~ AHLAN WA SAHLAN ~ SELAMAT DATANG KE HALAMAN PAS CAWANGAN CHERATING ~ MINDA PEMUDA CHERATING ~ http://pascherating.blogspot.com ~ SYUKRAN JAZILAN ~ TERIMA KASIH ~

Thursday, March 1, 2012

Kuliah Maghrib Ust Nakhaie

Kuliah Maghrib dwi mingguan telah berjaya dianjurkan pada 29 Feb 2012 di Markas PAS Cherating. Siri Kuliah Maghrib kali ke-3 menampilkan seorang lagi Ustaz muda yang bertanggungjawab menghidupkan Masjid Chendor iaitu Ustaz Nakhaie. Ustaz Nakhaie juga adalah seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Kemaman dan bergiat aktif dalam usaha dakwah dan politik di sekitar DUN Chukai.

Ustaz Nakhaie cuba mengupas peranan dan pelajaran yang terdapat di dalam solat berjamaah dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang kita sedia tahu, solat berjamaah lebih 27 kali ganda pahala dari solat bersendirian. Dalam konteks kita bermasyarakat pula dapat di kaitkan dengan hidup bergaul dengan jiran tetangga lebih baik dari kita hidup bersendirian.

Dari segi ekonomi pula, solat berjamaah ini dapat menjana ekonomi umat Islam. Apabila kita hendak bersolat, secara langsung kita memerlukan pakaian dan peralatan solat untul digunakan. Nak taknak kita kena membeli dengan penjual yang semestinya orang Islam. Dari situ perkembangan ekonomi dapat terjadi.

Dari segi sains, dengan solat berjamaah para jemaah dapat bertukar-tukar cas positif dan negatif diantara satu sama lain semasa bahu dan kaki bersentuhan. Pergerakkan cas ini dapat menyeimbangkan cas di dalam tubuh manusia untuk menjadi lebih sihat dan cergas.

Pelajaran yang paling utama yang dapat di pelajari dari soalat berjemaah adalah tentang organisasi ataupun politik. Semasa solat berjemaah kita mesti memilih Imam yang paling baik dari semua aspek untuk diikuti oleh makmum. Begitu juga dalam  pentadbiran dunia. Pemimpin yang hendak dilantik mestilah yang terbaik untuk diikuti. Sekiranya Imam mempunyai masalah ataupun sudah tidak layak untuk menjadi imam ketika itu, Islam telah menetapkan cara untuk menegur atau menggantikan imam tersebut. Begitu juga dengan pemimpin yang dilihat sudah tidak layak untuk memimpin negara seharusnya ditegur dan digantikan dengan yang lebih baik sekiranya teguran dari rakyat tidak diendahkan pemimpin tersebut.

Banyak lagi yang ustaz kupas pada malam tersebut berkaitan dengan perjuangan umat Islam sekarang yang menyaksikan kebangkitan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Insyaallah kemenangan Islam akan terjadi juga seperti yang dinyatakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad sa.

Ustaz Nakhaie
Para jemaah kusyuk mendengar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...