~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Monday, June 20, 2011

Kejohanan Futsal 2011 & BBQ Pemuda PAS

18 Jun 2011 - Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izinNya dua program yang dirangka oleh Pemuda PAS Cherating bersama Pemuda Zon 1 Indera Mahkota (Sg Ular, Cherating, Chendor) selamat dijalankan dengan lancar. Program yang dimaksudkan ialah Kejohanan Futsal 2011 dan Santai BBQ Pemuda.

Kejohanan Futsal 2011 yang berlangsung pada sebelah siangnya di gelanggang futsal Hotel Legend Cherating disertai oleh 16 pasukan yang bertanding. 11 pasukan dari Cherating, dua pasukan dari Balok dan masing-masing satu pasukan dari Kg Sg Ular, Chendor, dan Kubang Ikan. Semua perlawanan berlangsung didalam keadaan baik tanpa sebarang keadaan tidak diingini berlaku. Pasukan Awang Nano telah muncul Johan dengan mengalahkan pasukan Kucoh FC B dengan jaringan 3-2. Tempat ketiga pula milik pasukan Cilik FC setelah mengalahkan pasukan Kucoh FC A dengan jaringan 2-1.

Pada sebelah malamnya, jamuan BBQ pemuda PAS telah diadakan di perkarangan rumah Pok Denan, seorang aktivis PAS. Jamuan ini di buka untuk semua belia sekitar Sg Ular, Cherating dan Chendor. Selepas solat Maghrib, Ust Zaki Ibrahim (Ketua DPPIM) telah menyampaikan sedikit tazkirah maghrib. Pada majlis ini juga, pemain dan pemenang kejohanan futsal diraikan.

Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih diatas penyertaan dan sokongan pelbagai pihak secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sekiranya terdapat kelemahan pada penganjuran pertama Pemuda PAS Cherating ini, pihak penganjur memohon sejuta kemaafan dan berjanji akan membetulkan di masa akan datang. Sebarang komen atau sarananan peningkatan boleh diajukan terus kepada AJK pemuda PAS Cherating.

Semoga anda berpuas hati dengan semua program yang telah kami jalankan. Terima kasih.

Gambar sekitar program:-

Taklimat ringkas disampaikan oleh KP Cherating

Semua peserta bergambar sebelum perlawanan
Sape yang dapat bola ni??
Perlawanan hebat
kejar... jangan tak kejar...
Penentuan tempat ketiga dan keempat diantara Cilik FC vs Kucoh FC A
Perlawanan akhir diantara Kucoh FC B VS Awang Nano
Ust Zaki menyampaikan tazkirah maghrib
Antara belia yang hadir
Solat Isyak berjemaah
berebut mendapatkan ayam bakar

Ayam bakor!!!
Best bro!!!
Bergambar dengan Naib Johan Kejohanan Futsal 2011
Bergambar dengan Johan Kejohanan Futsal 2011
Ust Suhaimi menyampaikan ucapan perasmian penutup

Sunday, June 5, 2011

Khidmat Masyarakat

Pemuda PAS Cherating telah melancarkan program khidmat masyarakat bagi membantu penduduk Kg Cherating.

Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang masalah boleh menghubungi AJK pemuda seperti di iklan bagi mendapatkan bantuan. Inysaallah kami akan membantu semampu yang boleh.

Wednesday, June 1, 2011

Kejohanan Futsal 2011 PAS Cherating

Dengan sukacitanya kami mewar-warkan Kejohanan Futsal 2011 Anjuran Pemuda PAS Cherating. Kejohanan ini akan diadakan pada 18 Jun 2011 bermula jam 8:30 pagi secara round robin pada peringkat kumpulan.

Pasukan yang berminat bolehlah berhubung dengan AJK pemuda PAS seperti nama yang tertera pada iklan diatas. Yuran penyertaan hanya RM 60 untuk satu pasukan.

Pendaftaran terhad kerana hanya menggunakan satu gelanggang sahaja. Pasukan yang terawal menghantar borang penyertaan sahaja akan diterima bertanding.

Segala maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan AJK Pemuda PAS Cherating.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...