~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Wednesday, October 19, 2011

Lynas Dan Anda




Konvensyen Pendidikan


  
Dijemput semua pendidik yang ada di Negeri Pahang untuk menyertai Konvensyen Pendidikann yang dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan PAS Pahang. 

Program ini terbuka kepada semua guru di semua peringkat. Yuran pendaftaran hanya RM10 seorang.

Tuesday, October 18, 2011

Ijtima, Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011


Dijemput semua pemuda yang cintakan dan dahagakan Ilmu untuk hadir beramai-ramai ke program ini yang akan diadakan pada 28, 29, & 30 Oktober 2011 bertempat di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar. Yuran penyertaan sebanyak Rm15 kepada pemuda dan RM10 kepada pelajar. Penginapan dan makan minum TIDAK disediakan oleh penganjur.

Tentatif Ijtima' Tarbawi 2011.

Hari Pertama : 28 Oktober 2011
________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib:
Oleh: Al Fadhil Dato' Dr. Harun Din : Timbalan Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Majlis Perasmian

Oleh:
YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Yb Salahudin bin Ayub
Ustaz Nasrudin Hassan
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011
____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat
6.10 - 6.50 am : Kuliah Subuh:
Oleh: al Fadhil Ustaz Idris Bin Ahmad

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi
8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi

Pembentang : Ustaz Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura)
Pengulas : Dato’ Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS)
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa

Ahli Panel :
Dr. Zuhdi Marzuki : Pengarah Strategi DPP Malaysia
Dr. Abu Hassan,
Ustaz Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Maghrib:
Oleh : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.30 - 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda

Penceramah:

Dr. Kamal Al Helbawi
Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM)
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011
_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Subuh:
Oleh : Ustaz Nasharudin Mat Isa - Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja 2: PAS dan Ijtihad Politik

Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin at Takiri
Pengerusi: Dr. Raja Iskandar - Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia

10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss.

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai

*Tertakluk kepada perubahan

Monday, October 17, 2011

Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Pahang

Dijemput semua muslimin dan muslimat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang di jalankan sepanjang hari tersebut. Sesiapa yang berminat untuk menyertai Tahlil Perdana pada hari tersebut, anda boleh muat turun borang disini dan hantarkan kepada urusetia pada hari tersebut.


TEMERLOH, 15 Okt - PAS akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Pahang 26 Oktober di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini dengan tema “Sejarah, merealisasikan langkah ke Putrajaya”. Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu dan Kerdau dipilih kerana PAS Pahang diasaskan di situ pada tahun 1955 oleh Pesuruhjayanya yang pertama Allahyarham Mohd Yassin Salleh. "Program akan bermula daripada 25 Oktober lagi dengan pameran sejarah dan jualan serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Salehuddin Ayub, Saifuddin Nasution dan Hishamuddin Rais. “Keesokan harinya akan berlangsung sukan rakyat melibatka Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. “Majlis perasmian akan bermula jam dua petang oleh Timbalan Presiden sementara Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub akan membentangkan satu kertas kerja selepas itu,” katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat AJK Harian PAS Pahang di pejabat PAS dekat sini kelmarin. Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Pahang, anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih. Kemuncaknya ialah ceramah umum oleh Mohamad Sabu, beliau sendiri dan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. “Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti,” katanya. Sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya bolehlah menghubungi urusetia di talian 09-2965143.

Friday, October 14, 2011

Ceramah Berkelompok

11 Okt 2011 - Satu ceramah berkelompok telah diadakan di rumah En Yusoff atau lebih dikenali dengan nama Pok Aziz. Ceramah ini telah disampaikan oleh YB Adun Berserah, Syed Mohamad Tuan Lonik dan Timbalan YDP PAS Indera Mahkota merangkap Pengarah Badan Bertindak Anti Rare Refinery (BADAR), Sdr Andansura bin Rabu.

Majlis tersebut berlangsung pada sekitar jam 9 malam dengan dimulai dengan majlis tahlil. Sambutan daripada golongan muda amat menggalakkan pada malam tersebut.

Majlis berakhir sekitar jam 10:30 malam dengan jamuan ringan dari pihak tuan rumah.

Hj Mustafa, Ketua PAS Cawangan Cherating merangkap Ketua Urusan Ulama PAS Indera Mahkota bertindak sebagai pengerusi majlis
Para Hadirin Yang mendengar taklimat


Yb Syed Mohamed Tuan Lonik Menyampaikan penerangan mengenai isu-isu semasa negara dan parti

Hadirin kusyuk mendengar taklimat daripada YB.

Sdr Andansura Menyampaikan taklimat

Makan-makan lepas majlis

Golongan Muda yang turut serta



Berbincang strategi

Cikgu Yusri (Bekas Ketua Pemuda Indera Mahkota) mengatakan sesuatu kepada AJK PAS Cawangan Cherating


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...