikan PASTI AT-TAQWA mendahului 2 jaringan berbalas 0 pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua pula menyaksikan kebangkitan PASTI AN-NUR 2 bejaya mengikat kedudukan menjadi 2-2. Keputusan seri hingga wisel penamat.

Perlawanan bola jaring pula mengambil tempat antara PASTI AT-TAQWA dan PASTI AN-NUR. Permulaan yang baik bagi PASTI AT-TAQWA kerana mendapat gol pertama dan kedua dengan mudah namun diakhir perlawanan PASTI AT-TAQWA ditewaskan lawan di gelanggang sendiri dengan keputusan 5 jaringan oleh PASTI AN-NUR manalala PASTI AT-TAQWA hanya mendapat 4 jaringan.

Bagi perlawanan kedua bola sepak antara PASTI AT-TAQWA dan PASTI AN-NUR 3 menyaksikan  kebangkitan pasukan PASTI AT-TAQWA dengan mengalahkan pihak lawan dengan keputusan 2 bebalas 0.1 jaringan pada separuh masa pertama dan 1 jaringan pada separuh masa kedua.

Perlawanan tersebut tamat sekitar jam 11 pagi.

"PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG"


PERSEDIAAN PADANG

UST MAMDUH & UST ZABIDI

MURID BERKUMPUL

TAKLIMAT OLEH GURU

SIAP SEDIA 

PASUKAN PASTI AT-TAQWA CHERATING

PASUKAN PASTI AN-NUR 2 SUNGAI ULAR

KATA-KATA SEMANGAT PENGERUSI PASTI

PERLAWANAN BERMULA

KEJAR-KEJAR BOLA

TAK TAU BOLA DEKAT MANA

OUT SIDE KICK

GAYA PENJAGA GOL TERBAIK

SEPAKAN GOL

PENONTON YANG HADIR

TAMAT

PASTI AT-TAQWA (2) VS PASTI AN-NUR (2) 

BOLA JARING

DALAM GOL

AMBIL TEMPAT

SUSUN KEKUATAN

GA & GD

?????????????????

KATA-SEMANGAT USTAZAH DI BELAKANG

ANTARA PENYOKONG

PERLAWANAN BERMULA

RILEX JER

MENCARI GOL

TAK GOL PUN

PERMAINAN RANCAK

SAYE!!!SAYE!!SAYE!!

GOLLLLLLLL!!!!!!!!!!!

PASTI AN-NUR 3

KATA-KATA SEMANGAT KAPTEN PASUKAN

SET!!!SET!!!GOOOOO!!!!!!!!!!!

SUSUN POSISI

PENGADIL PERLAWANAN

PERLAWANAN BERMULA

RANCAK BERMAIN

KEJAR!!KEJAR!!!

GAYA TERSENDIRI

OUT SIDE KICK

PENERANGAN PENGURUS

SEPARUH MASA KEDUA SET!!!SET!!!GOOOOOOOOOO!!!!!

PENONTON

CARI BOLA

BELASAH JE LA...

PASSING YE

PILIHLAH SAYE..

TAMAT PERLAWANAN

BERSALAMAN 

PASTI AT-TAQWA (2) VS PASTI AN-NUR 3 (0)

KESEMPATAN BERMAIN DI TAMAN

SERONOKNYE..KAT SEKOLAH XDOK PUN GINI

Calon bertanding diumum petang ini

Imran Anuar (wartawan terlatih)
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Calon-calon yang akan bertanding pada muktamar PAS kali ini akan diumumkan petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu jam 4.00 petang ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.
Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.
Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.
Bagi jawatan Naib Presiden PAS, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah. 
Apapun, senarai muktamad calon-calon yang telah mengesahkan bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 dan dewan-dewan bagi sesi 2011/2013 yang ditutup petang semalam akan diumumkan petang ini.

Saturday, May 21, 2011

Himpunan BERSIH kedua, 9 Julai

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.
"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.
Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.
Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.
"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.

"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi biarlah adil dan saksama.
"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.
Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.
Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.
Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.
"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.
 
 
PasCherating :- Warga Cherating bolehlah bersiap sedia untuk kita sama-sama turun memBERSIHkan sistem pilihanraya di negara kita ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...